21

788 17 1
                                    


Tengku Iskandar menjejak kaki menuruni anak tangga. Bersiap dengan kemeja formal untuk makan malam bersama pengurus kewangan syarikat. Jam tangannya dipasang di pergelangan tangan, sungguh kelihatan segak pada malam itu. Dia harus mengekalkan nilai professionalism walau di mana dia berada. Kelihatan segak Bersama rakan sekerjanya adalah salah satu 'saham' yang dia perlu jaga.

Tengku Iskandar berjalan menuju ke dapur dan kebetulan itu dia berhenti di hadapan pintu bilik Mak Jah.

'Wardina dah tidur?'

Tidak tahu mengapa dia peduli tentang wanita itu. Langkahnya diteruskan menuju ke dapur untuk mendapatkan segelas air.

Sedang asyik dia menikmati segelas air sejuk, Tengku Iskandar terpandang ke arah pintu belakang dapur. Dia terlihat sekujur tubuh sedang bersandar di pintu tersebut. Tengku Iskandar meletak gelas yang kosong di dalam sinki lalu perlahan-lahan dia mendekati tubuh itu.

"Dah kenapa tidur sini?" Soal Tengku Iskandar dengan keningnya dikerutkan. Nur Wardina yang tersandar lena di pintu itu diperhati. Mata Nur Wardina yang agak bengkak itu dipandang. Air mata yang belum kering juga masih terkesan di pipinya.

'Kenapa kau menangis? Aku tak buat apa-apa pada kau.'

Telefon bimbit wanita itu terletak di atas lantai di sebelahnya. Tengku Iskandar mencapai telefon bimbit itu. Tanpa kebenaran Nur Wardina, Tengku Iskandar memeriksa isi kandungannya.

*12 missed call from Sha*

*2 messages from Sha*

'Takkan sebab aku pecat kau? Itu sebab kau menangis?' Soal Tengku Iskandar seorang diri. Mewujudkan persoalan dalam fikirannya. Apa yang dia fikirkan Nur Wardina menangis kerana dia. Namun, matanya terbuntang melihat sesuatu di tangan Nur Wardina.

Sekeping gambar di hujung jari Nur Wardina itu diperhati.

'Itu....'

'.... Anak Maisarah?'

++++

Maisarah menyambut salam tangan Brittani dengan senyuman. Suasana di lobby hotel lima bintang itu amatlah sesuai dengan keadaan dan 'rancangan' mereka.

"Sihat sis?" Soal Brittani kepada Maisarah. Maisarah hanya mengangguk lalu matanya melirik ke arah Adrian. Adrian tersenyum sinis memandang Maisarah.

"Enjoy, sayang. I'm happy if you're happy," ucap Maisarah sambil memandang tepat ke dalam mata Adrian. Adrian membalas pandangan mata itu lalu mendekatkan wajahnya di bibir Maisarah.

"Thank you sayang." Bibir Maisarah dikucup perlahan. Brittani hanya memerhati perbuatan Adrian terhadap bakal isterinya itu. Dia terasa begitu ketara kebodohan Maisarah selepas kematian suaminya. Sanggup dia serahkan teman lelakinya kepada perempuan lain hanya untuk menghalau anak yang tidak berdosa?

'Ah, aku peduli apa? Asalkan aku dapat rasa Adrian.'

++++

"Macam mana Shahrul? Dah fikir masak-masak apa yang kita patut buat dengan lebihan modal tu?" Soal Tengku Iskandar sambil menyuap fish and chip ke dalam mulutnya. Shahrul, pengurus kewangan, meneguk air anggur di sebelah pinggannya sebelum menjawab pertanyaan bosnya itu.

"Baiklah. Berdasarkan laporan dari customer yang kita terima, di dalam bilik terdapat kurang kemudahan. Mereka terpaksa bawa seterika sendiri bersama-sama kerana kita tak sediakannya. Ini cadangan saya. Apa kata kita sediakan seterika?"

"Di setiap bilik? Seterika bukannya murah."

"Mungkin kita boleh sediakan satu station khas untuk itu. Saya boleh uruskan, kalau Tuan setuju," ujar Asyraf, ahli jawatankuasa kemudahan hotel. Tengku Iskandar diam seketika untuk berfikir sejenak.

Sumpah Wardina.Where stories live. Discover now