(4) Aku Disakiti

875 15 0
                                    

"Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak diantara mereka sesudah itu. sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerusakan dimuka bumi". (QS. al-Maa'idah : 32)

-
++++

Rendang daging yang masih terletak dalam kuali itu digaul rata dengan menggunakan sudip. Sudip itu kemudian diangkat dan rendang tersebut dicalit sedikit menggunakan jari manis. Puan Leha merasa sedikit rendang itu pada hujung lidah. Lantas wanita itu tersenyum puas kerana ia cukup sedap. Api dapur dipadamkan. Kakinya bergerak menuju ke ruang tamu lalu matanya terpandang jam dinding.

Tidak semena-mena, lutut wanita itu terlanggar bucu meja hiasan menyebabkan bingkai gambar yang terletak di atas meja itu jatuh dan bunyi kaca pecah bergema dalam rumah itu.

"Aduhh!" Puan Leha memegang lututnya yang sakit. Kaca yang berderaian itu dibiarkan. Bingkai gambar yang jatuh terbalik di atas lantai itu dicapai. Tergamam wanita itu saat melihat bingkai gambar yang sudah tidak berkaca itu merupakan gambar anaknya, Nur Wardina.

++++

Suasana di balai polis itu sangat riuh dengan kes baru pembunuhan Tengku Adnan. Semua anggota polis bertungkus lumus mengumpulkan maklumat. Ada yang sibuk memeriksa dokumen dan membuat laporan. Seorang polis lelaki memaksa seorang wanita masuk ke dalam bilik soal siasat. Wanita tersebut hanya akur sahaja dengan wajahnya kelihatan pucat.

Bilik soal siasat itu ditutup dan dikunci. CCTV di bahagian penjuru atas ceiling bilik tersebut berkelip-kelip, menandakan perbuatan mereka di dalam  bilik itu diperhatikan. Wanita tersebut duduk di atas salah sebuah kerusi, menundukkan wajahnya yang terasa berat saat itu. Pegawai polis itu di kerusi satu lagi. Sebuah meja menjadi pemisah antara mereka. Pegawai polis tersebut meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.

"Cik Wardina," panggil pegawai polis tersebut. Nur Wardina mengangkat wajahnya. Jelas kelihatan ketakuan di sebalik wajah yang cantik itu.

"Tengku Adnan bin Shaari. Betul ke kamu bunuh dia?" Nur Wardina meneguk air liurnya. Berat mulutnya untuk berkata-kata membuatkan pegawai polis itu curiga.

"Apa sebenarnya yang berlaku pada masa itu?"

"Saya..... bunuh dia."

++++

Tengku Iskandar mencampak telefon bimbitnya setelah mendengar kata-kata Nur Wardina. Ternyata dia dan polis tersebut berhubung dengan menggunakan telefon bimbit dari tadi supaya Tengku Iskandar dapat mendengar dari mulutnya sendiri. Telefon bimbit yang pecah itu dibiarkan. Begitu sahaja. Berderai bagai tiada harga lagi.

"Perempuan tak guna."

++++

Maisarah  sedang asyik menonton televisyen sambil mengenakan biskut jagung. Setelah rasa agak bosan dengan cerita Mencintaimu Mr Photographer, rancangan belutin utama dibuka. Remote TV dicampak ke sofa sebelah. 

Ding Dong
Loceng rumah berbunyi tiba-tiba membuatkan Maisarah mengeluh. Aduh.. siapalah yang datang. Maisarah terpaksa bangun dari sofa dan membuka pintu rumahnya. Jelas kelihatan Ajwad seperti tidak terurus.

"Abang ni kenapa?" Soal Maisarah sebaik sahaja Ajwad melangkah masuk dalam keadaan terhuyung-hayang.

"Penat la kerja. Kau tu duduk rumah je. Apa tahu?" Ajwad terus duduk di atas sofa tanpa membuka stoking. 

Sumpah Wardina.Where stories live. Discover now