29. Keep A Friend

43 3 3
                                    

Beberapa bulan yang lalu..

Syiraz mengeringkan rambutnya yang basah menggunakan tuala kecil berwarna putih. Dirinya lengkap dengan pakaian untuk tidur.

Matanya tertacap ke arah satu sudut.

"Arhh," Syiraz meringis pelan melihat meja belajarnya. Kertas-kertas dan buku-buku berselerak di atas meja itu. Semuanya masih belum siap.

Syiraz seorang yang pemalas. Itu fakta.

Tetapi apabila musim peperiksaan mendekati, dia akan memaksa dirinya untuk belajar.

Tting!

Satu notifikasi keluar daripada telefon bimbitnya. Dia pantas mencapai benda berteknologi itu.

Danial (ketua kelas)
Ada budak baru akan datang esok.

Syiraz mengerut kening. Kenapa perlu diberitahu?

Dia hanya membaca mesej itu tanpa niat untuk membalas. Tiba-tiba datang satu lagi notifikasi.

Tting!

Ryan encem
Aku blushing!

Blushing? Ini mesti tentang crush nya! Mesti di notice! Eh, Ryan memang sentiasa di notice..

Syiraz tersenyum tanpa sedar. Ryan bahagia, maka dia turut bahagia.

Ryan encem
Tadi dia balik sekali dengan aku.
Cantik sangat, rasa nak nangis :(

Syiraz menggeleng lucu melihat mesej itu. Sudah menjadi rutinnya untuk menumpang bahagia sahabatnya. Ryan pasti maklumkan jika apa-apa yang berlaku, terlebih gadis yang dicintai itu.

Ryan encem
Kau pula macam mana dengan crush kau tu?

Ryan encem
Semua orang suka crush aku.. aku cemburu.
Kau jangan suka dia pula!
Kalau tak, aku merajuk!

Syiraz tergamam tatkala mulutnya membaca kalimat itu. Dia ada hati, yang boleh jatuh untuk sesiapa pun.

Fitrah manusia menginginkan sesuatu yang cantik, mendekati kata sempurna. Syiraz tidak tahu tentang siapa yang berada di hatinya.

Janjinya, dia tidak akan memutuskan persahabatan hanya kerana seorang perempuan.

Aku suka dia? Not at all.
Kalau suka pun, dia yang suka aku.
Hihi, gurau.

Itu mesej yang dihantar olehnya. Dia terkekeh sebelum riaknya berubah tatkala satu mesej muncul dari atas skrin telefonnya.

KELAS 5 IBNU QAYYUM (IQ)💭

Elfira Amelia 🦋
Demi memuliakanmu dan menyukai mu dengan cara terhormat,
ada orang yang rela menjauhimu.
Ia begitu menyukaimu tetapi
Ia lebih memilih menjagamu melalui doa.
Lalu menyerahkan hasil akhir
pada cinta yang Maha Esa.
Menjauhimu penuh dengan saat getir, dia berusaha dan berjuang keras.
Dia ingin menjemputmu apabila dia sudah sedia.
Apabila dia mampu bernazar di hadapan Penguasa dan Malaikat.
Dia mahu bertanya kan kepada kamu dengan cara yang Allah perkenankan.
Maka apabila waktunya tidak sesuai, dia memilih untuk ikhlas menjaga jarak.
Sesungguhnya dia itu aku, Syiraz Petra.

Syiraz ternganga membaca mesej itu. Jantungnya berdetak kencang dan tangannya mula menggigil.

Elfira menyukai dirinya?

Senja Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now