🍂 ATDI ~ BAB 6 🍂

9.5K 178 1
                                    

"Hey you..."

"Yes, you. Give me one more, please..." ujarnya sambil tersenyum-senyum kepada pelayan lelaki bar tersebut. Tidak tahu sudah berapa banyak diteguknya air haram itu sehingga pemandangannya juga mulai kabur dan akalnya juga tidak dapat berfikir secara waras. Iringan lagu Worth It milik Fifth Harmony yang dipasang kuat oleh DJ menambahkan lagi kekhayalannya.

"I'm sorry, miss, but I can't. It was the fifth bottle you had drank. I can't give it anymore. It can harm your health, miss." kata pelayan lelaki bar warga asing itu. Takut dia melihat keadaan gadis cantik di hadapannya ini apabila diminta lagi botol baru untuk diminum. Minuman yang diteguknya pun bukan calang-calang, malah wain yang paling mahal yang terjual di kelab malam itu.

Selepas kejadian yang berlaku tadi, dia mengambil keputusan untuk menghabiskan malamnya di sebuah kelab VVIP dan bukan kelab yang selalu dikunjunginya seperti sebelum-sebelum ini. Dia memilih kelab tersebut sebagai destinasinya kerana faktor bilangan manusia yang tidak begitu ramai memandangkan ia hanya terdiri daripada golongan elit dan jutawan. Dia mengetahui kelab tersebut pun melalui sahabat baiknya sendiri, Sherry. Banyak kali juga wanita itu mengajaknya sebelum ini, tetapi sentiasa ditolaknya. Namun, pada hari ini dia mencabar dirinya untuk pergi seorang diri.

"I. DON'T. CARE. I want it now. Pergi ambil je boleh tak. Tak payah bising-bising." marahnya yang dalam keadaan mabuk sambil tersedu-sedu.

"But, miss..."

"Hey, what's going on here?" tanya seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di sebelahnya. Dipandang lelaki yang menyampuk itu dari atas hingga bawah dengan mata kaburnya.

"I don't know what's wrong with him. He's so stingy. He didn't want to give me what I wanted. Scold him, please." adunya kepada lelaki itu. Walaupun tidak mengenali, tetapi dia mengadu seakan-akan lelaki itu adalah kenalan rapatnya.

Sementara itu, lelaki yang menyampuk itu tadi mengambil peluang untuk menatap wajah gadis di hadapannya ini secara jelas. Dengan kulitnya yang cerah seputih salju, matanya yang bulat bersinar, hidungnya yang mancung terletak, bibirnya yang terbentuk cantik serta pipinya kemerah-merahan yang menandakan dirinya sedang mabuk menyerlahkan lagi kecantikan gadis itu. Pada awalnya, dia yang terlihat keadaan yang bising dari arah jauh itu hanya ingin membantu untuk menenangkan situasi tegang yang berlaku antara gadis itu dan pelayan bar tersebut, namun niatnya terhenti buat seketika tatkala melihat kecantikan wajah gadis itu. Dia berasa pelik kerana tidak pernah dilihatnya gadis ini di kelab tersebut sebelum ini. Siapakah dia?

"It's not like that, sir Qarl. Miss, you have drunk a lot. I don't want to take any risk if anything happens to you." ujar pelayan bar kepada lelaki itu. Memandangkan lelaki itu merupakan pelanggan VIP tetap dan merangkap rakan baik kepada bossnya sendiri menyebabkan dirinya mengenali lelaki itu.

Dia yang mendengar kata-kata pelayan bar itu merengus geram.

"You..." belum sempat dia ingin menghabiskan kata-katanya, lelaki itu menyampuk.

"It's okay. You may continue your work." katanya sebelum mengalihkan semula pandangannya mengadap gadis cantik di hadapannya ini.

"Hey, beautiful... What the employee said was right. Look at you. You're too drunk."

"Hhmm..." rengeknya yang langsung tidak mengambil peduli kata-kata lelaki itu. Dibaringkan kepalanya di atas meja bar.

"By the way, I'm Qarl. And you?" lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Hhmm Bella... Bella Rose." jawabnya tanpa menyambut huluran lelaki itu.

"Wow! Such a nice name. Sama macam orangnya." puji lelaki itu sebelum ditarik semula huluran tangannya yang tidak disambut gadis itu. Buat pertama kalinya dalam hidup, hulurannya ditolak oleh seorang wanita menyebabkan dia berasa agak malu di situ.

Aku Terima Derita ItuWhere stories live. Discover now