six

377 27 1
                                    


              Sebelum berganjak pergi dari restoran itu, Canna membeli sedikit makanan. Caleb biarkan kerana dia tahu apa tujuan Canna. Restoran itu adalah tempat biasa mereka pergi, maka pemiliknya amat mengenali adik beradik itu. Sejurus selepas melangkah keluar dari premis tersebut, Canna berlari anak menuju ke sebuah lorong kecil diikuti Caleb di belakangnya.

Pada masa yang sama, Tuan Muda Edgar yang dalam perjalanan pulang mengarah pemandunya untuk berhenti seketika di tepi jalan di mana Canna sedang berada. Gadis itu tidak menyedarinya.

          "Nampaknya ada farmasi di sini. Tolong belikan saya hand sanitizer di situ." Arahnya kepada si pemandu.

           "Baik, tuan muda."

Pemandu itu segera keluar dari kenderaan mewah itu menuju ke farmasi berdekatan. Waktu ini anak mata Tuan Muda Edgar terpandang seseorang di tepi jalan. Gadis itu amat dikenalinya!

            "Canna Mercury? Apa pula dia buat di sini?" Bisiknya sendiri.

          Kelihatan seorang lelaki berdiri dibelakang si gadis. Tapi wajahnya tertutup dek topi keledar yang disarungkan pada kepala. Kelakuan Canna yang mencurigakan itu ditonton dengan jelas oleh Tuan Muda Edgar. Si gadis membongkokkan badan di hadapan sebuah lorong kecil dan meletakkan makanan atas permukaan sekeping kotak. Tidak lama kemudian, beberapa ekor anjing terbiar datang ke tempat itu dan menjamah makanan yang diberikan! Bukan itu saja, Canna meletakkan lagi separuh makanan tadi di kawasan yang lain. Muncullah beberapa ekor kucing liar di kawasan itu seakan-akan mengenalinya dan gembira diberi makan. Canna tersenyum girang melihat mereka walaupun dia tidak menyentuh binatang-binatang itu.

           "Tuan muda, ini hand sanitizer yang tuan muda pesan tadi."

Pemuda bangsawan itu terkejut ditegur oleh pemandunya yang entah sejak bila masuk ke dalam perut kereta.

            "Eh? Ok. Kejap.. jangan dulu pandu kereta ni." Kata Tuan Muda Edgar sambil matanya memandang di luar.

Tidak dia menyangka Canna boleh tersenyum lebar melihat binatang-binatang tidak bertuan itu semua. Beberapa ketika kemudian, dia pun berlalu pergi bersama lelaki yang memakai topi keledar. Tuan Muda Edgar berdengus keras!

             "Dia kata tak ada boyfriend. Menipu ya? Habislah awak esok! Philip, gerak sekarang!" Getus amarahnya.

Dia menginginkan pembantu yang tidak menjalinkan mana-mana hubungan cinta kerana ia cuma akan menganggu ketika bekerja. Lebih-lebih lagi bila Canna dengan selamba memberi makan pada binatang-binatang terbiar itu semua! Ia perbuatan yang baik, tapi fikiran Tuan Muda Edgar kolot! Baginya perbuatan Canna terlalu jijik dan kotor!

         "Awak selalu ingat pasal anjing dan kucing di kawasan ni. No one have the pure heart as you, Canna. You're so kind." Puji Caleb sebelum menggerakkan motosikalnya.

         "Mereka pun hidupan juga.. kasihan sebab tak ada orang nak ambil binatang-binatang tu semua. Kalaulah saya tak ada masalah kulit, saya angkut semuanya pulang. Haha.." jawab adiknya.

          "Hm.. saya tahu awak sukakan binatang. Tapi buat masa sekarang, lebih baik jangan fikirkan hal tu dulu.. awak kena jaga kesihatan diri." Ulas Caleb.

           "Ya, saya tahu. Marilah balik, hari dah lewat ni.."

Perintah si adik dituruti Caleb. Apa saja perkara yang baik dilakukan oleh Canna tidak akan dihalangnya. Malah Caleb menyokong perbuatan baiknya tadi.

__________

        Pada keesokan hari, Canna datang seawal yang mungkin ke syarikat pengiklanan itu. Kemarin dia diarahkan pindah ke bilik pejabat Kevin, maka hari ini dia tergesa-gesa mengangkat barang-barangnya ke dalam sebelum Tuan Muda Edgar tiba. Dia bimbang nanti keadaan menjadi kelam kabut pula jika si tuan muda mengarah itu dan ini.

Touch (On Going)Where stories live. Discover now