Nia Surya pelajar pintar yang berwawasan tinggi daripada kalangan keluarga mewah. Walaupun begitu dia tidak pernah berwatak seperti orang berkedudukan tinggi. Dan punya prinsip diri yang jitu. "Aku jumpa beribu cikgu diluar sana dan ada juga perasaan minat. Tapi yang satu ini, aku rasa berbeza" -Nia Surya- Izzhar Syah seorang guru muda yang ditempatkan di sebuah sekolah bandar. Sikapnya boleh berubah mengikut setiap keadaan yang dilalui. Mempunyai perwatakan seiras salah seorang pelakon kacak Malaysia. Itu merupakan pakej bagi seorang guru berijazah sepertinya. "Aku perlu professional sebagai seorang pendidik. Tak mungkin kerana cinta aku abaikan prinsip" -Izzhar Syah- Kalau hati dah suka, jeruk pun rasa manis. Kalau dah jodoh, pergi lah kemana pun tetap bersatu. Hubungan yang awalnya hanya sekadar guru dan pelajar membawa ke satu fasa rumahtangga sehingga adanya parasit yang sengaja meretakkan kepercayaan. Layakkah seorang pelajar dan guru saling mencintai?