16

899 11 0
                                    


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat." (Surah An Nisa': Ayat 58)   

Suasana di Bandar Bangi pada ketika itu kelihatan agak hening dari yang sebelumnya. Nur Wardina memakirkan keretanya berhampiran dengan sebuah kedai runcit. Nur Wardina berjalan menuju ke sebuah kedai mencari makanan segera untuk dibawa ke asrama hotel. Sesekali jam tangannya dikerling sekilas. Sudah jam 8.30 pagi. Kerjanya bermula pada pukul 9. Nur Wardina menghembus nafas. Mujur sahaja dia sudah sarapan. Ini tinggal mencari makanan segera untuk makan malam sahaja.

"Wardina, pengarah cakap dia boleh bagi kau peluang.. Tapi..." kata Shaa sambil membetulkan rambut hadapannya

"Tapi apa Sha? Ada kerja extra ke? Aku sanggup buat."

"Hmm, tak. Dia cuma kata, kalau prestasi kau tak memuaskan...."

"...kami yang akan dipecat."

Perbualan wanita itu bersama Sha masih terniang-niang dalam kepalanya. Nur Wardina terasa hampa. Sungguh dia tiada niat untuk menyusahkan sesiapa. Dia cuba buat yang terbaik. Perkara yang sama berlaku di rumah Tengku Iskandar di mana Tengku Olivia mempertahankannya.

'Sha, kalau kau tahu aku ni bekas pembunuh. Kau takkan back up aku macam tu sekali.'

Nur Wardina mencapai beg dompet di dalam beg galas kecilnya. Beg dompet itu dibuka untuk memeriksa isi di dalamnya. Mudah-mudahan masih ada baki duit untuk membeli makanan segera. Jika tiada, terpaksalah wanita itu berjalan lebih jauh untuk mengeluarkan wang di mesin ATM yang berada di hujung lot kedai.

"Erm, cukup kot? Instant food je kan?" Nur Wardina memerhati wang genap rm50 itu.

Nur Wardina menggenggam beg dompetnya erat. Tidak semena-mena, seseorang berbaju hitam berlari ke arah Nur Wardina. Menyedari akan kehadirannya, wanita tersebut menoleh ke arah lelaki itu.

"Cik..." kata lelaki tersebut tercungap-cungap kerana penat berlari. Nur Wardina aneh melihatnya. Dari atas ke bawah wanita itu memerhati lelaki yang berpakaian hitam dengan seluar pendek yang sudah koyak-koyak.

"Kenapa ni?" Soal Nur Wardina.

"Ada duit tak? Saya perlukan duit," kata lelaki itu straight to the point. Nur Wardina mengerut keningnya. Dah kenapa minta duit macam tu je?

"Kau ni siapa?" Soal Nur Wardina agak kasar.

"Alah, tak perlu lah tanya. Saya nak duit je," kata lelaki tersebut tanpa rasa malu.

"Aku pun takde duit untuk kau. Kalau nak duit pergilah kerja."

Tanpa diduga, bahu Nur Wardina dicengkam manusia itu membuatkan wanita itu terperanjat.

"HEI, apa ni?? Jangan sentuh aku lahhh!!!!" Jerit Nur Wardina apabila bahu dan tangannya yang memegang beg dompet dengan kejap itu dipegang oleh lelaki tersebut.

"Bagi je berapa banyak yang awak ada..." Dengan kasar, lelaki tersebut mencengkam lengan tangan Nur Wardina menggunakan kukunya yang panjang, sudah beberapa bulan tidak potong. Namun, tangan Nur Wardina masih kejap menggenggam beg dompet itu supaya tidak terlepas di tangan perompak gila itu.

"Auh. Sakitlah! Lepaskan aku! Ingat aku ada masa ke nak layan orang gila macam kau ni ha!!!!"

Bukkk! Lelaki gila itu terjelupuk di atas lantai akibat ditumbuk. Sudah pasti tumbukan padu itu bukan datang dari tangan wanita seperti Nur Wardina. Dia terpaku melihatnya kejadian itu. Matanya melirik pada lengan tangan yang terdapat kesan cengkaman. Merah! Mujur tidak berdarah.

Sumpah Wardina.Where stories live. Discover now