BLURB KISAH AI DAN AR Ketakutan terbesar mereka sama. Menikah. Mereka punya masa lalu yang menurut mereka tidak begitu indah. Ayah Ar seorang lelaki panas baran. Sebagai satu-satunya anak lelaki dia selalu menjadikan dirinya sebagai tembok perisai pelampiasan amarah ayah demi melindungi ibu dan adiknya, Rai. "Saya tak ingin jadi seperti ayah. Gagal melindungi wanita-wanita dalam hidupnya." Ayah Ai banyak isteri. Banyak anak juga. Lelaki tua itu hanya tahu tambah isteri. Biakkan anak merata-rata tapi tak pernah tahu erti tanggungjawab. Dia lelah melihat duka yang sering menghuni wajah emaknya. Dia rasa emaknya wanita lemah. "Saya tak nak rasa tergantung. Saya nak berdiri atas kaki sendiri. Kalau orang tinggalkan saya pun saya takkan mati." Hati mereka bertemu dan saling jatuh cinta. Ar cuba buktikan dia ikhlas dengan rasa hatinya. Namun seorang Ai tak pernah mahu percaya. "Saya takut Ar. Macam mana kalau kita jadi macam mak dan ayah kita?" "Kita kena cuba. Kita takkan tahu kalau kita tak lalui sendiri." "Tapi perkahwinan bukan satu percubaan." Ai takut. Dia tahu Ar sudah berjanji akan tetap setia di sisinya. Ar bukan ayah. Ar takkan menduakan dia seperti mana ayah menduakan mak. Ar takkan tinggalkan dia. Tetapi mengapa hatinya berat untuk percaya? Benarkah Ar lelaki kiriman syurga yang ditakdirkan untuknya?