🍂 ATDI ~ BAB 26 🍂

8.7K 261 6
                                    

Tok... Tok... Tok...

Ketukan pintu bilik secara tiba-tiba itu telah mengejutkan dirinya yang sedang leka dengan lamunannya di balkoni yang berada di dalam bilik. Dia melihat jam di dinding. Jarum jam sudah menginjak ke angka enam setengah petang. Sudah satu jam rupanya dia berdiri di balkoni selepas selesai mencuci toilet sebentar tadi.

'Dia dah balik ke? Tapi aku belum masak lagi.' bisiknya gusar di dalam hati. Perasaan takut mula menyelubungi diri.

Hayra mengelap air matanya yang mengalir di pipi sebelum menuju ke arah pintu bilik.

'Ya Allah, lindungilah hambamu ini.' doanya sebelum memulas tombol pintu untuk membuka pintu.

Seketika pintu dibuka, terkaku dirinya melihat figura yang berada di luar biliknya adalah bukan suaminya sama sekali. Selepas beberapa saat, dia baru tersedar tiada apa-apa yang menutupi rambutnya menyebabkan dengan segera dia menutup semula pintu bilik.

Tok... Tok... Tok...

Pintu diketuk semula.

"Hayra... Aku-aku minta maaf. Aku takde niat nak kacau kau. Tengku yang suruh aku dengan Nik stay sini jaga kau waktu dia takde."

'Jaga aku?' soal Hayra dalam hati.

"Kau jangan risau. Tengku balik lambat hari ni. Dia dinner dengan client dia. Tadi dia baru inform aku. Aku ketuk bilik kau ni pun sebab aku nak tanya. Kau nak makan apa malam ni? Sebab Nik nak keluar sekejap lagi. Kalau kau nak order apa-apa, bagitahu aku. Nanti aku suruh Nik belikan." terang Boy yang berada di luar bilik. Boy yang masih setia menunggu jawapan Hayra itu kembali memanggil.

"Hayra... Kau nak pesan apa-apa tak?" masih sama tidak disahut.

"Takpelah kalau macam tu. Aku beli jelah apa-apa makanan untuk kau eh?" soal Boy lagi.

Ketika Boy mahu beredar, dia terdengar pintu dibuka sedikit. Boy menoleh untuk memandang.

"Saya tak nak order. Saya nak masak." balas Hayra yang baru disarungkan shawl di kepalanya itu. Nasib baik dia ada terjumpa shawl yang bersepah-sepah di dalam wardrobe besar itu. Tak tahulah kepunyaan siapa. Nampak pun macam shawl lama. Dah lusuh dah pun warnanya. Takpelah. Asalkan dia dapat menutupi rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

"Masak? Tapi Tengku kan makan dekat luar."

"Takpe... Saya nak masak sikit je." balas Hayra dengan senyuman manis yang mampu mencairkan hati mana-mana lelaki yang melihatnya. Termasuk juga dengan Boy. Tetapi, dia tetap mengawal hatinya agar tidak terjatuh suka pada isteri majikannya sendiri.

"Owh... O-okay."





***





"Kau masak apa ni?" soal Boy dari belakang lalu mengambil tempat di meja makan. Hayra yang kaget menoleh ke belakang.

"Saya masak nasi goreng je." pinggan diambil lalu dicedokkan nasi goreng yang masih panas itu ke dalam pinggan tersebut.

"Nah. Untuk awak. Makanlah." pinggan yang berisi nasi goreng itu diletakkan di hadapan Boy.

"Lah, asal kau buatkan untuk aku sekali? Buat susah-susah je. Aku dah makanlah tadi."

"Takpe... Tak susah pun. Lagipun, saya bukan boleh habiskan semua. Tengku Rizq pun dinner dekat luar kan? Mesti dia tak nak makan masakan saya punya kalau dia balik nanti."

Aku Terima Derita ItuWhere stories live. Discover now