Bab 5

7.2K 227 1
                                    

Terasa jantung seperti hendak pecah sahaja. Sedari tadi, Surya cuba untuk bertenang daripada perasaan gemuruhnya. Hari ini, dia perlu pergi ke ujibakat pemidato sekolah. Namanya akan dipanggil pada bila-bila masa sahaja untuk waktu ini.

"Relax. Bila awak dah lepas daripada ujibakat itu. Pasti awak akan berasa lega", tegur Cikgu Edry yang sedang mengambil tempat di sebelah Surya.

"Saya cuba", Surya melontarkan senyuman untuk cuba bertenang.

"Saya tahu awak boleh. Juri ujibakat itu guru-guru sekolah kita juga. Mereka sudah lihat potensi awak melalui fail maklumat peribadi....... ", terang Cikgu Edry untuk memberi keyakinan buat Surya.

"Ya. Saya tahu. Cikgu Nazrin sudah beritahu pada saya tempoh hari", kata Surya memotong bicara Cikgu Edry sebentar tadi.

"Oh, ok", Cikgu Edry membisu.

Suasana agak sunyi seketika disitu.

"Kalau awak tidak keberatan, boleh berlatih seketika di sini? Saya lihatkan. Untuk mengurangkan gemuruh yang bersarang pada diri awak sekarang ini", pinta Cikgu Edry sambil mengukir senyuman manis.

"Terima kasih cikgu. Dapat saya mengurangkan tekanan walaupun cuma sedikit", ucap Surya sambil tersenyum girang yang sudah menganggap guru itu seperti ayahnya kerana Cikgu Edry Shaari punya nama yang seakan-akan sama dengan bapanya, Encik Edry Yuzairil.

Di sekolah itu, Cikgu Edry terkenal dengan sifat tegasnya ketika memberi arahan kepada pengawas-pengawas sekolah. Namun, dia juga disenangi oleh pelajar lain kerana dalam tegasnya, tersorok sifat prihatin yang amat tinggi. Dia tidak boleh melihat pelajar di dalam kelasnya mempunyai masalah yang boleh menjejaskan pelajaran. Justeru, dia akan cuba mencari jalan untuk membantu pelajar berkenaan menyelesaikan masalah. Ada juga pelajar lain yang meminatinya kerana sekiranya guru matapelajaran Sejarah itu mengukirkan senyuman, wajah nya iras-iras selebriti negara, Abdul Fattah yang kini sedang meningkat naik.

**********

"Tahniah! Awak dipilih menjadi pemidato sekolah. Setiap hari jam 10 pagi awak mesti sudah perlu ada di sekolah. Untuk berlatih. Saya guru pembimbing", jelas Cikgu Nazrin.

"Benarkah? Cikgu tidak berbohong bukan?" tanya Surya inginkan kepastian agar moodnya tidak rosak.

"Haha. Surya. Buat apa saya perlu berbohong? Sia-sia sahaja. Awak sudah membuktikan diri awak di hadapan Puan Maziah, Guru Kanan Bidang Bahasa kita tu", bersungguh-sungguh Cikgu Nazrin memberitahu.

"Oh ya. Sebelum saya terlupa juga, pada hari esok, jam 12 tengahari awak perlu bertemu Puan Maziah di bilik tayang", sambung Cikgu Nazrin.

"Untuk apa?", tanya Surya terkejut.

"Awak akan tahu nanti. Baiklah, saya ada kelas sekarang ini. Awak boleh pulang ke kelas. Jangan lupa, waktu latihan. Dua orang lagi rakan guru lain akan ada  bersama", Cikgu Nazrin memberitahu lagi sambil melangkah kaki untuk ke kelas bagi memulakan waktu P&P.

Surya terpinga-pinga sambil mengeluh. Dia seakan dapat mengagak siapa dua lagi guru yang dimaksudkan Cikgu Nazrin.

Cikgu, Saya Isteri Awak!Where stories live. Discover now