Bab 26

4.8K 140 1
                                    

Nafasnya seakan tidak mampu dikawal. Naik, turun. Naik, turun. Panahan sepasang mata yang tajam bagai tombak itu seolah-olah merejam jantungnya. Kini, Surya rasakan dia tidak lagi berpijak pada jubin bersih nan licin di pusat membeli-belah AEON Bukit Indah itu.

Jika turutkan keadaannya yang sedang berkecamuk dengan perasaan sendiri, pasti dia sudah menelefon Pak Jaafar sekarang juga untuk menjemputnya. Namun, dia bukanlah seorang yang mementingkan diri sendiri. Rakan-rakannya yang lain ada yang ingin mencari barang keperluan dan menggunakan kesempatan untuk mencuci mata dengan melihat pelbagai jenis promosi yang dijalankan di setiap sektor jenama barangan membeli-belah. Justeru, dia ikutkan sahaja kehendak rakan-rakannya. Sekeras mana hati gadis bernama Surya, tetapi dia masih lagi pandai menjaga hati orang lain.

Cuma sedari tadi hatinya tidak berhenti berdoa agar tidak terserempak dengan 3 orang guru sekolahnya. Semasa di CRS tadi sahaja, dia sudah hilang selera hendak makan kerana memikirkan pandangan salah seorang guru disitu.

'Hisyh!! Dimana-mana pergi ada je' rungut hati gadis Surya. Kadangkala, Surya sendiri tidak menduga apa kesalahan Cikgu Izzhar padanya. Namun, emosi seringkali menolak jauh ketika dia melihat entiti Cikgu Izzhar di depannya.

"Menyampah", tanpa dia perasan dia mengeluarkan suara tatkala tangan asyik membelek-belek baju blouse yang berwarna jingga.

"Menyampah kat siapa tu?" Satu kelibat muncul dari arah belakang.

Berderau darah Surya apabila rupa-rupanya ada orang yang memerhati pergerakannya sedari tadi.

"Menyampah? Mana ada saya menyampah? Inikan lagi nak menyampah kat siapa-siapa", gelabah Surya menjawab.

"Yela tu.. Jangan-jangan baru gaduh dengan pakwe"

Lasernya mulut!

"Untuk kali yang ke berapa belas saya beritahu pada cikgu bahawasanya saya tidak ada mana-mana teman lelaki istimewa, pakwe, tunang mahupun suami. Jelas?" Perlahan-lahan Surya berkata sengaja mengajuk cikgu bertauliah yang sedang berhadapan dengannya kini.

"Boleh percaya ke? Jaranglah sebaya awak ni tak ada pakwe. Paling minimum pun, masing-masing ada apa tu istilahnya? Crunch?" Cikgu Izzhar sengaja menambah-nambah geram Surya. Terhibur hatinya melihat kesungguhan Surya menafikan bahawa pelajarnya yang comel ini tidak mempunyai pakwe seperti pelajar-pelajar seusia yang lain.

Tergelak besar Surya di dalam hati. Dia menekup mulutnya dengan lilitan tudungnya yang terlepas. Menahan tawa. Lama-kelamaan dia tidak mampu menahan lagi ketawanya. Matanya sudah berair ketawa.

"Apa yang kelakar? Saya nampak macam muka Olaf yang dalam cerita Freeze tu ke?"

Kali ini sekali lagi Surya tidak mampu mengawal dirinya daripada ketawa. Sehingga dia menekan-nekan perut. Seandainya tiada orang di butik itu, pasti dia sudah terguling-guling ketawa.

"Issyh budak ni. Ada ke patut ketawa kan kita pula!" Cikgu Izzhar berpeluk tubuh membuat nada merajuk minta dipujuk. Mengada!

"Ha ha ha ha... uhuukk uhukk", sehingga terbatuk-batuk Surya menggelakkan Cikgu Izzhar.

"E'eh awak ni ketawa tak berhenti-berhenti macam irang meroyan dah kenapa?" Selamba badak sumbu je Cikgu Izzhar bercakap. Membiarkan Surya ketawa sepuas-puas hati.

"Cikgu, mana tidak saya tak ketawa, istilah yang cikgu panggil 'crunch' tu perkataan sebenarnya 'crush'. Lagi satu, Olaf adalah watak dalam Filem Frozen bukan 'Freeze'!", Surya benar-benar tak mampu menahan tawa.

"La.. yeke? Alahai.. mana saya tahu. Budak-budak sekarang macam-macam istilah digunakannya. Saya ni cuma dengar je", Cikgu Izzhar menggaru kepala menahan malu.

Cikgu, Saya Isteri Awak!Where stories live. Discover now