Bab 10

2.6K 44 12
                                    

Mereka tiba di Puchong kira-kira jam 6.05 pagi. Encik Sanusi memandu keretanya yang melebihi muatan itu dengan laju tanpa memikirkan keselamatan penumpang dan diri sendiri. Dalam fikiran Encik Sanusi lebih baik dia meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya berbanding meninggal dunia disebabkan terhidu bau kentut.

Encik Sanusi memberhentikan sebuah keretanya di sebuah kawasan perumahan pangsapuri kos rendah. Ada tertulis papan tanda Puchong Perdana di situ.

"Dah sampai ke Encik Sanusi?" soal Kifli. Dia sudah tidak sabar lagi untuk keluar dari neraka Perodua Kancil itu.

"Belum lagi, nak hantar Salsabila dan Laila kat sini. Rumah sewa diorang kat blok H tu," jawab Encik Sanusi sambil memuncungkan bibirnya. Jawapan yang diberikan oleh Encik Sanusi itu membuatkan otak Kifli ligat mengingati bait-bait lirik dalam lagu nyanyian Yassin Sulaiman, Mimpi Laila dan Salsabila.

Melodi timur tengah mula berputaran dalam memori otak Kifli itu. Dia memandang wajah Salsabila dan Laila. Langsung tiada ciri-ciri wanita dari negara Arab. Dari segi pemakaian juga tiada. Salsabila dan Laila memakai pakaian ketat dan terdedah. Sekaligus membelanja mata Kifli berkenaan bentuk dan juga lurah payudara.

"Mungkin mereka berdua ini berketurunan Yahudi," bisik Kifli dalam hati.

Kifli memandang lagi bentuk, saiz, lurah dan warna payudara Salsabila dan Laila. Hatinya berbisik lagi, "Yahudi jenis tayang tetek juga ke kat orang lain?"

"Bye, bye Abang Sasi. Malam ni jumpa lagi ye, pergi dinner," suara Salsabila menyedarkan Kifli dari lamunan Yahudinya. Encik Sanusi membalas lambaian Salsabila dan memberikan flying kiss sebanyak dua kali.

"Celaka apa nama Sanusi jadi Sasi ni? Dah macam nama air je. Macam nama artis rap India pun iya juga," Kifli memberontak lagi dalam hati. Kali ini lagu Sasi The Don feat Amy Search - Satu Impian berkumandang dalam kepala hotaknya yang berjambul.

Celaka! Celaka! Celaka! Kifli mengetuk-ngetuk kepalanya sebanyak tiga kali bersamaan dengan perkataan celaka yang disebutnya tadi. Baran betul Kifli terhadap lagu-lagu yang datang mengganggu fikirannya.

"Allahuakbar, Allahuakbar!" kedengaran Muazin dari masjid berhampiran melaungkan azan menandakan telah masuk Subuh bagi kawasan Puchong dan sekitarnya. Kifli mulai tenang dan cool. Setan-setan yang datang menyanyi di otak Kifli juga bertempiaran lari kepanasan.

Encik Sanusi menekan pedal clutch dan memasukkan gear satu. Tenang dia menekan pedal minyak dan melepaskan pedal clutch dengan tertib. Tanpa gangguan syaitan, perodua kancil berpelekat Mira itu meluncur tenang ke destinasi seterusnya.

"Awal lagi ni, kita pergi sarapan dulu jom," Encik Sanusi bersuara. Dia memberikan isyarat untuk membelok ke kiri. Lampu signal berkelip sebanyak sekali sahaja, Encik Sanusi terus membelok. Pemanduan yang sangat kurang ajar. Jika dilakukan pada waktu puncak mungkin akan menerima makian pengguna jalan raya yang lain. Mujur jalan raya masih lengang pada waktu ini.

Kereta Perodua Kancil berpelekat Mira itu berhenti betul-betul di sebuah Restoran Hameed Maju. Pekerjanya segak berpakaian uniform biru-kuning seperti jersi pasukan bola sepak Pahang FA. Turut dipadankan bersama, songkok yang bercorak Jalur Gemilang. Dari segi pemakaian, mereka menang. Dari segi jambang, misai dan bulu lengan, mereka menjengkelkan.

"Ah, mamak lagi," ketiga-tiga mereka mengeluh dalam hati.

"Jom, saya belanja kamu semua," Encik Sanusi memberikan semangat kepada mereka bertiga.

Dalam fikiran Kifli, orang Kolumpo mungkin hanya mengenali masakan kedai mamak sahaja. Kifli mula terbayangkan nasi lemak Mak Teh, nasi dagang Nohya, dan nasi minyak Makcik Piah yang mungkin tidak akan ditemui lagi di sini. Dia harus tabah.

SkodengWhere stories live. Discover now