twenty-three

390 41 21
                                    


         BRAK..!

         Bagasi dilempar ke tepi dinding. Canna terus menghempas punggung di atas lantai rumah. Lelah seharian selepas balik dari Itali, Canna merebahkan tubuhnya di lantai itu. Lensa matanya mengamati ruang tamu kecil yang penuh kenangannya bersama Caleb. Kini dia bersendirian.. apakah nasibnya selepas ini? Cecair hangat mengalir dari matanya. Ia menitis di permukaan lantai berdebu. Canna terlalu penat sekali.. penat mengharungi kehidupan serba tidak kena. Tubuhnya tidak larat hendak bangun untuk melakukan kerja mengemas atau membersihkan. Tetapi tidak mengapa, ini rumahnya dan tiada sesiapa akan mengarah. Canna hanya ingin berehat sebentar..

TOK! TOK! TOK!

          Bila matanya hampir terpejam, bunyi ketukan dari luar mengejutkannya. Canna segera bangkit. Akan tetapi dia bingung. Siapa pula datang ke sini pada waktu petang sebegini? Fikirnya. Sebelum Canna membuka pintu, dia bersuara dari dalam terlebih dahulu.

          "Siapa tu?"

Dengan pantas ia disahut.

          "Food delivery."

Canna terkejut sekali lagi.

            "Eh? Saya tak ada pesan makanan dari luar. Maaf, awak tentu tersilap rumah." Balas Canna.

             "Tapi alamat rumah ni betul lah cik. Saya dihubungi tadi dan diminta untuk hantarkan pesanan makanan ni kepada orang bernama Canna Mercury. Adakah cik orangnya?"

Canna diam seketika..

           "Cik, saya boleh letakkan saja kotak makanan ni di sini kalau cik tak mahu keluar. Tapi boleh tak turunkan tandatangan di atas bil ni?" Kata lelaki itu lalu menyisipkan sekeping kertas di bawah celahan pintu.

        Canna mencapainya kemudian membaca. Makanan itu semua sudah dibayar! Dia hanya perlu menandatanganinya sebagai bukti sudah diterima. Timbul pelbagai persoalan dalam mindanya. Siapakah gerangan orang yang melakukan hal ini? Setelah kertas itu ditandatangani, penghantar makanan tadi pun pergi dari situ. Selang beberapa minit kemudian, Canna menjengah ke luar. Kotak makanan yang berada di sebelah dinding pintu lantas diangkutnya masuk. Pintu segera dikunci rapat.

        Bau menyelerakan yang datang dari kotak itu membuatkan Canna berasa lapar. Ia masih hangat lagi walaupun sudah beberapa minit berlalu.

           "Siapa pun awak.. terima kasih untuk makanan ni.." ucapnya lalu duduk di lantai dan membuka kotak makanan itu.

_______

           Hari baru bermula lagi. Sebelum pukul 7 pagi Canna sudah berada di hadapan pintu restoran kecil milik seorang wanita berusia 40-an berbangsa Latin, Bella Montez. Wanita itu amat mengenali Canna dan abangnya.

         "Canna..? Is it you?  Oh my holy flower..! Where have you been? And what are you doing here so early?"

Terkejut melihat Canna berdiri di sana, Bella lantas memeluknya tanda salam.

          "Err.. good morning aunt Bella, sorry if I bother you.." jawab Canna segan silu.

           "Eh, ganggu apa pula? Auntie sukalah awak ke sini. Jawablah, awak pergi mana selama ni? Caleb si kacak mana? Lamanya auntie tak jumpa kamu.." Wanita itu terus menyoal tentang Caleb juga.

          "Erm.. kami ada masalah sikit.." lembut sekali perbahasan Canna.

          "Masalah? Masalah apa tu?"

         "Saya datang ni.. nak minta kerja dengan auntie."

           "Oh.. boleh.. tapi bukankah awak bekerja di syarikat pengiklanan terbesar tu? Kenapa berhenti?" Tanya Bella lagi.

Touch (On Going)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα