0 5

1.2K 107 6
                                    

       PUKUL tiga petang, selepas keluar dari perpustakaan Ai tidak terus pulang ke rumah

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

       PUKUL tiga petang, selepas keluar dari perpustakaan Ai tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya dia menuju ke sebuah wakaf yang terletak di hadapan sekolah.

Bibirnya mengorak senyum girang tatkala melihat wakaf itu kosong tanpa penghuni. Tenang sikit kalau dia berseorangan di situ.

Keriangannya tak bertahan lama. Perlahan-lahan senyum di bibirnya memudar.

Sewaktu mendengar bunyi enjin motosikal di sebelah wakaf, dia tidak menoleh. Sangkanya hanya seseorang yang kebetulan lalu di situ.

Meleset sangkaannya. Bunyi tapak kasut membuatkan wajahnya terdongak.

Ar terpacak di hadapannya. Macam tahu-tahu saja dia melepak di sini. Dia mendengus. Baru nak bersenang, ada pula yang datang mengganggu.

Dia jadi musykil Ar seperti tahu banyak perkara tentang dirinya. Ar intip segala gerak-gerinya ke? Kalau ya, macam mana?

Tak ada kerja ke Ar? Apa keuntungan yang Ar dapat dengan mengintip dirinya?

Mereka bertentang mata buat seketika. Ar seperti ingin mengatakan sesuatu, namun tidak pula bersuara walau puas dia menunggu.

Nak apalah sepupu si Bi ni? Psiko ke apa? Wujud, tetapi perangai macam orang tak wujud. Senyap macam orang bisu.

“Awak datang sini nak apa?” Malas menunggu lagi, dia terus bertanya.

Tiada jawapan, sebaliknya Ar duduk di sebelahnya. Tak begitu dekat namun tidak boleh dibilang jauh juga.

Ai angkat kedua-dua belah kaki kemudian duduk bersila. Dia nak pandang lagi Ar di sebelah, ego membuatkan dia berpura-pura tak endah.

Peliknya situasi mereka sekarang. Ai tak tahu apa sebenarnya hubungan mereka. Nak kata kawan, macam tak pernah diiktiraf. Nak kata musuh, tak ada pula mereka bergaduh.

Lagipun tiada sebab untuk mereka saling membenci. Jadi, apa hubungan mereka yang sebenarnya?

Susah dia nak buat klasifikasi tentang hubungan mereka. Dia sendiri mulai keliru dengan dirinya dan sikap Ar.

Beberapa minit mereka diam, tiba-tiba dia merasakan pergerakan Ar. Bunyi zip ditarik.

Apa agaknya yang sedang dilakukan Ar? Meronta-ronta hatinya ingin menoleh.

“Eh?” Reaksi terkejut gagal dia sembunyikan apabila sesuatu yang berbalut muncul di hadapan muka. Cantik corak di sampul, walaupun sederhana.

Kisah Ai Dan ArHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin