Sebagai seorang anak kampung, Kifli tidak terkecuali daripada melakukan kemungkaran dan kenakalan. Kadangkala kenakalannya hanya mendatangkan musibat dan kerugian yang besar kepada dirinya sendiri. Sifat barannya juga kadangkala tidak terkawal. Mudah emosi dan hilang kewarasan. Mujur juga Kifli dikurniakan seorang sahabat baik yang sangat mengasihi dirinya, Azmi. Azmi banyak memberikan dorongan, nasihat dan motivasi setiap kali Kifli dilanda kemurungan. Kadangkala mereka melepaskan tekanan bersama-sama dengan menghisap ganja di bawah pohon manggis di belakang rumah Kifli. Sebuah pangkin yang dibina di bawah pohon tersebut sememangnya amat strategik untuk mereka terbang dan khayal bersama-sama. Ditambah dengan cuaca yang redup dan berangin, ia syurga buat Kifli dan Azmi. Segalanya berubah setelah Kifli melakukan aktiviti skodeng.