thirteen

393 34 12
                                    


          Canna membelek-belek tubuhnya bagi memastikan dirinya tidak diapa-apakan semalam. Nasibnya baik kerana pakaiannya masih tersarung rapi tidak diganggu. Akibat terlalu takut, beg sandangnya yang diletak pada meja terus dirembat lalu dia bergegas keluar dari bilik itu!

Krakk..!

          "Eh..!?"

Dia hampir bertembung badan dengan seorang lelaki lampai di hadapan pintu! Orang itu ialah si tuan muda anti kuman! Terbeliak mata Canna melihatnya! Tubuhnya menggigil bagaikan terserempak hantu!

           "Heh, dah bangun rupanya? Nak pergi mana ni? Balik?" Tegur Tuan Muda Edgar.

          "Err.. err.. ya.. saya.." gadis itu tergugup-gugup.

           "Awak ingat boleh balik macam tu saja? Awak tahu tak apa yang dah berlaku semalam..? Kalau diikutkan hati, saya nak buang saja awak di tepi jalan tau! Hei.. nasib baiklah saya masih ada rasa perikemanusiaan! Kalau awak ni lelaki, dah lama saya tinggalkan awak di restoran tu!"

Seperti selalu, Tuan Muda Edgar akan menjerit. Canna bingung. Entah apa yang telah terjadi semalam ketika dirinya mabuk. Kejadian terakhir diingatinya semalam ialah semasa bahunya disentuh oleh Encik Roland. Selepas itu fikirannya hilang entah ke mana.

            "Erm.. a.. apa yang.. saya dah buat..?" Dia bertanya.

Tuan Muda Edgar merapatinya lalu menundukkan kepala. Canna mengorak selangkah ke belakang. Kemudian lelaki itu menunding jari telunjuk ke batang hidungnya yang mancung.

            "Nampak tak lebam ni? Nampak!? Berani awak humban kasut ke muka saya!? Macam mana saya nak masuk ke syarikat dengan muka macam ni!?" Tengkingnya lagi.

Canna terkejut melihat bekas lebam membiru kecil pada batang hidung lelaki itu. Dia mengetap bibir sambil mengetuk kepalanya sendiri akibat perbuatan yang tidak dijangka berlaku pada malam semalam.

          "Mi.. minta maaf tuan muda.. saya tak sedar yang saya buat begitu.. tapi.. kenapa pula saya ada di sini..?"

Nafasnya berhembus kencang seiring anak mata meliar ke sana sini beserta raut wajah yang sangat ketara sedang ketakutan. Sudah tentulah Canna berperasaan janggal dan panik sebegini kerana ia tidak pernah terjadi pada dirinya. Bayangkan jikalau Caleb mengetahui hal ini, pasti nahaslah Tuan Muda Edgar. Malang, Caleb hanya mampu merenung jeriji besi dan dinding bersama dua rakan subahatnya ketika ini.

          "Sebab saya kasihan! Takkanlah saya nak letak awak di tepi jalan raya? Atau campak saja di kawasan rumah orang? Saya masih ada hati budi tau! Tentu awak berdendam dengan saya sebab selalu mengarah, kan!?" Jawab Tuan Muda Edgar untuk soalan Canna si kecil molek tadi.

Gadis itu terkesima! Pandangannya terus tertumpu pada wajah sang pemuda bangsawan angkuh yang berdiri di hadapannya ketika ini. Tapi dia mengawal nada suara semasa menjawab walaupun di dasar hatinya ingin membidas semula.

          "Tuan muda.. saya tak pernah simpan dendam pada awak. Saya ikhlas bekerja.." katanya.

Lelaki itu mengerling tajam pada Canna sambil berpeluk tubuh.

         "Ah! Pandai betul awak berlakon! Ikhlas konon.. cis! Padahal dalam kepala otak cuma mahukan duit!" Cemuh Tuan Muda Edgar bersuara lantang. Kemudian dia tersengih lalu menambah kata.

          "Tapi tak sangka pula orang-orang tua sukakan perempuan muda tak berkelas macam awak ni. Nasib baiklah saya ni tak jahat sangat. Kalau saya biarkan awak jadi habuan Encik Roland semalam, tentu awak dah bunuh diri pagi ni."

Sakitnya hati Canna! Lelaki ini sungguh menjengkelkan! Tapi walaupun lidah Tuan Muda Edgar setajam pisau, Canna terhutang budi padanya kerana telah menyelamatkan dirinya dari disentuh orang tua kaya itu semalam. Canna menelan rasa sakit di hati.

Touch (On Going)Where stories live. Discover now