seven

411 29 12
                                    


            Canna terpaku di depan Tuan Muda Edgar dengan kelopak mata terbungkam! Ucapan 'maaf' itu menyentap hatinya! Baru beberapa minit yang lalu dia dihamun dan dipecat, sekarang sikapnya berubah lagi. Apa yang lelaki ini mahukan sebenarnya? Sempurna seperti apakah yang diinginkannya?

            "Saya nak balik." Cetus Canna tanpa senyuman.

Bebola mata putihnya kemerah-merahan tanda selepas menangis. Ia ditenung oleh Tuan Muda Edgar. Canna cuba melewati lelaki itu sebelum pintu lif tertutup, tetapi suatu yang tidak terduga berlaku! Tangan panjang si tuan muda terus dilentangkan menutup jalan si gadis! Canna terhenti. Semakin dicengkam erat kotak yang dipeluknya!

             "I said.. i'm sorry. Don't you know how tired i am chasing you just now? Where's your sympathy?" Kata Tuan Muda Edgar. Peluh kian membanjiri badannya.

            "Sympathy? Jadi saya pula macam mana? Apa perasaan tuan muda semasa memaki dan pecat saya tadi? Sekarang tuan muda tanya pula mana rasa simpati saya? Saya tak tahu kenapa awak penat sekarang. Yang saya tahu, saya bukan lagi pekerja di sini." Balas Canna.

Dia mencuba lagi untuk memintas lelaki itu, tapi pintu lif sudah pun tertutup. Canna merengus geram! Tetapi bila Tuan Muda Edgar bergerak perlahan merapatinya, seram sejuk menyapa si gadis!

            "Hei, saya dah dua kali cakap 'sorry', kan? Saya kejar awak bukan sebab simpati! Tapi saya nak awak balik semula ke office dan bekerja macam biasa! I take back my words! You're now on duty!"

Canna terkesima dengan jawapannya! Itu tidak membuatkan dia gembira langsung! Ucapan minta maaf tadi rupanya tidak ikhlas!

             "Sa.. saya dah tak ada mood bekerja, tuan muda. Benarkan saya pergi dari sini!" Bentak Canna.

              "Jadi siapa yang akan jadi pembantu saya di sana!?" Jerkah lelaki itu pula.

              "Saya tak ada hak jawab soalan tu.. awak tentukanlah sendiri." Canna membalas semula.

              "Ahh! Saya nak awak juga!"

Dup!

Jantung Canna berdenyut-denyut mendengar ayatnya! Ia umpama ayat sadis tapi.. pelik. Tuan Muda Edgar semakin mendesaknya walaupun Canna enggan berkhidmat dengannya lagi. Canna menyepikan diri.. wajah berang si pemerintah tidak dipandang kerana sepasang mata cantik itu sedang menatapnya dengan renungan tajam.

           "Awak tahukah kenapa saya pilih awak? Sebab.. awak pembersih. I hate dirt so much. Do you know how sweating i am right now? I'm smelly! I never use stairs, jumping and running like a crazy man before and never felt so exhausted like this. I am begging you, Canna. Work with me. Please..?"

Nada suara Tuan Muda Edgar beralun sayu merayu meminta agar Canna teruskan kerjanya di situ. Si gadis berada dalam kecelaruan! Dengan kepala menunduk, Canna menyahutnya..

           "Benarkan saya fikir tentang ni dulu.."

           "No!" Tuan Muda Edgar membantah!

Canna berdengus perlahan.

            "Kalau macam tu.. saya tak mahu bekerja dengan awak. Sorry." Jawapan tulus Canna berikan.

Tuan Muda Edgar hampir melenting lagi, tapi pesan bapanya terngiang-ngiang di telinga. Lalu dia menarik nafas dalam bagi menenangkan perasaan marahnya terhadap Canna.

              "Baiklah.. tapi awak kena datang semula dalam masa dua hari. Selepas dua hari kalau tak ada maklumbalas dari awak, saya akan cari pembantu baru. Ingat.. bekerja di syarikat ni menjamin masa depan yang cerah. Apatah lagi kalau jadi pembantu saya. Gaji digandakan, bonus besar setiap tahun. Money can change you. Money can make everything possible. Money can help your family and yourself. Don't you like it?" Lelaki itu cuba menghasut Canna dengan mengagung-agungkan wang pendapatan.

Touch (On Going)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora