Touch (On Going)

By vongraceijien

13.4K 945 371

I'jien Gracevon@copyright protected ยฉ2020/2021 Genre : Romance, Drama Language : Malay, English, Italian ๐Ÿงฅ C... More

๐Ÿค
Opening..
one
two
three
four
five
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty-one
twenty-two
twenty-three
twenty-four
twenty-five

six

377 27 1
By vongraceijien


              Sebelum berganjak pergi dari restoran itu, Canna membeli sedikit makanan. Caleb biarkan kerana dia tahu apa tujuan Canna. Restoran itu adalah tempat biasa mereka pergi, maka pemiliknya amat mengenali adik beradik itu. Sejurus selepas melangkah keluar dari premis tersebut, Canna berlari anak menuju ke sebuah lorong kecil diikuti Caleb di belakangnya.

Pada masa yang sama, Tuan Muda Edgar yang dalam perjalanan pulang mengarah pemandunya untuk berhenti seketika di tepi jalan di mana Canna sedang berada. Gadis itu tidak menyedarinya.

          "Nampaknya ada farmasi di sini. Tolong belikan saya hand sanitizer di situ." Arahnya kepada si pemandu.

           "Baik, tuan muda."

Pemandu itu segera keluar dari kenderaan mewah itu menuju ke farmasi berdekatan. Waktu ini anak mata Tuan Muda Edgar terpandang seseorang di tepi jalan. Gadis itu amat dikenalinya!

            "Canna Mercury? Apa pula dia buat di sini?" Bisiknya sendiri.

          Kelihatan seorang lelaki berdiri dibelakang si gadis. Tapi wajahnya tertutup dek topi keledar yang disarungkan pada kepala. Kelakuan Canna yang mencurigakan itu ditonton dengan jelas oleh Tuan Muda Edgar. Si gadis membongkokkan badan di hadapan sebuah lorong kecil dan meletakkan makanan atas permukaan sekeping kotak. Tidak lama kemudian, beberapa ekor anjing terbiar datang ke tempat itu dan menjamah makanan yang diberikan! Bukan itu saja, Canna meletakkan lagi separuh makanan tadi di kawasan yang lain. Muncullah beberapa ekor kucing liar di kawasan itu seakan-akan mengenalinya dan gembira diberi makan. Canna tersenyum girang melihat mereka walaupun dia tidak menyentuh binatang-binatang itu.

           "Tuan muda, ini hand sanitizer yang tuan muda pesan tadi."

Pemuda bangsawan itu terkejut ditegur oleh pemandunya yang entah sejak bila masuk ke dalam perut kereta.

            "Eh? Ok. Kejap.. jangan dulu pandu kereta ni." Kata Tuan Muda Edgar sambil matanya memandang di luar.

Tidak dia menyangka Canna boleh tersenyum lebar melihat binatang-binatang tidak bertuan itu semua. Beberapa ketika kemudian, dia pun berlalu pergi bersama lelaki yang memakai topi keledar. Tuan Muda Edgar berdengus keras!

             "Dia kata tak ada boyfriend. Menipu ya? Habislah awak esok! Philip, gerak sekarang!" Getus amarahnya.

Dia menginginkan pembantu yang tidak menjalinkan mana-mana hubungan cinta kerana ia cuma akan menganggu ketika bekerja. Lebih-lebih lagi bila Canna dengan selamba memberi makan pada binatang-binatang terbiar itu semua! Ia perbuatan yang baik, tapi fikiran Tuan Muda Edgar kolot! Baginya perbuatan Canna terlalu jijik dan kotor!

         "Awak selalu ingat pasal anjing dan kucing di kawasan ni. No one have the pure heart as you, Canna. You're so kind." Puji Caleb sebelum menggerakkan motosikalnya.

         "Mereka pun hidupan juga.. kasihan sebab tak ada orang nak ambil binatang-binatang tu semua. Kalaulah saya tak ada masalah kulit, saya angkut semuanya pulang. Haha.." jawab adiknya.

          "Hm.. saya tahu awak sukakan binatang. Tapi buat masa sekarang, lebih baik jangan fikirkan hal tu dulu.. awak kena jaga kesihatan diri." Ulas Caleb.

           "Ya, saya tahu. Marilah balik, hari dah lewat ni.."

Perintah si adik dituruti Caleb. Apa saja perkara yang baik dilakukan oleh Canna tidak akan dihalangnya. Malah Caleb menyokong perbuatan baiknya tadi.

__________

        Pada keesokan hari, Canna datang seawal yang mungkin ke syarikat pengiklanan itu. Kemarin dia diarahkan pindah ke bilik pejabat Kevin, maka hari ini dia tergesa-gesa mengangkat barang-barangnya ke dalam sebelum Tuan Muda Edgar tiba. Dia bimbang nanti keadaan menjadi kelam kabut pula jika si tuan muda mengarah itu dan ini.

