Bab 13

5.6K 160 0
                                    

Dari pagi hingga ke tengahari. Habis satu resort Nia Surya dan Cikgu Izzhar Syah pusing. Sambil bercerita berkenaan minat, belajar, isu semasa dan bertukar-tukar cerita tentang pengalaman masing-masing.

Iphone 6 gold milik Surya berdering dengan irama lagu Hingga Hujung Dunia nyanyian Hanie Suraya.

Surya menyeluk poketnya. Tertera nama panggilan "Ratu Hatiku". Itu bermakna, panggilan daripada Hjh. Nasriah. Pasti dia tercari-cari ke mana menghilangnya cucu sulungnya.

"Sekejap ye cikgu?" Surya meminta izin untuk memjawab panggilan.

Cikgu Izzhar mengangguk tanda mengizinkan.

"Assalamualaikum, mak. Kenapa?"

Dalam 2 minit juga Surya bercakap dengan Hjh. Nasriah di dalam telefon. Risaunya menyelubung dihati. Nia Surya cuba untuk meyakinkan neneknya.

"Nanti kalau dah tak ada apa-apa kak long balik bilik. Mak jaga diri. Dah balik, whatsapp. Assalamualaikum", talian dimatikan.

Cikgu Izzhar mengangkat kening tanda isyarat ingin bertanya "siapa?"

Nia Surya faham benar dengan isyarat itu.

"Nenek saya", jawab Surya ringkas.

"Dia suruh awak balik?" Izzhar Syah tidak mahu disalah sangka.

"Tak adalah. Dia bagitahu dia ingin mengikut isteri-isteri pengarah hospital yang turut hadir ke sini pergi shopping", terang Surya.

"Awak? Tak pergi?" Izzhar bertanya lagi.

"Tak. Malas. Bukan semua barang berkenan dihati", lesu sahaja Surya menjawab.

Perjalanan mereka diteruskan hingga ke hujung resort. Pemandangan di situ menarik lensa mata setiap pelancong. Ada burung-burung terbang mengelilingi pantai. Sesekali kapal mewah lalu untuk menjadikan pemandangan bertambah indah. Semewah hotel ternama itu.

"Bukan orang perempuan suka window shopping ke?" sengaja Izzhar Syah bertanya untuk mengenalpasti mengapa Surya tidak bersemangat bila bercerita tentang 'shopping'.

"Buat apa nak letihkan kaki berjalan tanpa tujuan? Bukankah dah ada kemudahan seperti online shopping?" pantas Surya menjawab.

"Lagi murah. Banyak pilihan", sambungnya lagi.

Izzhar Syah hanya mampu tergelak.

"Beli novel? Online juga?"

"Tak juga. Ada yang saya pergi ke kedai buku. Kebiasaanya, yang berkenaan buku-buku atau novel-novel ni saya suka ke kedai buku. Hal lain sahaja yang banyak di hujung jari", Surya menjawab pertanyaan Cikgu Izzhar sambil menunjukkan jari telunjuknya.

"Tadi cikgu cakap, cikgu dah banyak baca novel. Kalau drama yang diadaptasi daripada novel, macam mana?" Surya cuba lagi menyambung perbualan mereka yang terhenti seketika tadi.

"Agak kuranglah. Drama-drama ni saya kan dah cakap. Saya tak berapa layan", Izzhar Suah mengalih pandangannya ke arah Surya.

"Oh begitu. Ok la juga tu" respon Surya.

"Awak? Mesti banyak tengok drama ni. Padanlah berangan je selalu dalam kelas waktu saya relief "

'Dia dah mula dah perangai annoying dia tu' bisik hati Surya.

"Mana ada banyak. Drama tertentu je saya layan. Tapi, kalau cikgu nak tahu tentang semua drama yang bersiaran di tv tu, tanya pada Ieya. Dia memang hebat bab-bab drama ni", Surya menjawab seloroh Cikgu Izzhar tadi.

"Yela tu", Izzhar Syah tersenyum muncung.

"Mesti cikgu banyak koleksi novel kan?"

"Mestilah!"

"Jarang tau saya dengar lelaki suka baca novel"

"Ada. Awak je tak cari"

Mereka menyambung cerita tentang keistimewaan setiap novel yang pernah dibaca.

*********

Mata masih tidak mahu lelap. Entah kenapa. Sedangkan esok jauh perjalanan mereka perlu tempuh. Izzhar Syah masih lagi memandang langit malam yang gelap. Terasa bulan pada malam itu seakan-akan memanggilnya untuk ditatap.

Edry dan Nazrin sibuk melayan gajet masing-masing. Mungkin sedang bertalian dengan buah hati masing-masing atau mungkin bertanya khabar pada keluarga yang berjauhan. Esok, genaplah 5 hari mereka di Port Dickson. Selepas itu, menghabiskan sisa baki cuti bersama keluarga tercinta.

Tiba-tiba waktu ketika bersiar-siar bersama Nia Surya mencuit hati Izzhar. Tersenyum sendiri dia mengenangkan. Lucu ketika melihat merahnya muka Nia Surya menahan malu apabila dia cuba memulakan cerita berkenaan novel kegilaan Nia Surya. Novel Bila Hati Berbicara karya Antasya Balkis. Mengikutnya, novel itu telah diadaptasi menjadi salah sebuah drama di kaca tv.

Nazrin dan Edry kehairanan melihat Izzhar Syah yang tersengih bersendirian seperti orang sedang angau.

"Huisyh, orang kalau tengah hangat bercinta ni susah nak ditafsirkan. Siapa lah yang dah buat kawan kita ni gila bayang?" Nazrin memecah kesunyian.

"Dalam diam-diam je dia. Langsung tak beritahu kita" Nazrin sengaja mengusik. Menambahkan perisa pada perbualannya bersama Edry.

"A'ah. Betul kata kau. Lihat tu, kita sedang bercakap pasal dia pun, dia buat tidak tahu sahaja", Edry memuncung bibir ke arah Izzhar Syah.

Tergelak-gelak mereka berdua. Seronok mengusik rakan yang seorang itu.

Izzhar mula masuk ke ruangan ruang tamu bilik hotel itu. Mengambil tempat duduk di atas sofa eksklusif empuk.

"Cikgu Izzhar Syah woi... bila masa pula kau dah pandai sengih sorang-sorang ni?" Edry menggelakkan Izzhar.

"Sengih apa kau orang berdua ni? Aku sedang menonton tv, ceritanya kelakar", sengaja Izzhar malas hendak melayan usikan Edry.

"Macamlah kami tidak tahu membezakan senyum orang menonton tv dengan senyum orang sedang angau", jawab Edry yang duduk di sofa sebelah.

Izzhar tidak berkata apa-apa. Hanya tersenyum dan mengenangkan peristiwa siang tadi.

'Apa kata kalau aku ingin lebih mengenali Nia? Sekurang-kurangnya sebagai seorang guru aku dapat mengetahui sikap dan latar belakang pelajar sendiri' hati Izzhar berkata.

Perbezaan Nia Surya yang sebelum ini hanya didengari daripada mulut para guru di sekolah membuatkan Izzhar juga menyedari betapa bezanya gadis itu dengan yang lain. Acapkali mendengar setiap kata atau melihat tindak laku Nia Surya, dia tidak sangka bahawa gadis itu baru hendak berusia 15 tahun.

Nia Surya punya prinsip tersendiri. Mewah tapi di didik sempurna bagi Izzhar Syah.

Cikgu, Saya Isteri Awak!Where stories live. Discover now