twenty-five

493 38 29
                                    


             Malam itu Canna bermasam muka dengan abangnya. Kedatangan Tuan Muda Edgar ke rumah mereka petang tadi serta keputusan yang dibuat oleh Caleb membuatkan Canna hilang selera makan. Hidangan ringkas di hadapannya hanya menjadi tatapan saja. Caleb mengeluh kecil lalu cuba berbicara dengannya.

           "Sampai bila nak berdiam diri, masam muka macam ni? Saya tak suka tengok."

            "Sebab awak sesuka hati saja buat keputusan tanpa persetujuan dari saya. Senang saja awak suruh saya bekerja dengan dia balik, kan?" Jawab Canna tanpa memandang si abang.

            "Apa yang saya buat ni bukan suka-suka. Macam mana kalau betul lelaki bernama Herzand tu datang dan bawa awak pergi? Awak tahu tak yang saya risau?" Balas Caleb.

Canna seraya mengangkat kepala.

           "Awak kan ada? Cakaplah yang awak tak mahu saya pergi ke sana dan tak benarkan."

           "Hm.. esok awak kena pergi ke syarikat si Edgar tu. Saya tak nak dengar apa-apa lagi." Malas pula Caleb menjawab kata-kata adiknya.

            "Dulu awak kata kalau ada orang buli saya, awak akan cari orang tu sampai dapat. Tuan muda dah banyak kali buat macam tu pada saya. Kenapa awak tak pertahankan?" Canna enggan mengalah.

Sudu diletak pada pinggan, lalu Caleb memandangnya dengan raut wajah serius.

           "Bukan saya tak pertahankan awak.. kalau boleh, saya tak mahu pun awak ikut dia. Tapi keadaan sekarang tak menentu. Saya baru saja dibebaskan. Awak tak tahu macam mana susah nak cari kerja di luar sebagai bekas banduan. Kalau saya banyak duit simpanan, saya tentu akan bayar habis wang jaminan tu. Dan ada satu lagi sebab kenapa saya nak awak bekerja dengan Edgar.." ulas Caleb panjang lebar.

Pandangan Canna padanya agak muskyil.

           "Sebab apa?"

Caleb menarik nafas panjang lalu menyuarakan sesuatu kepada Canna.

            "Saya nak awak faham situasi kita sekarang.. duit tak mencukupi, saya bekas banduan, awak pula bekerja dengan auntie Bella. Gaji awak pun cukup-cukup untuk beli makanan harian saja. Pernahkah awak terfikir pasal kulit awak? Hari ni saya berjaya dapatkan pekerjaan baru.. tapi.."

Abang Canna terhenti seketika.

          "Tapi apa?" Tanya Canna.

          "Kerja tu di sebuah bengkel besar. Oleh sebab sebelum ni saya berpengalaman sebagai mekanik, bos bengkel tu transfer saya ke luar negara. Dia ada cawangan lain di Jepun. Di sini pekerjanya sudah mencukupi. Lagipun, pendapatan bulanan kerja di situ sangat lumayan.." ulas Caleb.

Bila mendengar perkara ini diutarakan, Canna kembali beremosi sedih.

         "Perlukah awak ke luar negara? Jadi siapa temankan saya di sini..?" Sebak suaranya menyoal.

         "Sorry.. tapi hanya cara ni saja yang mampu saya lakukan untuk awak. Saya akan kirimkan wang setiap bulan untuk awak jalani rawatan. Lagipun sudah beberapa hari saya cari kerja, tapi tak dapat. Nasib baiklah bos bengkel tu memahami.. dia sudi terima saya jadi pekerjanya. Takkanlah saya nak lepaskan peluang ni? Ini saja cara untuk saya ubah hidup kita.." terang Caleb lagi cuba untuk menenangkan adiknya yang dibelenggu resah.

Tidak dapat menahan rasa sedih di hati, air mata si adik menitis pada hidangannya semasa dia menunduk. Baru sahaja beberapa hari bersama abangnya, kini ditinggalkan lagi.

           "Bi.. bila awak ke sana..?" Soalan dari mulut Canna bercampur tangis teresak-esak.

           "Lusa.." jawab Caleb.

Touch (On Going)Место, где живут истории. Откройте их для себя