🍂 ATDI ~ BAB 12 🍂

9.1K 181 3
                                    

SPLASHHHHH!!!

Air yang tiba-tiba muncul dan membasahi mukanya menyebabkan dia terkejut dan segera bangun daripada tidur.

Dia melihat gerangan yang menjirusnya dengan sebaldi air di mukanya itu. Lelaki yang sama dengan lelaki semalam. Melihat mukanya saja telah membuatkan Hayra gerun. Belum lagi dia membuka mulut. Hayra sedaya upaya menjauhkan diri daripadanya dengan menolak kerusi yang menampungnya ke belakang menggunakan kaki. Tetapi semakin dia mengelak, semakin lelaki itu datang mendekat.

"Kau nak pergi mana?" bisiknya tepat di telinga Hayra sambil menarik kepala Hayra mendongak memandangnya.

"Tsk-tsk-tsk... En-encik, to-tolong le-lepaskan sa-saya." pinta Hayra. Dia sudah tidak tahan untuk terus berada di sini.

"Kau cakap apa? Lepaskan kau? Hahahahhhh..."

"Hei perempuan!!! Dengar sini baik-baik. Langkah mayat aku dulu kalau kau nak lepas. Sebab walau dalam mimpi sekalipun, aku takkan lepaskan kau. Faham?!!!" katanya lalu menepuk-nepuk pipi Hayra berkali-kali.

Setelah itu, dia menarik sebuah beg guni besar mendekati Hayra tanpa diketahui Hayra isi di dalamnya. Hayra yang sudah tidak berdaya untuk melawan hanya mampu memerhati tindak-tanduknya saja memandangkan keadaan tangan dan kakinya yang masih lagi dirantai. Kemudian, Tengku Rizq mengeluarkan sesuatu daripada beg guni itu.

'Wine?' getus Hayra di dalam hati selepas melihat sesuatu yang baru dikeluarkan oleh lelaki itu.

Dia tahu itu wine. Botol yang lelaki itu keluarkan daripada beg guni itu adalah wine. Dia melihat terdapat banyak botol arak di dalam beg guni itu. Apa yang lelaki itu ingin lakukan dengan semua wain tersebut?

"Kau nampak ni?" Hayra hanya diam tanpa menjawab.

"AKU TANYA KAU NAMPAK KE TIDAK?!" Hayra lamtas mengangguk kerana takut dengan tengkingannya.

"Tahu ni apa?" Hayra mengangguk lagi.

"Apa ni?"

"Wi-wine..." tergagap-gagap dia menjawab.

"Kau nak?" cepat-cepat Hayra menggeleng selepas mendengar pertanyaannya itu.

"Lah kenapa pula tak nak? Sedap ni." Hayra menggeleng sekali lagi.

"Rugi kalau tak cuba. Tengok ni aku minum." dia meneguk air itu seperti air mineral. Diteguknya tanpa henti sehingga habis sebotol. Hayra yang takut itu hanya mampu menggeleng kepala melihat perbuatan lelaki itu.

"Hhhmmm... Sedapnya."

"Nah... Kau pula cuba." ajaknya lalu dihulurkan sebotol kepada Hayra.

"Tsk-tsk... Sa-saya t-tak nak."

"Hah? Taknak? Kenapa pula tak nak? Semalam bukan kau cakap dengan aku kau pernah cuba ke? Mesti kau dah tahu macam mana rasa dia kan?"

"Encik, sa-saya tak nak. Saya tak nak, en-encik. Benda tu haram."

"Kau cakap apa? Kau ulang balik apa kau cakap tadi?"

"Tolong encik. Sa-saya taknak. Sa-saya taknak minum. Benda tu haram encik. Tsk-tsk-tsk..."

"Haram? Wah! Pandai betul kau main hukum-hakam dengan aku. Kalau macam tu, aku nak tanya kau pula. Apa pula hukum bagi membunuh eh? Halal ke?" Hayra tidak mampu menjawab soalannya. Hanya tangisan saja yang mengalir.

"AKU TANYA KAU LAH PEREMPUAN!!! KAU CAKAP APA DENGAN AKU SEMALAM? KAU MABUK KAN? KAU MABUK MASA BUNUH REEN? SEKARANG AKU NAK TENGOK MACAM MANA KEADAAN KAU MASA BUNUH REEN DULU!!!"

