Opening..

1.1K 38 1
                                    

Canna Mercury P.O.V

            Baju berlengan panjang dan seluar panjang menjadi pilihan si gadis berwajah bujur, Canna. Penampilannya yang terlalu biasa ini sering menjadi bahan gurauan di dalam pejabat tempat dia bekerja. Dia lebih suka menyendiri daripada bergaul dengan rakan sekerjanya yang lain. Bukan dia sengaja, tapi dia malu akan dirinya sendiri. Canna Mercury mempunyai sejenis penyakit kulit yang mana ianya sukar untuk disembuhkan. Psoriasis ; adalah penyakit kulit yang mengakibatkan kegatalan pada kulit, berbiji-biji serta bertompok kemerah-merahan dan adakalanya ia akan sembuh tetapi kemudian timbul semula. Ianya agak sukar disembuhkan kecuali melakukan rawatan kerap. Tetapi ia memerlukan wang yang banyak untuk membiayai rawatan tersebut di pusat kesihatan pakar kulit. Walaupun ia bukan penyakit berjangkit, tetapi inilah yang menyebabkan Canna murung dan bencikan dirinya yang tidak sempurna seperti orang lain. Dia lebih selesa memakai pakaian menutup kulitnya tidak kiralah musim panas ataupun sejuk. Walaupun dia menghidap penyakit yang mengakibatkan dirinya dilanda gangguan emosi, namun hidup harus diteruskan juga. Selepas ketiadaan kedua-dua ibu dan bapanya, Canna menetap bersama abang kandungnya. Caleb Mercury seorang abang yang penyayang. Lelaki inilah yang selalu membangkitkan semangat dalam diri adik perempuannya agar tidak memandang rendah pada dirinya sendiri kerana hanya dia seorang saja memahami si adik dan tahu tentang penyakitnya. Canna memiliki wajah yang cantik tetapi tidak semuanya indah disebalik kecantikan paras rupa yang dimilikinya.

             Dia berperang dengan kesengsaraan sejak dua tahun lalu. Disebabkan kulitnya yang bermasalah itu jugalah Canna tidak berkenan dan tidak ingin menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki yang menyukainya. Dia takut menyentuh atau disentuh oleh sesiapa saja kerana menganggap dirinya jijik. Akan tetapi dia harus berjuang untuk teruskan hidup atas dorongan Caleb. Canna tidak sanggup membiarkan Caleb menyara hidupnya sehingga tua. Sampai bilakah dia bergantung hidup pada abangnya sendiri? Lelaki itu juga pasti inginkan kehidupan sendiri suatu masa nanti. Canna menepiskan masalah penyakit yang dihadapinya dengan bekerja di sebuah syarikat penerbitan iklan tersohor di negara itu demi membantu abangnya mencari nafkah menyara hidup dan cuba berdikari sendiri sejak 5 bulan yang lalu. Dengan adanya sijil kelayakan dan ilmu dalam bidang perkomputeran, beserta tahap kecekapannya melakukan sesuatu kerja, maka pemilik syarikat itu telah menerimanya sebagai pekerja. Namun, ia adalah sebuah perjalanan hidup baharu yang tidak Canna sedari..

*
*

Tuan Muda Edgar Vin Norme Willhagen P.O.V

            Dilahirkan dalam keluarga bangsawan atau digelar orang kaya-kaya, Tuan muda Edgar merupakan anak tunggal Tuan Besar Norme Vin Willhagen yang memiliki sebuah syarikat pengiklanan terbesar negara xxxxx di ibu negara. Ibu kandung kepada Tuan Muda Edgar, Agatha De Selvie telah lama bercerai dengan ayahnya dan berkahwin semula dengan seorang usahawan terkemuka di negara asing sejak Tuan Muda Edgar berumur 15 tahun. Kadangkala pemuda ini bencikan ibu kandungnya kerana wanita itu tidak pernah datang melawatnya semenjak berpisah dengan bapanya. Sehingga kini, tiada langsung khabar berita si ibu yang menetap di negara seberang. Sesekali hati Tuan Muda Edgar berdetak kuat ingin mencari ibunya kerana rindu, namun perasaan benci yang bermaharajalela dalam dirinya terhadap si ibu menghalang dia dari meneruskan niat itu.

              Tuan Muda Edgar diasuh dengan baik oleh wanita yang telah menjadi isteri kedua bapanya sejak 10 tahun lalu. Puan Besar Rowena Silhoutte, ibu tiri kepada Tuan Muda Edgar mendidiknya untuk tidak memandang tinggi kepada golongan bawahan. Wanita itu lahir dari kalangan orang bangsawan, oleh sebab itulah sikapnya lebih mengamalkan kebersihan dan darjat. Tuan Muda Edgar sekaligus terikut dengan cara hidup wanita itu kerana dia mempunyai masalah peribadi yang amat sukar dibendung iaitu, Mysophobia. Ia bukannya sejenis penyakit, tetapi ia bermaksud ketakutan melampau apabila terlihat sesuatu yang kotor. Lelaki ini terlalu bimbang dirinya dijangkiti kuman ataupun bakteria. Dia akan membersihkan diri atau kata lainnya, mandi 4 hingga 5 kali sehari serta mencuci tangannya dengan kerap setiap kali menyentuh sesuatu. Kediamannya juga akan dibersihkan 7 hari seminggu pada setiap 3 jam oleh pembantu rumah. Sifat panas baran Tuan Muda Edgar amat digeruni para pekerjanya di hotel malahan di syarikat milik bapanya juga. Dia tidak akan menapis ayat bicaranya tanpa memikirkan perasaan orang lain dan ingin segala perintahnya dituruti. Dia sebenarnya mempunyai perniagaan sendiri iaitu 5 buah hotel bertaraf 5 bintang di seluruh negara. Disebabkan kesihatan Tuan Besar Norme tidak mengizinkan dan terpaksa dipantau rapi oleh doktor, maka secara langsung satu-satunya waris anak tunggal lelakinya itulah yang akan mengendalikan syarikat tersebut. Pemuda bangsawan ini gemar bersosial tetapi hanya di tempat-tempat tertentu sahaja dan mempunyai ramai rakan wanita yang tergolong dalam keluarga elit. Baginya, jika berkawan baik dengan orang-orang biasa, pasti akan mendatangkan bakteria serta kuman.

___________________________

*
*

Adakah pertemuan antara Edgar dan Canna akan merubah persepsi yang mereka terapkan dalam diri? Saya berharap kisah 'TOUCH' (SENTUH) bergenre romance & drama ini akan dijadikan pengajaran bagi kita semua agar saling menghormati antara sesama manusia. Karya ini ditulis dan terinspirasi dari kalangan pesakit yang menghidapi penyakit kulit, Psoriasis. Tidak semua makhluk yang hidup dilahirkan sempurna luar dan dalam. Semoga anda (pembaca) terhibur..

*

*
Thank you for reading, waiting and vote every part of this story. Lob u 😂

Dilarang mencuri idea asal penulis! Ingat, kita hidup tidak lama. Hehe..


*
I'jien Gracevon@copyright protected ©2020

Touch (On Going)Where stories live. Discover now