🍂 ATDI ~ BAB 28 🍂

11K 375 83
                                    

Ting tong... Ting tong...

Bunyi loceng yang berulang-ulang kali berbunyi menyebabkan dia terjaga dari tidur lenanya. Hayra memandang sekeliling lalu dikerling sekilas jam di dinding.

'Ya Allah... Dah pukul 10. Macam mana aku boleh tidur kat sini?' bisik Hayra perlahan apabila melihat dirinya tertidur di atas sofa.

Ting tong... Ting tong...

Bunyi loceng kedengaran sekali lagi menandakan ada orang di luar. Sebelum dia ingin membuka pintu penthouse, Hayra melihat dulu wajah gerangan yang menekan loceng di luar melalui sebuah skrin yang tersedia di dalam penthouse tersebut. Jelas sekali gambar seseorang yang baru dikenalinya tempoh hari yang terpapar pada screen tersebut.

'Itu macam sepupu Tengku Rizq. Tapi, dia buat apa kat sini?' tanpa membuang masa, Hayra berlari anak untuk mengambil shawl di dalam biliknya. Setelah shawl dipakai, pintu penthouse dirapati lalu dibuka.

"Hai..." ucap Qarl setelah pintu dibuka.

"Assalammualaikum..." ucap Hayra buat pertama kalinya bersuara kepada lelaki itu.

"Waalaikumsalam... Sorry." tahulah lelaki itu yang Hayra menyindirnya.

"Takpe. Cari Tengku Rizq ke? Tengku Riq takde. Dia keluar." ujar Hayra lembut.

"Tak. Saya cari awak." jujur Qarl yang mengundang kerutan dahi pada wajah Hayra. Dah kenapa pula lelaki ini mencari dirinya.

"Boleh saya masuk?"

Pada mulanya agak serba salah juga Hayra mahu membenarkan Qarl masuk kerana hanya ada dia sahaja yang berada di dalam penthouse ini. Tapi, memandangkan Qarl ini sepupu rapat Tengku Rizq. Akhirnya, dia benarkan juga.

"Awak duduklah dulu. Saya nak pergi buat air sekejap."

"Hayra..." belum sempat Hayra mahu beredar, namanya diseru tiba-tiba.

"I-iya?"

"Tak payah susah-susah. Saya datang sini sekejap je. Awak duduklah." kata Qarl kepada Hayra. Hayra yang teragak-agak itu perlahan-lahan mengambil tempat di hadapan Qarl.

"Saya baru tahu yang Rizq bawa awak ke sini. Tu pun lepas Boy yang bagitahu. Kalau tak, sampai kesudah saya takkan tahu. Patutlah saya dah lama tak nampak awak dekat villa Rizq. Rupanya dia dah bawa awak duduk sini." hanya senyuman ringkas saja dibalas oleh Hayra. Dia agak kekok sebenarnya untuk berbual dengan Qarl memandangkan ini kali pertama dia bercakap dengan Qarl.

"Awak okay ke dengan Rizq?" tanya Qarl.

"Hah? Hhmm... Alhamdulillah okay." balas Hayra ketakutan.

"Ya ke? Betul awak okay dengan dia?" tanya Qarl sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Betul. Kenapa tanya?" soal Hayra.

"Takdelah. Sebab kak Seri bagitahu saya lain."

Terdiam Hayra seketika. Tak tahu apa yang wajar untuk dibalasnya.

"Awak cuba tipu saya ke Hayra? Dari air muka awak, saya tahu awak tak bahagia hidup dengan Rizq. Dia seksa awak kan?" Hayra masih lagi diam. Dia buntu. Memang benar pada mulanya dia tidak tahan dengan seksaan yang Tengku Rizq kerap beri kepadanya. Tapi lama-kelamaan, bila Tengku Rizq semakin kurang menyeksanya, timbul satu perasaan buat Tengku Rizq yang sukar untuk digambarkan.

"Hayra, Rizq sepupu saya. Saya lebih kenal dia. Saya tahu dia macam mana. Saya dah masak sangat dengan sifat panas baran dia yang susah nak kawal tu. Ego dia yang sentiasa tinggi menggunung. Lagi pun, Kak Seri dah cerita dengan saya semuanya. So, tak payahlah awak nak tipu saya."

Aku Terima Derita ItuWhere stories live. Discover now