Sejurus itu, Tengku Rizq membuka mulut Hayra secara paksa dan menyumbat air setan itu ke dalam mulutnya tanpa henti. Hayra cuba sedaya-upaya untuk melawan dengan menutup mulutnya kembali namun kekuatannya tidak mampu menandingi tenaga Tengku Rizq yang kuat. Tambahan pula, dengan keadaannya yang masih dirantai menyukarkan lagi dirinya untuk menolak. Mencurah-curah air setan itu tumpah di baju dan seluarnya. Hayra meraung dan menangis meminta tolong agar ada orang di luar yang mendengar mampu menolongnya. Dia tidak sanggup diperlakukan seperti ini.

Setelah sebotol wine habis, Tengku Rizq memaksanya lagi untuk meneguk botol yang kedua, ketiga dan seterusnya. Masuk botol yang keempat, baru Tengku Rizq melepaskannya selepas melihat keadaan Hayra yang sudah lemah dan tersedu-sedu beberapa kali.

"Kau dengar sini. Ni baru expectation. Kau belum jumpa lagi dengan reality."

"Aku nak kau biasakan dulu dengan game aku. Kita buat slow-slow. Then, I'll bring you to reality. Okay, baby girl. See you tomorrow..."

Meskipun Hayra sudah mabuk, namun dia masih dapat menangkap kata-kata terakhir lelaki itu sebelum dia keluar. Air mata Hayra mengalir dengan lebih laju tatkala mengenangkan perkara yang akan dilakukan oleh lelaki itu terhadapnya di kemudian hari.





***





"Hhmm, nak apa?" sapa Tengku Rizq malas selepas melihat nama yang tertera di handphonenya.

"Kau kat mana?" tanya si pemanggil dalam talian.

"Aku tengah sibuk ni. Nantilah aku call balik."

"Bukan tu soalan aku sekarang. Aku tanya kau kat mana?" desak si pemanggil.

"Tak yang kau sibuk sangat pasal aku ni apasal?"

"Aku tahu kau dah jumpa perempuan tu kan? Tadi aku jumpa Nik dengan Boy. Diorang dah cerita kat aku."

"Wah, laju betul eh diorang buat kerja. Aku bayar diorang untuk ikut cakap aku bukan jadi spy kau." sinis Tengku Rizq membalas.

"Kau tak payah nak marah diorang sangatlah. Aku yang paksa diorang untuk cakap. Kalau aku tunggu kau, sampai kesudah aku takkan tahu."

"Kau sendiri tahu kenapa aku tak nak bagitahu kau."

"Rizq, aku bukan nak halang tapi benda tu dah lama berlalu. Tak boleh ke kalau kau lupakan? Ajal dia dah sampai. Macam mana kau buat sekalipun, kalau dah takdir dia untuk pergi dia akan pergi juga. Kenapa kau masih nak berdendam. Kau tak kesian ke dengan arwah?"

"YANG MATI TU ADIK AKULAH SIAL. BUKAN ADIK KAU. Aku boleh terima ajal dia. Tapi aku takkan pernah boleh terima punca kematian dia. Sakit... sakit sangat bila tengok orang yang kita sayang mati dalam keadaan terseksa. Mungkin kau boleh tapi aku tak. By hook or by crook, aku akan buat perhitungan juga dengan perempuan tu. Just wait and see." lantas Tengku Rizq menamatkan panggilannya.

"Kau lupa Rizq, aku abang saudara dia. Aku pun sedih dengan kepergian dia tapi aku belajar untuk percaya dan terima semua qada' dan qadar Allah SWT. Aku percaya pasti ada hikmah di setiap apa yang berlaku." kata lelaki itu seorang diri.

Ya, dia adalah abang saudara kepada Tengku Reen Irwayu Khan merangkap satu-satunya sepupu Tengku Rizq Idlan Khan. Dia adalah Syed Qarl Afdham.

Keakraban antara Tengku Rizq dan Qarl sangat kuat sejak mereka kecil lagi. Namun, hubungan mereka menjadi semakin renggang semenjak kematian Tengku Reen.

Segala-galanya mula berubah apabila Tengku Rizq mula menyimpan perasaan dendam terhadap si pembunuh adiknya. Berulang-ulang kali Qarl menghalang tetapi dia tetap berdegil. Selama lima tahun juga Tengku Rizq hidup dengan perasaan dendam yang semakin hari semakin kuat. Qarl pula tidak pernah berhenti dari menghalang Tengku Rizq daripada melakukan sesuatu di luar jangkaannya memandangkan perasaan dendam itu tidak akan bawa ke mana. Namun, dia sedar bahawa nasihat dan kata-katanya selama ini hanyalah omongan kosong saja di mata sepupunya itu.





Bersambung...

Aku Terima Derita ItuWhere stories live. Discover now