twenty-four

497 41 29
                                    


         "Awak di sini rupanya? Lama saya mencari.." kata Tuan Herzand kepada Canna.

Bella agak bingung di tempat dia berdiri. Matanya pula asyik beralih pandang dari Canna terus ke lelaki itu. Lalu dia berbisik pada Canna.

          "Siapa dia ni?"

          "Err.. dia kenalan saya sewaktu berada di Itali. Boleh tak saya berbual sekejap dengan dia?" Kata Canna.

            "Oh.. nampak macam orang berada. Tak sangka awak ada peminat, hehe.." usik Bella pula.

             "Eh, auntie janganlah fikir bukan-bukan. Kami cuma berkawan.." balas si gadis lagi.

             "Haha.. ok. Ambillah masa seberapa lama yang awak nak, auntie ok saja." Permintaan Canna diluluskan.

Gadis itu segera datang ke hadapan Tuan Herzand.

            "Hai, tuan. Ada apa tuan datang jauh sampai ke sini?" Canna menyoal.

            "To find you." Singkat jawapan Tuan Herzand sambil dia merenung Canna dengan pandangan tajam.

             "Sebab..?"

              "Sebab saya tak sempat ucapkan selamat tinggal kepada awak hari tu. Kedatangan saya ke sini ada tujuan.."

              "Hm.. apa tujuan awak?" Mendatar saja suara Canna bertanya. Seperti tidak gembira bertemu dengan anak pemilik hotel itu.

Tuan Herzand tidak menyahut, tetapi bibirnya tersenyum paksa. Sikap Canna tidak sama seperti semasa dia berada di Itali.

             "Awak macam tak suka saya datang ke sini. Sudahlah tak dijemput duduk, minuman pun tak dihidangkan. Cara awak bercakap pula ketara sangat macam nak saya cepat pergi." Tuan Herzand seraya menegur Canna.

Canna terkial-kial. Terasa diri bersikap tidak sopan pula. Dengan bernada lembut, dia pun menjawab semula.

             "Maaflah.. apa yang awak fikir tu tak benar. Saya sebenarnya tak suka awak buat kejutan macam ni."

              "Ok.. saya minta maaf. Saya tahu awak hairan kenapa saya di sini."

               "Ya, memang saya hairan sangat. Cakaplah kenapa datang mengejut?"

               "Sebelum tu, betulkah awak tak bekerja dengan Edgar lagi?" Tanya Tuan Herzand.

Canna mengangguk benar.

              "Alright.. um.. I actually want to hire you to be my personal assistant. I came all the way from Italy just to tell you this.. because I don't have your phone number."

Ulasan si pemuda Itali menyentak hati Canna.

           "Sepatutnya tuan cari orang lain yang lebih layak. Saya tak fasih berbahasa Itali, tak biasa bekerja dengan orang berada macam tuan. Lagipun.. saya tak nak pergi ke mana-mana lagi. Saya nak kekal berada di sini," ujar Canna.

             "Masalahnya, tiada orang yang layak dan saya senang bersama dengan awak. Kerja tu mudah saja.. tak payah pun memerah otak atau memenatkan diri pergi ke sana sini. Hanya stay di satu tempat. Cuma saya seorang boleh arahkan awak. Kalau awak ikut saya semula ke Itali dan bekerja di bawah saya, saya akan pastikan hidup awak berubah. Setiap bulan, saya akan berikan awak cuti seminggu untuk pulang ke sini."

Panjang lebar hujahan Tuan Herzand melamar Canna agar menjadi pembantu peribadinya. Canna langsung tidak membalasnya.

            "Percayalah.. saya bukan macam Edgar yang suka menyusahkan pekerja." Serunya lagi.

Touch (On Going)Where stories live. Discover now