Blurb Bulan Di Pelukan Awan Ada dua hal yang membuat Bulan marahkan ayah. Pertama, disuruh putuskan hubungan dengan Andika. Kedua, dipaksa menikah dengan Awan. Ayah pemaksa! Dan dia cukup tidak suka perangai ayah yang satu itu. Dia akan turutkan permintaan ayah. Kali ini dia akan pastikan ayah menyesal kerana memaksanya menikah dengan Awan. Dia tahu dia salah kerana mempergunakan Awan untuk memuaskan hati sendiri. Namun, antara amarah dan kasihan, dia memilih amarah. Tak dipedulikan hati Awan yang terluka kerana sikapnya. "Kalau awak di tempat saya apa yang akan awak lakukan pada tunangan seperti saya, Awan?" "Tanya hati awak, Bulan. Saya tidak akan pernah dapat menjadi Bulan. Jawapan Bulan hanya Bulan yang tahu." Dan benar kata orang, penyesalan selalu terlewat hadir. Setelah melepaskan baru dia sedar, tidak akan ada lagi lelaki seperti Awan. Bahkan Andika yang dipuja-puja pun tak mampu menjadi seperti Awan.