🍂 ATDI ~ BAB 16 🍂

12.5K 223 19
                                    

"Aauuww... Sakitnya." adu Hayra sambil memegang kepalanya yang pening selepas terjaga dari tidur yang lama. Dia merasakan kepalanya begitu berat sekali untuk diangkat seperti sedang menanggung sesuatu beban. Dicuba juga melawan rasa sakit yang menyerang kepalanya itu sebelum dia mula memerhatikan keadaan sekeliling.

'Aku kat mana ni?' bisik hati kecilnya.

Dia cuba untuk bangun tetapi terdapat sesuatu beban yang lebih berat di atas badannya yang membataskan pergerakannya untuk bagun. Ditunduk ke bawah untuk melihat halangan tersebut. 

Seketika itu, sungguh Hayra terkejut ketika melihat sepasang tangan sedang memeluk badannya dengan erat dari belakang. Wajahnya pula ditutup di sebalik bahu Hayra. Melaui tangannya yang besar dan berat, Hayra merasakan figura yang sedang memeluknya adalah seorang lelaki. 

'Apa dah jadi ni?' Hayra mencuba sedaya yang mungkin untuk merungkaikan pelukan figura itu. Namun, usahanya tidak berjaya disebabkan pelukan figura itu yang sangat ketat. Dia mencuba sekali lagi dengan memusingkan badannya daripada mengiring kepada menegak dan dia berjaya. Sejenak dunianya seperti terhenti buat seketika tatkala melihat wajah sebenar lelaki yang berada di sebalik bahunya apabila dia berjaya mengalihkan posisinya. Dengan segera dia memandang keadaan tubuhnya yang berada dalam comforter tebal itu.

Sangat mengecewakan apabila tiada seurat benang pun yang tersarung lagi ditubuhnya. Dia menggagahkan diri untuk bangun daripada pembaringannya dan turun daripada katil namun bahagian bawahnya yang terasa sangat ngilu dan sakit seperti ada sesuatu yang koyak menghalang pergerakannya. Dia melihat semula di sebalik comforter untuk mengetahui apa yang berlaku dan kemudian dia tersedar terdapat setompok darah di tempat pembaringannya.

Matanya mula berkaca saat memandang darah itu. Bagai sukar untuk mempercayai dengan apa yang jadi. Dia mengetahui apakah maksud darah itu. Bukan darah uzur atau darah penyakit. Tetapi darah keperawanannya. Serta-merta air matanya laju mengalir di pipi saat memikirkan perkara yang telah terjadi pada dirinya.

'Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan pada hambamu ini. Apa yang jadi dekat aku malam tadi? Kenapa aku tak ingat apa-apa langsung?'

Dia menutup mulutnya dengan kedua-dua tangan untuk menahan bunyi tangisannya daripada keluar. Dia tidak mahu lelaki di sebelahnya mendengar tangisannya. 

Namun, selepas beberapa minit berlalu tangisannya tidak dapat lagi dibendung dan menjadi semakin kuat lama-kelamaan sehingga menyebabkan lelaki itu mula tersedar.

Dia merenung Hayra dengan wajah dinginnya.

"KAU APASAL MEMEKAK PAGI-PAGI BUTA NI?! TAK NAMPAK AKU TENGAH TIDUR KE SIAL?! BABI BETUL LAH!!!" tengkingnya kepada Hayra.

"Tsk-tsk... Ke-kenapa? Ke-kenapa Tawak buat saya macam ni? Tsk-tsk... Sa-saya tahu... Saya tahu awak ma-marahkan saya. Ta-tapi ini bu-bukan caranya un-untuk a-awak le-lepaskan marah a-awak." jelas Hayra dalam tangisannya yang semakin kuat itu.

"Habis tu dengan cara apa? Hhmm? Bagitahu aku dengan cara apa?" Tengku Rizq merenung tepat anak mata Hayra dengan mata tajamnya meminta jawapan. 

"Kau dengar sini, Hayra. Kau dengan aku ibarat minyak dengan api. Kalau kau tak mulakan, aku takkan marak. Sama juga dalam hal ni. Kau yang cipta permainan ni. Aku tak paksa. Aku tak kenal pun kau siapa. Salah kau bila kau terjebakkan aku dalam permainan kau. Aku nak kau tahu, once aku dah masuk dalam sesuatu game, I'll make sure no matter what happens. I win that game. No matter what happens. Lagi pun, masa hari pertama aku jumpa kau, aku dah tanya kau banyak kali. Siapa upah kau? Siapa dalang semua ni. Tapi kau yang tak nak jawab. Seboleh-bolehnya kau cakap takde kaitan dengan sesiapa. So, aku expect kau lah dalang semua ni. Kau yang plan untuk bunuh Reen dari awal. Betul?" Hayra menggeleng-geleng mendengar pertanyaan Tengku Rizq itu.

Aku Terima Derita ItuWhere stories live. Discover now