        Hanya beberapa orang pekerja tiba awal sepertinya di situ dan tiada seorang dari mereka pun yang membantunya mengangkat kotak berisi fail dan barang lain milik Canna ke ruang kerja barunya. Canna dibiarkan. Tapi si gadis tidak mengendahkan hal itu kerana dia tahu semua pekerja di situ mementingkan diri sendiri.

         Sedang Canna menyusur jalan menuju ke pejabat barunya, tiba-tiba kelibat Tuan Muda Edgar muncul di hadapannya! Dia tidak menyangka lelaki itu datang awal pada hari ini! Mukanya yang tampak berang ditatap dari jauh. Langkah kakinya pula laju seakan-akan ingin berperang! Canna terkaku!

          "Canna Mercury!" Namanya dilaung kuat hinggakan beberapa orang pekerja yang berada di pejabat itu terkejut.

Dup!

'Apa hal pula ni? Apa saya dah buat?'

Soal diri Canna yang tidak tahu apa penyebab si tuan muda berang. Apa yang tidak disangkanya berlaku pada hari ini! Tuan Muda Edgar meluru ke arahnya lalu merembat lengan dan menarik Canna masuk ke dalam pejabat bekas pembantu bapanya! Tanpa dia sedari, fobia kumannya bagai hilang dari ingatan. Kotak berisi kertas A4 yang berat dipegang oleh Canna hampir terlepas dari tangan! Tapi benda itu dipeluk kuat sebelum terjatuh.

          "Eh!?"

Lelaki itu bercekak pinggang di hadapannya dan terus berbahasa kasar setelah berada di dalam pejabat kecil milik Kevin dulu.

          "Awak perbodohkan saya kemarin, kan!? Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga! Don't fool me, you fucking bastard!"

Betapa gerunnya Canna sekarang! Tapi dia bingung mengapa lelaki itu menghamunnya!

            "Sa.. saya tak faham.. apa yang tuan muda maksudkan..?" Dia memberanikan diri.

            "Awak kata tak ada boyfriend!? Jadi petang kemarin siapa yang temankan awak bagi makan binatang-binatang kotor tu!? Hantu!? Pandai awak buat muka 5 sen depan saya sebab nak minta perhatian, kan!?" Bentak Tuan Muda Edgar.

Canna terkilan dengan tuduhan itu!

           "Me.. memang betul saya tak ada boyfriend tuan muda. Tapi bila masa pula saya minta perhatian pada awak..? Dan.. macam mana tuan muda tahu.. apa yang saya buat petang kemarin..?" Canna membalas semula.

Tuan Muda Edgar merengus geram. Tidak dinafikan dia memiliki sikap panas baran yang amat menyakitkan hati sesiapa saja! Tanpa usul periksa ataupun bertanya dengan baik, dia terus menghentam Canna!

             "Macam mana saya tahu, itu bukan urusan awak! Saya dah agak, orang bawahan memang selalu macam ni! Suka bermuka-muka harapkan simpati orang kaya! You are fired!! Get out from this office!!" Jeritnya lagi.

Gadis itu cuba memaklumkan padanya siapakah gerangan lelaki yang bersamanya kemarin.

            "Tuan muda, orang tu sebenarnya.."

            "Shut up! I don't want to listen anything!!"

Tidak semena-mena, Tuan Muda Edgar menghayunkan tapak tangannya ke arah kotak yang dipegang Canna!

Pap!

Brakk..!

Kotak itu terjatuh, kertas-kertas putih bertaburan di atas lantai! Waktu ini juga tiba-tiba kelibat Kevin masuk ke dalam pejabat itu. Dia terkesima melihat apa yang telah berlaku di dalamnya!

          "Apa hal ni, tuan muda?" Dia menegur.

Namun, Tuan Muda Edgar tidak menyahutnya. Malah dia meluru keluar begitu saja meninggalkan Kevin dan Canna di situ. Betapa sakit hati si gadis dilayan teruk sebegitu rupa! Air matanya menitis membasahi pipi.. Senang sekali pemuda bangsawan itu memecatnya tanpa sebab munasabah. Perlahan-lahan dia melutut atas lantai memungut semula kertas-kertas A4 yang bertaburan itu. Kevin tidak membiarkan Canna, malah dia membantunya sambil bertanya apa sebenarnya yang telah terjadi.

             "Sorry sebab menyibuk.. tapi kenapa dengan dia tu? Tak patut dia layan awak macam ni."

Canna membisukan diri. Tangannya pula bergerak pantas bekerja mencapai kertas-kertas.

             "Hm.. saya datang ni nak ambil barang-barang saya di sini. Saya dimaklumkan yang awak adalah pembantu barunya. Tahniah.." sambung Kevin.

