HAYRA ISABELLA ROSE | TENGKU RIZQ IDLAN KHAN (SINOPSIS) Hayra Isabella Rose. Kerana satu kesilapan, hidupnya dihantui dengan seribu satu kekesalan. Tidak pernah dia membayangkan hidupnya yang sememangnya serba malang akan bertambah malang apabila dia mula terlibat dalam satu peristiwa pembunuhan yang membawa kepada sebuah kematian. Tanpa berfikir panjang, dia mengambil langkah drastik dengan melarikan diri. Lima tahun telah berlalu. Dia kembali bagi menebus kesalahannya yang lalu. Namun, semuanya sudah terlambat. Dia terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterima akibat perbuatannya itu. "Sa-saya minta maaf. Sa-saya tak sengaja." ~ Hayra Isabella Rose Tengku Rizq Idlan Khan. Lima tahun adalah tempoh yang cukup dia membiarkan gadis itu hidup bahagia selepas perbuatan kejam yang dilakukan terhadap adik perempuannya. Siapakah gadis tu? Adakah dirinya mengenali? Dia sendiri pun tidak pasti. Apa yang dia tahu, dia akan menuntut bela terhadap kematian adiknya. Dendam yang sudah terpahat lama di dalam dirinya semakin membuak tatkala mengetahui gadis itu sudah kembali ke tanah air. Sudah tiba masanya, dia perlu menjalankan kerjanya yang sudah lama tergendala. Akan dia pastikan gadis itu derita hidup di dalam neraka ciptaannya. "Permainan ni bermula dengan kau dan akan diakhiri oleh aku." ~ Tengku Rizq Idlan Khan Kerana suatu peristiwa, lahirnya sebuah dendam. Kerana sebuah dendam, mereka disatukan. Adakah sebuah perkahwinan yang dibina kerana sebuah dendam akan berkekalan lama? Adakah si gadis akan terus bertahan hidup bersama lelaki yang tidak berhenti menyeksa fizikal dan mentalnya? AMARAN: CARUTAN BERLEBIHAN. TAK SUKA BOLEH SKIP.
46 parts