Sumpah Wardina.

Sumpah Wardina.

17.6K Reads 414 Votes 30 Part Story
Cik Siti By the_tisce Updated Aug 06

Seorang lelaki yang mempunyai segala-galanya. Pangkat, rupa dan harta. Tetapi Tengku Iskandar bin Tengku Adnan  tidak memiliki sikap yang baik. Terlalu benci pada ayahnya kerana peristiwa beberapa tahun yang lalu. Egonya tercabar apabila ayahnya mati dibunuh seorang wanita. 

Nur Wardina dipenjarakan  selama 5 tahun kerana dituduh membunuh Tengku Adnan. Cukup menderita dalam penjara dan hampir mati disebabkan perbuatan seseorang. Kerana peristiwa itu juga, Nur Wardina tekad untuk berubah, insaf dan kembali kepada Allah. Namun, setelah dibebaskan, dia sangka kesengsaraan di penjara sudah berakhir. Dia berhadapan pula dengan Tengku Iskandar, meminta Nur Wardina menebus nyawa ayahnya. Pelbagai cara Tengku Iskandar  gunakan untuk menghukum Nur Wardina. Namun, wanita itu tetap sabar dan berjuang kerana Allah. Lama kelamaan, kebenaran mula terbongkar. 

"Encik nak saya masuk penjara lagi?" -Nur Wardina-

"Aku akan pastikan kau sentiasa dalam perangkap aku. Dunia ini adalah penjara sebenar buat kau. Aku takkan maafkan kau sampailah aku mati." -Tengku Iskandar-

"Tak mustahil dia akan jatuh cinta pada orang yang bunuh bapa dia sendiri." - Brittani-

"Dia dah terima hukuman penjara. Kau janganlah seksa dia sampai macam tu sekali. Aku takut ego kau ni makan diri kau sendiri." -Aizat Farhan-