             "Dia baru pecat saya.." suara bercampur tangis itu meluluhkan hati Kevin.

             "What? Tak guna betul. Tak habis-habis dengan sikap jahilnya tu. Tapi apa alasan dia pecat awak?" Tanya Kevin.

Canna mengeluh seiring senyuman.

            "Entahlah macam mana dia tahu.. tapi katanya kemarin dia nampak saya dengan seorang lelaki. Dia sangka orang tu.. teman lelaki saya. Salah satu syarat jadi pembantunya ialah, tak boleh jalinkan hubungan cinta dengan sesiapa. Dia ingat saya menipu bila saya kata tak ada teman lelaki kemarin. Sebab tulah saya dipecat. Dia dah salah faham.. tapi tak apalah, hal dah terjadi. Nak buat apa lagi? Saya akan pergi sekarang juga.." ulasnya.

Kevin tersentuh hati. Selepas selesai membantu Canna, dia bertanya..

             "Jadi lelaki yang bersama awak tu siapa?"

             "Dia abang saya.." Canna menjawab.

             "Oh kalau macam tu, awak tak bersalah pun dalam hal ni. Si Edgar ni memang tak pandai berkomunikasi dengan baik. Entah mana pergi sikap humanity dia. Segala yang jahat, semua tu ada dalam dirinya. Suka pecat tanpa mendengar ulasan cerita sebenarnya dari orang lain. Hm.. tak apa, biar saya tolong awak. Saya akan beritahu kepadanya," kata Kevin.

               "Eh, tak payahlah. Nanti awak pula terkena tempiasnya. Terima kasih sebab tolong. Saya keluar dulu.." pantas Canna menyahut lalu keluar dari pejabat itu.

Kevin terkaku.. Tapi dia tidak mahu sesiapa dibuli oleh Tuan Muda Edgar lagi! Dia keluar dari pejabat itu dan terus menuju ke arah bilik pejabat besar milik si pemuda bangsawan. Tanpa mengetuk pintu, tombolnya dipulas begitu saja!

            "Tuan muda," sapanya.

Lelaki perpakaian segak yang sedang duduk selesa atas bangkunya tersentak dengan kedatangan Kevin ke situ. Raut muka bengisnya terlukis lagi!

             "You again.. Apa hal datang ke sini? Kan awak sekarang bersenang lenang di rumah ayah saya? Bolehlah awak curi tulang atau meminta kasihan." Sindir Tuan Muda Edgar.

Kevin tersentap!

              "Saya ke sini sebab nak ambil balik semua barang-barang saya, bukannya nak dengar cemuhan awak." Balasnya.

               "Jadi yang awak masuk melulu tak beradab ke dalam ni kenapa? Oh, pandai pula awak membalas sekarang. Dah mula naik kepala lah tu sebab ayah saya sokong awak dari belakang. Betul tak?" Tuan Muda Edgar tersengih.

Jari jemari Kevin membentuk penumbuk! Kalau diikutkan hati, sudah lama Tuan Muda Edgar dibelasahnya! Dikatanya dia tidak beradab? Kevin menahan ombak amarahnya di dalam hati..

             "Sindirlah sepuas hati awak, tuan muda. Saya kemari sebab nak pertahankan Canna. She's innocent. You fired her without any reason and now i want to explain on her behalf." Tegas cara Kevin berbahas.

              "Haha! Pecat tanpa sebab? Sebabnya ialah, dia tak ikut syarat kelayakan jadi pembantu saya! Wah.. dua tiga menjak ni, awak dah jadi hero dalam syarikat ni. I impress.. but.. you're not belong here anymore, Kevin. I don't need the explainations. Get out."

Tuan Muda Edgar seraya menghalaunya dari situ.

            "Baiklah, saya akan keluar dan tak akan pijak di syarikat ni lagi. Tapi saya nak betulkan kesilapan awak, tuan muda. Lelaki yang awak nampak bersama Canna kemarin tu bukan teman lelakinya, tapi orang itu adalah abang dia! Thanks for listening." Bidas Kevin lalu keluar dari pejabat mewah itu!

Tuan Muda Edgar terdiam atas bangkunya! Adakah dia akan memohon maaf ke atas Canna dan mengambilnya bekerja semula? Dia menyedut udara sedalam-dalamnya sebelum menghembuskan ia dengan kasar. Perbuatannya memecat Canna secara melulu adalah perbuatan bodoh!

         "Arrgh..! Why am i doing the same mistakes again!? Takkan saya nak tunduk dengan pekerja sendiri pula? Minta maaf lagi? Ah!"

