Bab 18

1.8K 36 10
                                    

Jam sudah menunjukkan waktu 4.50 petang. Bas yang mereka tunggu masih tak kunjung tiba. Sudah lewat 20 minit jika mengikut jadual perjalanan yang tertera pada tiket bas yang dibeli. Sepanjang 20 minit ini juga, Kifli telah melihat jam tangannya lebih daripada dua puluh kali. Setiap kali melihat jam, setiap kali itulah dia merungut sambil mencarut. Dua tin air cincau yang dibelinya juga telah habis diminum akibat kekeringan tekak kerana terlalu banyak mengeluarkan kata-kata kesat.

"Tak boleh jadi ni,"

"Apa yang tak boleh jadi?"

"Aku nak pergi mengamuk kat kaunter ni. Lantaklah apa nak jadi!"

"Kalau kau mengamuk pun, bukannya bas tu sampai sekelip mata. Sabarlah, kalau lagi 10 minit takde, kita pergi tanya elok-elok kat kaunter. Mana tahu, bas tu terjun gaung ke, enjin terbakar ke, pemandu diserang angin ahmar ke, manalah kita tahu,"

Pujukan Azmi meredakan sedikit kemarahan Kifli. dia membatalkan hasratnya untuk mengamuk. Ada rasionalnya kata Azmi, jika dia mengamuk seperti lembu gila sekalipun bas tidak akan tiba dengan sekelip mata. Kifli teringatkan Abang Jasro, lelaki budiman yang cukup tenang walaupun berdepan dengan situasi cemas.

Kring... Kring... Kring...

"Hello, iya saya, waalaikumussalam,"

"Abang Jasro ni ha, nak bagitahu isteri Abang Jasro dah selamat bersalin bayi lelaki dalam setengah jam yang lepas,"

"Oh yeke? Alhamdulillah. Tahniah Abang Jasro, tahniah,"

"Terima kasih, Kifli. Macam mana? Ada ke tiket nak ke Kuantan?"

"Ada ni ha, kami tengah tunggu bas ni. Tak sampai-sampai lagi, katanya jam 4.30 petang. Bayang pun tak nampak ni ha,"

"Baguslah kalau ada. Abang Jasro bimbang tak ada je, kalau tak Abang Jasro nak ke sana hantarkan kamu kat Pudu ke Pekeliling ke, banyak bas nak ke Kuantan di sana. Biasalah, petang-petang ni jalan jammed, orang balik kerja. Kejap lagi sampailah bas tu,"

"Harap-harap macam tulah, Abang Jasro,"

"Okaylah Kifli, nanti kirim salam dengan Azmi dan Abrar. Abang Jasro nak selesaikan hal anak dan isteri sekejap,"

"Insya-Allah,"

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam,"

Berita baik itu disampaikan kepada Azmi dan Abrar. Mereka bermunajat tanda kesyukuran di atas kelahiran seorang bayi yang berbapakan seorang lelaki budiman. Kemarahan Kifli terhadap bas yang masih tidak kunjung tiba itu sedikit reda dengan pangilan telefon yang diterima daripada Abang Jasro itu.

Sedang Kifli hanyut dengan lamunannya, seorang wanita bertudung ungu keluar dari kaunter tiket bas Transnasional, tempat mereka membeli tiket pagi tadi. Kifli terus bingkas menuju ke arah gadis itu.

"Cik, kenapa lambat sangat bas ni?"

"Maaf ye encik, ada masalah enjin dengan bas tu tadi. Sekarang dah dalam perjalanan. Mungkin dalam 5 ke 10 minit sampailah tu,"

"Masalah enjin? Nanti kami naik bas tu rosak pula lagi kat tengah highway macam mana?"

"Jangan risau, kita dah ganti dengan bas yang lain. Yang rosak tu masuk bengkel,"

"Betul ni lagi 5 minit sampai?"

"Insya-Allah kalau tak ada apa-apa, sampailah,"

"Kalau tak sampai juga, saya..."

"Encik...? Nak buat apa?"

"Saya nak awak belanja saya tengok wayang dan popcorn sekali, boleh?"

SkodengWhere stories live. Discover now