3. Masa yang diundurkan

50 4 6
                                    

"Seterusnya, peserta yang memegang nombor giliran B6 diminta untuk naik ke pentas." Suara Hazrul bergema dengan bantuan mikrofon.

Elfira gusar. Kakinya melangkah tersusun ke arah pentas seni sekolah itu. Sengaja dia menggunakan laluan khas di sisi dewan untuk mengelakkan timbul konflik di antara dirinya dan kerusi. Seperti khusus dewan sekolah, apabila ada apa-apa program, sejumlah kerusi akan disusun mengikut susunan.

Malangnya, kedudukan Elfira berada di tengah, membuatkannya susah untuk berganjak. Jadi, hanya laluan khas itu dapat dikesan.

Jantung Elfira berdebar seraya langkah kakinya terus melangkah. Sehingga dia dapat menangkap beberapa orang lelaki di satu meja. Oh, itu para penyelaras program.

Elfira menunduk apabila kesemua mata memerhati ke arahnya. Terpaksa ia lalui juga kerana anak tangga ke pentas berada di belakang lelaki-lelaki itu.

Kakinya terangkat ke salah satu anak tangga. Dalam masa yang sama, satu suara garau memandangnya. Pemilik suara itu memegang kamera.

"Goodluck." Ucapnya.

Elfira tersentak. Dek kerana rasa berdebar, dia angguk tanpa memandang pemilik suara itu. Tak lupa mengucapkan, "Terima kasih."

Tak membazir masa, Elfira terus naik ke pentas. Suasana di hadapannya kini dipenuhi dengan mata-mata yang menunggu pertunjukannya.

Pertunjukan syarahan bahasa melayu.

"Cubaan suara 1, 2, 3."

Oke, semuanya berjalan lancar. Elfira menatap penjaga masa dan mengangguk tanda loceng masa sudah boleh ditekan. Hanya 8 minit diberi.

"Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kalungan apresiasi buat saudara peneraju agenda. Kombinasi kehakiman yang pintar, saudara penjaga masa yang setia. Para guru pendidik berwawasan seterusnya teman rakan seperjuangan." Ujar Elfira sambil menampilkan beberapa gaya yang memberi karakter kepada setiap perkataan.

"Pada pagi-" Suara Elfira berhenti. Suaranya sudah tidak bergema di seisi dewan. Petanda mikrofon tak berfungsi.

"Pada pagi.." Elfira mencuba sekali lagi sambil mengetuk mikrofon itu. Malangnya, tak ada suara.

Elfira terus memandang ke arah kanan, tempat para penyelaras program berada. Salah satu dari mereka datang membawa mikrofon. Dia segera menukar mikrofon yang rosak tadi kepada yang baru. Elfira kaku di tempat.

"Tak berfungsi ke?" Soal lelaki tinggi itu sambil membetulkan kedudukan mikrofon yang baru diletaknya. Elfira sempat melihat nametag nya.

Hazrul Nufail.

"Iya."

Memerlukan beberapa saat saja untuk siap. Sesudah itu, Elfira memandang penjaga masa sambil membetulkan postur tubuhnya.

"Boleh mula semula?" Tanyanya.

Penjaga masa itu mengangguk. Elfira tersenyum lega.

"Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..." Elfira mengulang semula teks pembuka bicara.

"Pada pagi kurniaan rahmat Illahi dan penuh keberkatan, saya membuka tirai syarahan dengan mauduk bicara berjudul, 'bijak merancang, hidup cemerlang.'"

Tting tting!

Loceng double berbunyi petanda masa sudah habis. Elfira keliru. Dia sudah sampai bahagian kesimpulan, terpaksalah dia membuang pantun penutup.

"Sekian, wabillahitaufikwalhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh." Dan, tunduk.

Senja Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now