Bab 22

4.5K 142 3
                                    

"Apa nak jadi kak long ni?" Encik Bahrin menggambarkan keluhannya.

"Abah atuk dah tahu tentang perkara ni. Apa-apa jadi nanti, ayah dan ummi long tak boleh nak tolong kak long", sambung Encik Bahrin sengaja menakut-nakutkan anak saudaranya.

Seperti hendak ditampar sahaja Nia Surya pada ketika itu. Baginya, tindakan Surya bergaduh dengan rakan sesama sekolah sangat memalukan. Entah dimana silap dia, adik beradiknya, ibu dan bapanya mendidik Surya sehingga timbul perkara yang tidak diingini sebegitu rupa.

Namun, sedaya upayanya Encik Bahrin menahan perasaan marahnya di hadapan anak saudara kesayangannya itu. Isterinya, Puan Syamira tak berhenti melemparkan senyuman bagi memujuk hatinya dan Nia Surya.

Kereta Toyota Camry Silver berhenti di perkarangan rumah Hj. Selamat. Nia Surya diiringi Pn. Syamira masuk ke dalam rumah.

Yang lain sudah menunggunya, Cik Intan, mak usunya. Puan Amni, mama nya dan papa tirinya, Encik Aziz. Termasuk Hj. Selamat dan Hjh. Nasriah.

Surya mengetap bibirnya. Berjalan mengikut ke mana sahaja Puan Syamira memimpinnya. Jasmin mengambil beg sekolah kakaknya dan naik ke bilik.

Hj. Selamat berwajah tenang.

Surya berdiri kaku di hadapan keluarganya. Diperihatikan sahaja Mak Zai menghidang air minuman diatas meja tamu. Selepas itu pandangannya beralih ke karpet ungu bercorak bunga orkid yang menghiasi ruang tamu banglo itu.

"Kak long dah buat apa hari ini?", Puan Amni bangun daripada tempat duduknya. Dia sangat berang demgan anak sulungnya yang sentiasa bertindak sesuka hati itu. Suaminya, Encik Aziz cuba menenangkan keadaannya.

Surya bungkam. Kakinya menguis-nguis karpet. Kepalanya tertunduk layu sedari tadi.

"Cakaplah! Kak long buat apa tadi kat sekolah? Ingat mama tak tahu ke? Mana mama nak letak muka mama lepasni? Anak mama bergaduh kat sekolah, tumbuk anak orang. Apa nak jadi kak long ni? Dah bagus sangat perangai tu?", Puan Amni menengking.

Surya tetap membisu. Surya tahu, jika dia membuka mulutnya pada waktu yang sama mama nya sedang bercakap, pasti masalah akan menjadi semakin rumit.

Encik Aziz mengusap bahu isterinya. Walaupun, Surya hanya anak tirinya, namun rasa kasihan masih berbuku tebal di dalam hati.

"Amni, jangan tengking-tengking budak tu.. tanya dia elok-elok", Hjh. Nasriah menegur lembut cara anak perempuannya bertanya kepada cucu sulungnya.

"Mak, budak ni dah malukan keluarga masih nak dibela lagi? Silap Amni juga agaknya. Patutnya, daripada dulu lagi Amni tampar dia. Biar dia tahu rasa", kemarahan Puan Amni semakin memuncak.

"Amni, sudahlah tu! Dia cucu mak dan abah. Kami tahu nak buat apa pada dia", Hjh. Nasriah pula bangun kali ini mendekati Puan Amni.

"Mak dan abah, daripada dulu sampai sekarang manjakan dia"

"Kalau mak dan abah tak manjakan dia? Amni boleh ke didik dia? Dari dulu Amni serahkan dia dan Jasmin sepenuhnya pada mak dan abah. Salah mak juga ke Amni semua ni?" kali ini Hjh. Nasriah mula sebak.

Jiwa Puan Amni tersentap apabila kata-kata terakhir Hjh. Nasriah itu kedengaran tepat ke gegendang telinganya.

Surya hanya memerhati sahaja. Tak mampu untuk mencelah perbualan atau lebih tepat sebenarnya pentengkaran antara Hjh. Nasriah dan Puan Amni.

Hj. Selamat yang menyedari perkara itu sejak tadi menghampiri isterinya. Dia berdiri dan memaut bahu Hjh. Nasriah.

"Sudahlah maknya, Amni. Tak guna bertengkar. Banyak lagi jalan penyelesaian yang kita boleh gunakan. Apa-apa hal kita perlu tanya pada Nia sendiri", kata Hj. Selamat penuh tertib.

Cikgu, Saya Isteri Awak!Where stories live. Discover now