🍂 ATDI ~ BAB 41 🍂

8.9K 284 38
                                    

Maya tersedar dari tidur yang lama tatkala matahari sudah terpacak di atas kepala. Dengan keadaan yang masih mamai, tangannya bergerak meraba-raba seluruh kawasan di atas meja lampu untuk mencari handphonenya. Setelah jumpa, butang on ditekan. Jam yang terpapar dalam handphone tersebut dipandang sekilas sambil tangan kirinya masih ligat menonyoh mata supaya pandangannya kelihatan lebih jelas.

"12.30? Awal lagi?" gumam Maya lalu dicampak semula handphonenya ke sebelah dan ditekup mukanya semula pada bantal.

Tidak hairanlah jika Maya bangun pada waktu-waktu begini. Malah dia berasa masih awal lagi untuk bangun dari tidur. Kerana kebiasaannya, selagi jarum jam belum menginjak ke angka dua petang selagi itulah dia tidak akan turun dari katil. Begitu jugalah rutin hariannya sebelum berkahwin. Tiada sesiapa yang berani menegur termasuklah ibu dan bapa tirinya.

Maya menutup semula matanya untuk menyambung lenanya yang tergendala lalu ditarik comforter tebal menutupi tubuhnya yang bebas dari sebarang pakaian itu. Rasa gembira mula bertandang di dalam hati apabila memikirkan adegan bersama suaminya malam tadi. Jika diikutkan hati, mahu diikat sahaja lelaki itu ketat-ketat agar sentiasa bersamanya 24 jam.

Dia mula teringat akan sesuatu. Tanpa menunggu lama, Maya bangun dari katil lalu disarung bathrobe pada tubuhnya. Rambut disanggul tinggi sehingga menampakkan keseluruhan leher putihnya yang jelas dengan kesan-kesan gigitan. Kaki diatur menuruni tangga. Tidak sabar dia untuk memulakan misi pertamanya.

Sesampai sahaja di ruang bawah, Maya berjalan-jalan di sekeliling penthouse itu untuk mencari seseorang. Sedang dia berjalan, matanya tertancap pada meja makan yang sudah siap terhidang dengan pelbagai jenis makanan untuk tengah hari. Telinganya turut terdengar dek suara air yang terbuka di dapur. Tahulah dia bahawa orang yang dicarinya itu sedang mencuci pinggan di dapur. Dia mula mengorak langkah mendekati gerangan itu sebelum mengambil tempat di sebelahnya.

"Mana sarapan aku?" terjahnya tiba-tiba dengan dengan penuh lagak sambil tangan disilangkan di dada. Terhenti perbuatan Hayra seketika sebelum dia menyambung semula kerjanya dengan tenang tanpa memperdulika kehadiran Maya yang sedang merenungnya dengan tajam di sebelahnya. Dia hanya diam membisu tanpa memberi sebarang balasan.

"HOI!!! AKU CAKAP DENGAN KAU LAH PEREMPUAN! KAU PEKAK KE?!" jerkah Maya yang geram kerana Hayra hanya buat tidak tahu seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ditarik bahu Hayra untuk memaksa wanita itu menghadapnya.

Hayra melepaskan keluhan berat. Ditarik nafas dalam-dalam sebelum membalas pandangan Maya.

"Ada tangan, ada kaki kan? Pergilah buat sendiri." balas Hayra tenang. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan wanita ini. Bila dia lihat wajah Maya, serta-merta dia akan teringat akan perbuatannya terhadap adik iparnya Tengku Reen.

"Kau ni memang cari nahas dengan aku kan..." Maya mencengkam rahang Hayra. Tangan kanannya menyentuh pembalut luka di leher wanita itu.

"Ni... Kau lupa siapa yang buat? Nak aku tambah lagi ke?" Hayra menarik tangan Maya yang mencengkam rahangnya. Dipandang wajah bersih Maya dengan seribu satu perasaan geram.

"Aku tak nak gaduh dengan kau sebab aku hormat kau sebagai madu aku. Jadi aku minta, tolong jangan cari pasal dengan aku." ujar Hayra. Cukuplah wanita itu dan ibu tirinya sudah menyusahkan dirinya suatu ketika dahulu. Dia tidak akan biarkan wanita itu memijak kepalanya lagi.

"Kalau aku tak nak? Apa kau nak buat?" bisik Maya tepat di hadapan wajah Hayra.

Hayra diam. Tidak tahu apa yang harus dibalas. Tambahan lagi, dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Dipandang wajah Maya seketika sebelum diambil pinggan di dalam sinki untuk menyambung kerjanya semula. Bagi Hayra, tiada guna dilayan perempuan seperti Maya.

Aku Terima Derita ItuWhere stories live. Discover now