Bab 11

6K 180 0
                                    

"Kenapa awak datang dalam hidup saya? Kan bagus kalau saya langsung tak kenal awak, awak tak kenal saya. Awak seksa saya"

"Awak yang seksa diri awak. Selama ni saya bahagia duduk dekat setinggan dengan Wan"

Tup!


"Jasmin! Kenapa matikan tv tu? Kak long tengah feeling tau", geram Nia Surya dengan adik bongsunya itu. Pasti hendak mengusik.

Satu hari tidak berbalah pasti tidak sah. Bagai anjing dengan kucing. Kadangkala, Hjh. Nasriah biarkan sahaja kerana gaduhnya tidak lama. 2-3 minit sudah berbaik semula. Biasalah adik-beradik. Walaupun pada hakikatnya dia punya 3 orang lagi adik tiri. Namun, Jasmin segalanya bagi Surya. Itulah penemannya selama 15 tahun.

"Ala.. kak long ni, asyik layan citer tu je", Jasmin memuncungkan bibir merajuk.

"Biarlah. Lagipun, bukan selalu kak long layan drama jiwang. Cerita Bila Hati Berbicara ni, dengan cerita Kerana Terpaksa Aku Relakan je dulu", balas Nia sengaja hendak mengamatkan keadaan.

"Ah! Kak long bukan minat cerita, minat hero nya kan?"

"Kalau ya, kenapa?"

"Hero kau tu tembam. Tak handsome. Dah la masa Hero Remaja menang naib juara je", Jasmin sengaja ingin mengapi-apikan kakaknya.

"Suka hati mengutuk!" Sehempuk penampar lembut hinggap ke pipi Jasmin.

"Kau, dengan Kak Ieya sama sahaja. Tak habis-habis Hero Remaja. Majalah Remaja berbagai edisi penuh dalam bilik. Baca yang ilmiah sikit tak boleh?" Tiba masa Surya membalas paku buah keras.

"Jangan mengata oranglah. Dia pun sama. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Kak long tu lagi, novel penuh satu kabinet dalam bilik", Jasmin menjelirkan lidah.

"Potong lidah tu", Surya membuatkan jari bersimbol seperti gunting untuk menakutkan Jasmin.

Adiknya ini, kuat melawan. Sama juga dengan dirinya yang degil. Keh keh keh....

"Apa sahaja yang kamu gaduhkan ini? Barang-barang untuk bercuti sudah disediakan? Kita hendak bertolak pagi esok. Jangan sampai buat abah membebel", celah Hjh. Nasriah dari bahagian dapur untuk melihat kerenah cucu-cucu kesayangannya.

"Sudah! Semua siap. Alat mekap, alat pembersihan diri, baju, tudung-tudung. Semua sudah", Jasmin berkata dengan perasaan yang amat teruja.

Bercuti memang minatnya. Tidak kisah sama ada di dalam atau luar negara. Asalkan dia dapat keluar rumah, itu sudah memadai.

"Bagus! Suka ya pergi jalan-jalan?" Hjh. Nasriah faham benar dengan sikap setiap cucu-cucunya. Kali ini dia ingin bertanya Surya. Dari awal dia sudah agak, pasti Surya terlupa menyiapkan barang-barang bercuti.

"Nia sudah?"

Surya diam membatu.

'Alamak! Macam mana aku tak bersiap apa-apa lagi ni? Kalau abah tahu, pasti aku kena berleter'

"Surya, mak tanya, sudah siap semuanya?"

"Be....lum..." perlahan Surya menjawab elak dimarahi.

"Sudah agak. Pergi naik atas, kemas apa yang patut. Kelengkapan diri semua cukup?" Hjh. Nasriah bertanya lagi. Dia amat mengambil berat perihal cucu-cucunya. Daripada perkara sekecil zarah hingga sebesar gunung. Sayangnya ibarat menatang minyak yang penuh.

Surya berlari anak menaiki tangga. Sebelum datuknya balik dan menanyakan soalan yang sama.

**********

"Izzhar, kau sudah e-mailkan borang yang Kak Hailin, kerani pejabat sekolah itu minta?" Edry bertanyakan pada Izzhar yang termengah-mengah berjoging.

"Dah", jawab Izzhar ringkas.

"Berapa lama kita hendak disini?"

"Dalam 3 hari lagi?"

Menjadi seorang guru memang rumit. Cuti MC cuma ada 7 hari setahun. Pada cuti sekolah tengah tahun, urusan sekolah belum habis diselesaikan. Justeru, cuti akhir tahun lah yang menjadi masa paling ditunggu-tunggu bagi melepaskan tekanan kerja & beban.

Lagipula, umur mereka masih muda. Lepasan universiti katanya. Padahal, sudah 3 tahun berkhidmat secara rasmi sebagai guru.

"Elok kita bertanya pada Nazrin sekali. Eh kejap, Nazrin mana? Ketinggalan ke?" mata Edry dan Izzhar melilau-lilau mencari kelibat Nazrin yang hilang dari pandangan. Seronok sangat berjoging, hingga terlupa kawan.

Iphone 5 miliknya di dalam poket diseluk. Izzhar ingin menelefon Nazrin. Mencari radar di mana rakan karibnya itu berada.

Panggilan diangkat.

"Assalamualaikum, YB. Kau kat mana?" Izzhar memulakan perbualan.

"Aku dan Edry gerak sekarang" Izzhar mengangguk.

"Dia di lobi hotel. Jumpa orang. Dia minta kita ke sana juga", Izzhar menyatakan apa yang dijawab Nazrin ketika perbualan dalam talian sebentar tadi.

"Lobi? Jumpa orang? Hmm.. tak apalah. Jom, kita ke sana", Edry akur pada permintaan Nazrin sebentar tadi.

Setiba di lobi, satu perkara telah membuatkan Izzhar Syah seakan terkena renjatan eletrik. Gadis yang bersama Nazrin di hadapannya kini ialah Nia Surya.

'Kenapa aku ni? Tak akan lah sebab nampak Nia berpakaian selain pakaian seragam sekolah jadi lain? Kenapa dengan kau Izzhar Syah?'

'Apa pandang-pandang? Cucuk mata tu nanti. Aku ingat cikgu Nazrin datang berseorangan atau bersama keluarga. Rupanya sampai ke sini dibawanya cikgu 2 orang ni?'

Izzhar Syah tergamam dan hanya memandang. Nia Surya pula ingin cepat-cepat beredar kerana keletihan menempuh perjalanan.

Cikgu, Saya Isteri Awak!Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu