Bab 19

1.8K 42 17
                                    

Abrar terus memecut laju bagaikan seorang pemegang rekod dunia acara lumba lari 100 meter sebaik bas tiba di Persimpangan Bakawali untuk menurunkan mereka bertiga. Bagai dirasuk pelesit, larian Abrar pada waktu itu boleh diibaratkan larian terbaik yang pernah dilakukan sepanjang hidupnya. Walaupun tidak pernah memenangi sebarang pingat acara pecut semasa hari sukan sekolah, itu bukan alasan untuk dia tidak boleh menjadi sepantas Khairul.

Khairul adalah seorang sprinter semasa zaman sekolah. Setiap tahun, Khairul dinobatkan sebagai raja pecut sekolah. Dia adalah raja di balapan. Memiliki sepasang betis yang mantap dan bertenaga, Khairul adalah pelari pecut yang disegani di sekolah dan pernah digelar Roller Coaster dek kepantasannya berlari.

Malangnya, setiap kali pemilihan untuk mewakili daerah, Khairul kerap ditimpa malapetaka seperti tapak kasut spike tercabut ketika berlari, jatuh pokok rambutan dua hari sebelum acara pemilihan, diserang demam panas, disengat lipan ketika memakai stokin dan sebagainya. Mungkin Khairul ditakdirkan untuk tidak memecahkan rekod yang dicatat Watson Nyambek. Atau mungkin Watson Nyambek telah memagar rekod 10.30 saat dengan pendinding daripada jin. Namun, Watson Nyambek tetap lagenda dan Khairul hanya lagenda yang tak kesampaian.

"Aku dah tak tahan! Aku dah tak tahan!" jerit Abrar sambil berlari. Di dalam perutnya kini seolah-olah ada seribu ekor ular lidi yang sedang menggeliat dah mahu keluar dari lubang nyahtinja. Abrar terus berlari menuju ke tali air yang sesekali kedengaran bunyi kodok sedang riang bernyanyi.

Sampai sahaja di tebing tali air tersebut, Abrar terus mencampakkan bagasi yang digalasnya. Kodok yang tadinya riang bernyanyi terus terdiam. Barangkali sedang mengurut dadanya yang terkejut dek kehadiran Abrar di situ. Abrar terus berlari ke tebing tali air sambil melonggarkan tali pinggang, membuka kancing dan zip seluar dan melurutkan seluar serta spendernya hingga ke paras lutut. Ajaibnya, dia melakukan semua itu sambil berlari. Bukan calang-calang manusia yang mampu melakukannya.

"Fuhhh... Ahhh... Ahhh... Ahhh... Fuuuhhh..." dengus Abrar beberapa saat kemudian. Dengusan yang membawa erti penderitaannya mungkin sudah bernoktah. Dia merendamkan separuh punggungnya ke dalam air dan mengocak-ngocak air dengan laju.

"Baik-baik, nanti masuk lintah dalam jubur kau tak pasal-pasal bunting perut tu nanti," ujar Kifli sebaik tiba di tepi tebing tali air tersebut. Dia dan Azmi ketawa berdekah-dekah.

"Mujur kau tak tercirit dalam bas ekspress tadi. Kalau tak, satu bas kena wabak taun," sambung Azmi pula. Mereka terus bergelak sakan.

Abrar yang sudah selesai mencuci punggungnya hanya mampu mencarut sahaja memaki kedua-dua sahabatnya itu. Dia bangun dan menyarungkan semula spender dan seluarnya.

"Ah! Gampang betul!" Abrar memekik.

"Hah, kenapa? Lintah dah masuk jubur kau ke?" tanya Kifli.

"Bukanlah,"

"Habis tu? Ikan ketutu gigit punai kau?"

"Bukan, dah terkincit juga sikit dalam seluar. Gampang betul!"

"Kah! Kah! Kah!"

"Aduh, nak kena basuh balik. Setan betul! Ini mesti sebab sambal kicap dan cili potong kat kedai bakso tu,"

"Memanglah, kau tuang cili potong dan sambal kicap dalam tu serupa iblis,"

"Campakkan beg aku tu. Nak salin seluar dan spender ni. Geli aku,"

"Kah! Kah! Kah! Habis tu? Spender yang kena tahi tu nak campak mana? Dalam air?"

"Yelah, tak kuasa aku nak bawa balik,"

SkodengDonde viven las historias. Descúbrelo ahora