Dia dibelenggu kecelaruan. Patutkah dia berjumpa semula dengan Canna dan menghalang gadis itu dari pergi meninggalkan syarikat? Tentu dia sedang mengemaskan mejanya sekarang. Getus akal fikiran Tuan Muda Edgar. Tapi sikapnya yang ego enggan bersemuka dengan Canna. Malah, dia biarkan masa demi masa berlalu.

Banyak perkara timbul dalam kotak fikirannya ketika mengemaskini projek iklan di dalam komputer. Bila dia terpandang gambar keluarganya di atas meja, wajah si bapa yang sedang tersenyum menyentuh sanubarinya. Nasihatnya tempoh hari tiba-tiba muncul kembali. Tuan Muda Edgar rasa bersalah terhadapnya.

         "Ayah memang selalu betul.. lagipun mana saya nak cari pembantu baru? Kalau harapkan pekerja baru, mereka tak tahu apa-apa. Fuh.." dia mengeluh buntu.

Bila terfikirkan cara kerja Canna yang baik dan pentingkan kebersihan, susah untuk Tuan Muda Edgar lepaskan pekerja sepertinya. Beberapa saat kemudian, dia bangkit dan meninggalkan meja kerja! Apabila dia keluar dari pejabat itu, batang hidung Canna langsung tidak kelihatan. Tuan Muda Edgar menjengah ke mejanya, ia kosong tidak berpenghuni. Bekas bilik pejabat Kevin juga ditinjau. Keadaannya juga sama. Tiada sesiapa di situ. Kemudian Tuan Muda Edgar bersuara lantang bertanya mengenai Canna.

          "Have anyone seen Canna Mercury!?"

Para pekerja saling berpandangan. Lena si janda terus memaklumkan padanya tentang Canna.

           "Dia baru saja keluar sebentar tadi, tuan muda."

Tuan Muda Edgar tidak menyahut jawapan itu, badannya terus bergerak menuju ke lif! Dari kejauhan pintu logam lif semakin tertutup ketika dia berlari menghampirinya!

          "Canna..! Canna Mercury..!"

Suaranya yang bergema itu didengari Canna yang berada di dalam lif. Dia terkejut! Tapi malang, pintu lif sudah pun tertutup rapat.  Tangannya pula memegang kotak berisi barang peribadinya yang dikemaskan tadi. Agak sukar untuk dia menekan panel butang lif bagi membuka semula pintu. Jadi Canna biarkan. Lif yang dinaikinya sekarang sedang bergerak laju menuju ke bawah bangunan.

          "Siapa pula yang panggil tu?"

Canna bertanya pada diri sendiri. Dalam diam.. dia berasa sedih kerana hari ini hari yang paling menyakitkan hatinya. Belum sempat menjalankan tugas sebagai pembantu baru, dia dipecat pula. Akan tetapi, dia menerima nasib itu dengan hati terbuka. Tapi jikalau Caleb tahu tentang perkara ini, adakah dia akan berdiam diri? Canna bimbang abangnya datang menyerang Tuan Muda Edgar dan ia mungkin mencetuskan masalah besar!

           "Shit!" Maki Tuan Muda Edgar di hadapan pintu lif yang tertutup.

Lalu matanya terpandang sesuatu.. Tangga kecemasan!

            "Oh, hell no! Should i use this damn stairs?" Cemuhnya.

Oleh kerana ingin mengejar Canna, dia terpaksa menggunakan tangga itu!

            "Fuck! Jangan sentuh penghadang besi tu Edgar! It's dirty!"

Dia bagaikan diserang histeria bila terlihat habuk menebal pada penghadang tangga itu. Ketara sekali tangga kecemasan jarang diguna atau dibersihkan. Jantungnya berdegup kencang semasa bergegas turun ke bawah. Tapi gerakannya lincah sekali!

Ting..

Pintu lif terbuka, waktu inilah Canna mengorak langkah keluar dari ruang itu. Tiba-tiba..

         "Canna!!"

Namanya diseru! Sosok tubuh lampai Tuan Muda Edgar muncul di hadapan muka pintu lif dengan nafas tercungap-cungap! Keringat membasahi dahinya! Canna ternganga melihat lelaki itu! Kakinya melangkah setapak ke belakang masuk semula ke dalam lif. Tuan Muda Edgar yang tampak lelah mengerutkan kening tajam lalu turut memijak lantai lif. Kemudian dengan nafas tersekat-sekat dia berkata..

           "I.. i'm sorry.. please don't go.."


Mv ; Anyone of Us (Stupid Mistake)_ Gareth Gates











*
*
*
7 & 8 July 2020.

          

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 61.2K 38
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-๐Š๐€๐‘๐‹ ๐€๐™๐‘๐ˆ๐„๐‹ Mana mungk...
22.4K 2K 25
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
674K 24.6K 61
โ—๏ธTiada perubahan Adam Zayn Maccalen x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. โ—๏ธTypo alert. (Tengah...
3.3M 294K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...