11. Ujian

34 3 0
                                    

Jantung Elfira masih berdetak laju saat ketiga-tiga lelaki jahat itu melarikan diri. Ryan dan Fahrie mengatur nafas, sembari menghapuskan debu yang melekat di pakaian mereka sebelum melihat kondisi Elfira.

Elfira menatap mereka berdua takut-takut, matanya melirik sudut bibir mereka.

Mereka berdua tersedar, kemudian tangan mereka segera mengusap darah dari kulit bibir yang terkoyak.

"Kau bukan macam ni, Fir. Kenapa kau jalan berseorangan dekat lorong ni?" Ryan bersuara.

"Bukan ke kau selalu balik dengan Ryan? Ni bahaya tau. Kalau tak ada aku dengan Ryan, entah apa yang jadi." Fahrie pula menambah.

Elfira bangun dengan perlahan. Untung lah dia tak disentuh sedikit pun. Allah masih menjaganya.

"M.. maaf.. aku tak sedar.." Elfira menunduk.

"Aish, apa lagi yang buat kau tak sedar, Fir?!" Ryan teremosi. Ketidakhadirannya tak membangkitkan kesadaran Elfira, fuh.. kenapa ini menyakitkannya?

"Aku tunggu kau, Fir. Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau buat kau macam ni? Kau tahu tak apa yang akan terjadi nanti? Kalau Fahrie tak tanya aku tentang kau waktu aku baru je balik tadi, memang kami dah tak datang sini. Aku ingat kau dah selamat sampai kat rumah, Fir!" Nada Ryan tak seperti biasa.

"Dah, dah..," Fahrie menarik Ryan berundur.

"Jangan cuai macam ni lagi, Elfira." Ujar Fahrie, yang kemudian menerima anggukan daripada gadis itu.

"Terima kasih, Ryan. Terima kasih, a.. abang." Ujar Elfira. Jujur, dia teragak-agak membahasakan panggilan itu kepada Fahrie selepas apa yang berlaku.

"Maafkan aku, aku janji-"

"Aku taknak hilang kau, Fir." Ryan memotong Elfira, membuat gadis itu menelan liur.

Dan berhasil membuat lelaki yang berumur dua tahun lebih tua daripada mereka itu menayangkan wajah terkejut tanpa suara.

Saat ini, Fahrie menyedari sesuatu.

Bab 11: Ujian

"Duduk dulu. Biar El pergi ambil sesuatu. Duduk dulu, tau!" Elfira segera melempar beg sekolahnya ke atas sofa dan berlari menuju ke dapur.

Beberapa detik kemudian, dia datang membawa bekas yang berisi ais dan air. Ada kain pengelap juga tergantung di atas bahunya.

Elfira meletakkan barang-barang itu di atas meja berhadapan dengan Ryan dan Fahrie.

Dia memerah kain yang basah setelah dicelup ke dalam air sejuk itu. Matanya kembali terarah kepada dua lelaki yang sedang duduk di atas sofa.

Mata mereka bertiga bertemu seketika, membuat Elfira terkekeh geli. Niatnya untuk merawat mereka berdua automatik terbatal.

"Ha, kau dengan abang buat sendiri saja lah." Elfira menolak bekas dan kain itu.

Ryan dan Fahrie mengerut kening.

"Tu, celup kain dalam air sejuk lepas tu letak kat bahagian lebam tu."

Fahrie dan Ryan hanya mengikuti arahan Ratu Elfira Amelia. Mereka berdua meringis kesakitan tatkala air sejuk menyentuh bahagian itu.

"Elok-elok." Suara Elfira beralun lembut. Gadis itu juga bersiap sedia untuk membuka langkah.

"Maaf, Elfira."

Senja Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now