Bab 23

1.6K 43 11
                                    

"Malik, aku nampak Amir ada kat sini. Tengah makan dengan sorang pondan kat Restoran Mubarak. Datang sini cepat, aku syak diorang berdua tu tengah bercinta..."

Malik Tokan membaca pesanan ringkas yang dihantar Kamariah itu di hadapan Khairul yang sedang leka mengikat mata kail itu.

"Aduh!" jerit Khairul apabila mata kail yang sedang dipasangnya itu terbenam ke dalam ibu jarinya. Mujur tidaklah begitu dalam dan melekat pada cangkuk kedua. Jika tidak, mungkin sukar untuk mengeluarkan mata kail tersebut.

"Gampang betul! Mata kail ni pun terkejut tau dengar mesej yang kau baca ni, Malik," ngomel Khairul lagi sambil mengelap darah yang keluar dari ibu jarinya.

"Kahkahkah! Mata kail ni marah kot dengar nama Amir Asmara," kata Malik Tokan tanpa sedikit pun rasa simpati terhadap ibu jari Khairul.

"Mata kail ni dah bau darah aku, kejap lagi mesti dapat ikan besar punya. Paling kecil pun 7 kilogram punya ikan,"

"Simpanlah dulu joran dan perkakas mancing kau tu. Bersiap cepat nak pergi bandar, pergi Restoran Mubarak,"

"Sabarlah dulu kalau iya pun. Jari aku pun berdarah lagi ni,"

"Alah, sikit je tu. Tampal plaster je,"

"Tak elok tampal, nanti lambat sembuh. Tunggu sekejap, aku salin pakaian. Segan pula pakai macam nelayan ni nak pergi ke bandar,"

Malik Tokan mengangguk. Dia mengeluarkan sebatang rokok Gudang Garam. Kebiasaannya, Khairul akan selesai bersiap ketika bara yang dicucuh sampai ke lambang landasan keretapi pada rokok tersebut. Ia tidaklah begitu lama buat Malik Tokan. Sebelum ini dia pernah bercinta dengan seorang wanita berasal dari Selatan tanah air. Namun, hubungan mereka berantakan gara-gara Malik Tokan berang akibat menunggu wanita tersebut bersiap terlalu lama sehingga sekotak rokok habis dihisap.

Sudahlah kehilangan cinta, Malik Tokan berasa seperti bakal diserang strok akibat menghisap terlalu banyak rokok Gudang Garam. Semenjak kejadian itu, Malik Tokan berazam tidak akan menunggu wanita bersiap dengan menghisap rokok lagi.

"Okay, jom," ujar Khairul.
Malik Tokan melihat rokoknya. Masih jauh jarak bara dengan lambang landasan keretapi. Dia memandang Khairul atas bawah. Semua pakaian telah ditukar, rambut juga berminyak dan rapi, jam terpasang di tangan kiri, kaki lengkap bersandal. Semuanya lengkap seperti biasa.

"Apa tengok lagi? Cakap nak cepat sangat tadi, jomlah cepat!"

Malik Tokan mengangguk laju lalu terus menghidupkan enjin motosikalnya. Baru sahaja enjin motosikalnya hidup, telefon bimbitnya pula berdering.

"Hello, kenapa?"

"Ada kat mana?"

"Rumah Khairul, kenapa?"

"Ada sayur tak?"

"Ada, nak berapa?"

"Seposen dahla, mati karang kena banyak-banyak,"

"Kejap lagi aku hantar,"

"Eh, tak payah. Aku datang rumah ambil,"

"Aku nak pergi bandar ni dengan Khairul,"

"Kalau macam tu malam karanglah kau hantar,"

"Kat mana?"

"Pangkin belakang rumah Kifli,"

"Okey, rojer!"

Talian telefon dimatikan segera dan motosikal terus ditunggang Malik Tokan menuju ke bandar dengan destinasi utamanya adalah Restoran Mubarak.

"Sempat lagi kau ye berniaga," ujar Khairul merapatkan kepalanya ke sebelah Malik Tokan yang sedang fokus menunggang itu.

"Bisnes ni, Khairul. Bisnes. Kebajikan pelanggan kena jaga," balas Malik memusingkan sedikit kepala namun matanya masih tegak memandang ke hadapan.

SkodengWhere stories live. Discover now