fifteen

334 29 18
                                    


            Setiba saja Tuan Muda Edgar dan Canna di dalam bilik mesyuarat, para pekerja lantas berdiri tegak sebagai tanda hormat buat si anak majikan. Tentu mereka teragak-agak mengapa Tuan Muda Edgar mengarah mereka ke situ tanpa makluman terlebih awal. Duduklah dia atas bangku khas untuknya di hadapan mereka semua. Kemudian diikuti sekumpulan pihak produksi serta Canna yang berada di sampingnya. Buku nota kecil Canna keluarkan dari beg beserta pen berdakwat hitam.

         "Kenapa tak ada tisu di bilik mesyuarat ni?" Tiba-tiba Tuan Muda Edgar bersuara.

Kesemua mereka terdiam sepi. Manakan tidak, benda itu bukannya kerja mereka dan sepatutnya tisu disediakan oleh pekerja pembersihan.

          "Err.. saya ambilkan sekarang.." Canna lantas menyahut dan berdiri.

Tuan Muda Edgar mencebik bibir tatkala memandang Canna yang tampak terpinga-pinga ketika ini.

           "Hei, saya ada suruh awak keluar? Duduk!" Bentaknya.

Buku nota yang berada di tangan Canna dicengkam erat. Tanpa berkata apa, dia langsung menurut perintah.

            "Lain kali sebelum saya masuk ke mana-mana, semuanya disediakan! Bukannya kelam kabut macam ni!" Suara kasar itu menyentap hati si gadis.

Canna menundukkan kepala merenung meja luas. Orang-orang yang ada di dalamnya juga turut diam. Tiada yang memberontak mengenai tisu.

            "Huh.. ok. Saya tak nak duduk lama-lama di sini dan cakap hal merepek. Tujuan saya panggil kamu sebab nak bincangkan sesuatu. Esok sediakan segala peralatan penting yang kamu guna untuk penggambaran nanti. Sebab lusa kita akan berangkat ke Itali untuk buat penggambaran iklan. Saya tak nak dengar sebarang bantahan atau perkataan 'tak setuju'. Segala kos akan ditanggung oleh syarikat ni termasuk passport dan tiket penerbangan. Sesiapa membantah, saya pecat!" Ulasnya terus menerus.

Ada di antara warga produksi memandang satu sama lain. Mengapa ia tidak dibincangkan seminggu sebelum ini? Ia terlalu tiba-tiba. Bukan sedikit peralatan yang perlu dibawa, tetapi banyak.

           "Tuan muda, kami tak pernah tahu tentang hal ni. Kenapa tiba-tiba saja? Lagipun kami perlu buat persediaan awal." Kata salah seorang dari mereka yang kelihatan bingung.

           "Ya, betul tu." Seorang lagi menyokong.

           "Kamu ingat saya sesuka hati saja buat kerja gila macam ni? Ini semua idea pelanggan ayah saya. Mereka nak iklan tu siap secepat yang mungkin dan merekalah yang arah saya uruskan kerja ni pada lusa nanti. Saya tak boleh bantah sebab ayah saya dah berjanji pada mereka." Terang Tuan Muda Edgar.

Barulah kesemua mereka faham apa yang disampaikan. Bukan niat Tuan Muda Edgar menyibukkan mereka, tapi rakan-rakan ayahnya. Lalu anak orang kaya itu memandang Canna yang sejak tadi memegang pen tapi tidak menulis apapun pada buku notanya.

            "Awak pun bersiap sedia." Tegurnya.

Canna tersentak!

            "Sa.. saya?" Pen diacukan pada mukanya sendiri.

            "Yes, you. Stupid." Jawab Tuan Muda Edgar lalu menjeling.

Gadis itu menelan liur. Itali?? Tidak mungkin! Ia terlalu jauh baginya!

            "Tapi tuan muda.."

            "Itu saja perbincangan kita pada hari ini. Semua boleh balik. Maaf sebab menganggu hari cuti kamu.." Tuan Muda Edgar enggan mendengar kata-kata Canna.

Kesemua yang ada di situ bangkit dari kerusi masing-masing selepas mesyuarat ringkas itu berakhir. Tetapi Canna nampaknya ingin membantah. Setelah semua orang beredar dari bilik mesyuarat, Canna terus menerpa Tuan Muda Edgar.

Touch (On Going)Where stories live. Discover now