32. Kawan atau jamuan?

34 2 0
                                    

"Apa tu?" Salman berhenti tepat di meja kerja Daud. "Adik sayang Papa, Mama dan Abang?"

Salman menyipitkan mata sambil membaca segaris kata yang terlekat di lukisan itu.

Daud angkat wajah, turut memandang lukisan yang sengaja dia lekatkan di dinding hadapan meja kerjanya.

Itu tempat yang sesuai, untuk lukisan yang indah.

"Cantik, kan?" Daud malah bertanya.

Salman ketawa kecil. "Cantik sangat. Anak kau ke yang lukis? Tak silap aku, anak kau semuanya dah besar. Ada yang sekelas dengan Ayuni, kan?"

Daud tersenyum tipis. "Betul, dia memang dah besar. Tapi.. bagi aku.."

Ayatnya jeda sebentar.

Fikirannya mula memutar kembali memori di mana dia mendengar dengan jelas esakan anak perempuannya untuk kali pertama. Pada hari di mana anak itu gagal, di mana tangan gagahnya memukul anak itu, berhasil menghadirkan esakan dan tangisan seperti anak kecil.

Seperti.. Elfira tidak pernah dewasa. Dia kekal menjadi anak kecil yang memerlukan perhatian dan kasih sayang.

"..dia masih kecil." Sambungnya. "Dia hanya dipaksa.."

"Papa tak tahu sejauh mana dia berkorban hanya untuk puaskan hati busuk Papa tu!" Fahrie menjerit, air mata di pelupuk ditahan sehabis baik. "Dia hanya budak perempuan yang malang! Betullah apa abang kata dulu, dia tak patut wujud dalam keluarga ini!"

"..bukan sebab abang benci dia, tapi sebab.. dia terus saja terseksa!" Fahrie berteriak keras. Air mata akhirnya jatuh tanpa dipinta.

"Sedikit pun Papa tegur dia, beri semangat kepada dia, dapat bahagiakan dia sepanjang hari..." Suara Fahrie mula tersekat di tenggorokan. "..walaupun apa yang Papa maksudkan, bukanlah apa yang dia faham.."

Vokalnya pecah. Air mata dikesat laju. Mereka berdua masih merenung satu sama lain.

"Dia cuba berfikir positif kepada keluarga ini. Tak sekalipun dia niat untuk benci apa yang keluarga ini buat! Semuanya bagaikan pupus bila Papa beri layanan yang baik kepada dia."

"..oleh keadaan." Daud merasa ada sesuatu di dalam dadanya remuk. Ayat-ayat anak lelakinya begitu tajam, sehingga dia sedikit terluka.

Mungkin bukan sedikit, kerana ayat itu sentiasa bermain di fikirannya sejak hari itu sehinggalah sekarang.

"Comel," Salman memuji lukisan itu, tangannya naik menyentuh wajah orang lidi itu.

"Penat, ya?"

"Man?" Daud menegur. Kenapa pula si Salman bercakap seorang diri?

"Ud," Salman malah memanggil. "Ayuni juga suka melukis. Cantik sangat."

Daud hanya angguk kecil.

"Kita sebagai ayah, perlulah bangga dengan anak-anak kita. Qaseh pun ada tangan yang berseni. Tapi aku tak tahu kenapa mereka pilih aliran juga. Kenapa Ayuni pilih sains, dan Qaseh pilih akaun. Aku tak pernah memaksa." Sambung Salman.

"Aku juga.. kalau boleh jadi muda balik, aku nak pilih aliran seni. Aku suka melukis. Tapi.. aku fikir tentang masa depan." Salman mengeluh. "Aku takut anak-anak aku fikir begitu juga, Ud. Aku taknak mimpi mereka hanya kekal sebagai mimpi. Betul apa yang kau kata, anak kau dipaksa oleh keadaan. Sama juga dengan Ayuni dan Qaseh."

Daud hanya bungkam. Dia ralit memerhati lukisan Elfira itu.

"Aku cuma nak anak aku berjaya, buktikan bahawa dia boleh berjaya." Daud mencelah. "Aku taknak dia hilang arah."

Senja Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now