Bab 30

5.8K 150 5
                                    

Ligat stereng kereta dipusing-pusingkan mencari tempat parkir kereta yang kosong. Jika sudah namanya bandar, memang agak sukar untuk mencari kekosongan parkir kereta. Almaklum sahajalah, pada waktu malam sebegini ramai orang pulang daripada tempat kerja untuk mengisi kekosongan perut.

Hampir setengah jam Izzhar mencari parkir kereta yang kosong. Akhirnya dapat juga.

'Nak makan pun susah' rungut Izzhar.

Iphone 5s nya dicapai. Nama Edry mula dicarinya. Dia menekan punat call.

"Kau dah sampai?"

"....."

"Aku pergi order dulu lah.. Jangan lambat. Parking tak banyak", Izzhar mematikan panggilan.

Dia keluar dari perut kereta.

Memandangkan Edry belum tiba di tempat yang mereka janjikan kerana hendak membeli beberapa barang keperluan di tempat lain. Izzhar mengambil keputusan untuk menunggu Edry di Zeven JB Cafe.

Menu yang disediakan oleh pelayan di kafe itu dibelek-beleknya. Agak susah untuk dia memilih hidangan kerana semuanya tampak menyelerakan. Sudahnya Izzhar hanya memesan segelas Jus Ribena Bandung. Dia menunggu kedatangan Edry dahulu baru dia menetapkan hidangan apa yang ingin dijamahnya.

Selang beberapa minit, satu susuk tubuh yang berbadan sasa dan tinggi tertancap di matanya. Tangannya diangkat memberi isyarat.

"Nasib baik kau tak lambat sangat", Izzhar berjabat tangan dengan Edry.

"Aku terpaksa park kereta jauh sikit. Sini tak dapat", Edry menarik kerusi dan melabuhkan punggung.

"Tahu tak apa. Kau nak makan apa? Aku belum order makanan lagi"

"Waiter?", Edry memanggil salah seorang pelayan di kafe itu.

Menu makan malam dipesan. Pelayan itu pun berlalu.

"Jadi apa yang gempak cerita hari ini?", Edry memulakan perbualan.

"Apa yang gempak? Gempak kene siapkan tanda kertas periksa", Izzhar seolah-olah melepaskan geram. kerja sebagai seorang guru tidak pernah selsesai.

"Biasalah tu, bro! Nama pun cikgu. Tanda kertas periksa lah. Lainlah kalau kau CEO syarikat, tandatangan proposal hari-hari. Ha ha ha", rancak Edry membalas keluhan Izzhar.

Makanan sampai seperti yang dipesan. Bau Salsa Chicken Grill dan Seafood Pasta Aglio mula menerembusi hidung. Lazat.

Mereka berdua membuka selera masing-masing sambil diselang-seli dengan pelbagai cerita. Bermula daripada cerita-cerita mengenai tugas, kemudian beralih kepada perancangan pendidikan yang direncanakan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sempat juga mereka bercerita tentang latar belakang kafe yang sedang mereka berada waktu ini.

Diikuti cerita peribadi masing-masing. Lalu Edry mengambil pendekatan untuk bertanya sesuatu kepada Izzhar Syah. Sesuatu yang telah lama dibincangkannya bersama Nazrin. Lama dia dan Nazrin menyimpan perkara itu tetapi belum tiba masa yang sesuai untuk ditanyakan kepada Izzhar.
Cadangnya, dia dan Nazrin mengadakan makan malam tersebut untuk mengetahui perkembangan terbaru Izzhar. Walaupun mereka satu tempat kerja dan satu tempat berteduh sebenarnya, namun masa mereka dipertemukan adalah terhad.

Kadangkala, nama sahaja rakan serumah tapi satu hari tak pernah bertembung selain di sekolah. Jadi, kesempatan yang ada itulah mereka gunakan sebaik-baiknya.

"Tadi kau balik lambat. Pergi mana?", tanya Esry sambil menyimpul pasta di garfu.

"Lambat? Lambat sangat ke aku balik tadi?", balas Izzhar pelik. Selalunya memang dia antara yang pulang awal dari sekolah tetapi hari ini jika diikutkan tidaklah berapa lambat sangat atau sebenarnya ada maksud lain yang Edry cuba sampaikan?

Cikgu, Saya Isteri Awak!Where stories live. Discover now