Bab 17

1.8K 39 15
                                    

Tiket wayang filem The Incredible Hulk untuk tiga orang bagi tayangan jam 12.30 tengah hari telah dibeli. Memandangkan hari ini bukanlah hari minggu ataupun cuti am, tidak ramai orang yang datang untuk menonton wayang. Maka, mereka berjaya mendapatkan tiket di kerusi paling belakang bahagian tengah.

"12.30 baru start cerita. Ada lagi sejam. Kan aku dah cakap tadi, sempat lagi nak karaoke," rungut Abrar sambil menghulurkan tiket wayang kepada Azmi dan Kifli.

"Ah, kau tak habis-habis karaoke. Nanti balik Kuantan kau karaoke puas-puas dengan Bohsia Ketiak Hitam tu. Kau nak karaoke sebulan non-stop pun aku tak halang. Mereputlah kau dalam bilik karaoke tu nanti!" balas Kifli, meradang.

Kifli tidaklah begitu meminati aktiviti karaoke. Dia hanya akan ke pusat karaoke bersama kawan-kawan setelah dipujuk berkali-kali. Malah, dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk memilih lagu yang hendak dinyanyikan kerana sering terlupa tajuk lagu. Bagi Kifli, karaoke di dalam bilik air ketika mandi lebih mengasyikkan.

"Habis, kita nak buat apa? Ada lagi sejam lebih ni ha, takkan nak tengok makwe Indon je lalu-lalang?" tanya Abrar yang masih tidak berpuas hati.

"Kita lepak jelah, dalam masa sejam tu kau nak pergi berak puas-puas pun boleh," kata Kifli.

Lalu, mereka bertiga bersiar-siar di dalam kompleks tersebut untuk membunuh waktu yang masih berbaki satu jam lebih itu. Terdapat banyak kedai menjual telefon bimbit di situ. Ketika itu, android masih belum wujud, malah telefon Samsung juga tidak dipedulikan. Nokia menguasai pasaran telefon mudah alih ketika itu.

Mereka akan singgah ke mana-mana kedai telefon bimbit yang mempunyai pekerja wanita yang cantik dan seksi. Namun, kebanyakan pekerja kedai telefon adalah wanita dari Indonesia. Hanya beberapa orang sahaja yang rambutnya tersisir rapi dan tidak mengerbang. Mungkin baru lepas membuat teknik rebonding. Mustahil jika hanya menggunakan syampu dengan campuran pati minyak panas. Mustahil.

"Berapa harga handphone Nokia Daun ni?"

"750 ringgit, bang,"

"Sekali dengan memori kad?"

"Iya, bang,"

"Berapa gigabyte?"

"256 MB, bang,"

"Kecil. Mana cukup nak simpan 3gp banyak-banyak,"

"Kalau 512 MB tambah lagi 30. Kalau 1 GB tambah lagi 50, bang,"

"Ada dapat free gift tak?"

"Dapat satu chasing free sama earphone, bang,"

"Earphone bukan memang free ke?"

"Untuk model yang music sahaja, bang,"

"Tak boleh kurang lagi?"

"Sudah murah, bang. Kedai lain lagi mahal,"

"Tipulah, tadi saya tanya kedai bawah, dia mau jual 350 ringgit saja,"

"Itu yang A.P set. Sini semua ori set, bang,"

"Apa beza A.P dengan ori?"

"A.P warranty kedai, ori warranty kilang, bang,"

"Sama je, kalau takde kredit, tak boleh call juga,"

"Mau beli ke tak ni, bang?"

"Taknaklah, mahal!"

"......................"

Skrip yang sama diulang mereka untuk mengganggu pekerja-pekerja kedai yang kelihatan seksi. Kadang-kadang, mereka meminta pekerja kedai mengambil aksesori yang terletak di rak bahagian bawah sekali. Tujuannya, supaya pekerja kedai itu menunduk untuk mengambil barang di rak. Ketika menunduk, baju yang dipakai di bahagian dada akan melonggar, dapatlah mereka mencuci mata sambil menyanyi lagu buai laju-laju;

SkodengWhere stories live. Discover now