twelve

534 35 19
                                    


            Canna sudah tidak dapat mengawal tangisnya. Air matanya berderai tatkala sedang menunggu teksi di atas bahu jalan. Pengalaman pahit yang baru terjadi tadi menghantui mindanya. Ayat-ayat yang diutarakan padanya masih terngiang-ngiang di corong telinga. Ia sungguh pedas!

          "Caleb.. kalaulah awak tak lakukan benda tu.. saya tak akan jadi macam ni.." rasa kesal terhadap si abang tercetus tanpa sedar.

________

             Selesai membuat pemeriksaan ke atas tubuhnya, Canna berhadapan pula dengan doktor pakar. Hasil keputusan pemeriksaan kulitnya agak meruntun jiwa.

           "Hm.. kulit awak masih belum sihat Cik Canna. Nampaknya ia semakin membesar.. awak tentu berpeluh banyak, kan?" Doktor itu sudah dapat menangkap punca kulit Canna semakin teruk.

Si gadis menganggukkan kepala bermaksud benar.

           "Ok.. tapi tak apa. Ubat yang abang awak pesan hari tu dah sampai. Ini dia.." kata doktor itu sambil menghulurkan botol kecil berisi pil berwarna putih dalamnya.

Canna menghembus nafas lega sekali apabila benda itu benar-benar wujud.

           "Terima kasih doktor.." ucapnya.

            "Ubat ni perlu dimakan sebiji saja dalam sehari. Tak boleh skip. Saya harap ia berkesan pada tubuh awak.. kalau ada apa-apa masalah alahan, awak terus datang ke sini berjumpa saya. Ok?" Sambung doktor itu lagi.

             "Baik.." sahut Canna.

              "Eh, abang awak tak datang hari ni? Atau dia tunggu di luar?" Soalan mengenai keberadaan Caleb amat merunsingkan fikiran Canna.

              "Oh, abang saya tak dapat datang. Dia outstation.." entah berapa kalikah Canna harus menipu orang sekelilingnya.

             "Patutlah.. tapi jangan lupa datang dua minggu kemudian, ya? Sebab saya nak tengok kulit awak hasil dari pengunaan ubat ni." Kata si doktor lagi.

              "Ok.. thanks a lot, doctor.." ucap Canna.

Semasa dia ingin membuat pembayaran di kaunter farmasi, wang yang dipinjamnya dari Tuan Muda Edgar terus dikeluarkan bersama dompetnya. Saat dia mengira wang kertas itu, hatinya terkejut! Ia melebihi 400 Dolar! Terbeliak mata si gadis memandang kertas bernilai itu!

              "500..??"

              "Cik, ini bil untuk ubat baru yang cik pesan.. dan yang ni pula bil pemeriksaan.." tegur pembantu farmasi padanya.

Kertas kecil yang dipanggil bil itu terus dibaca oleh Canna. Nombor-nombor yang tertera atas kertas itu membuatkan mulutnya ternganga! Ia amatlah mahal berbanding sebelum ini! Kecut perut dibuatnya! Tapi nasib baiklah dia masih mempunyai wang saku sendiri dan menambah wang pinjamannya tadi untuk membayar bil-bil itu. Selesai saja urusannya di sana, Canna terus berganjak pergi.

Mengapa hidupnya harus sesulit ini? Kalau diikutkan hati, dia tidak ingin ke sana! Tapi dia tidak mahu menyusahkan doktor yang telah berusaha mendapatkan ubat untuknya itu. Caleb telah berjanji akan membeli ubat mujarab tersebut darinya. Lantas, Canna tidak mahu nama abangnya buruk jika memungkiri janji. Tapi ini mungkin akan menjadi kali yang terakhir Canna ke situ..

________

           Jam berdetik sesaat demi sesaat.. seminit lagi jam akan menunjukkan pukul 11 pagi. Canna berada dalam kegelisahan semasa berdiri di dalam lif. Nasibnya baik kerana lalu lintas jalanraya tidak sesak tadi. Tapi bibirnya menggumam berharap lif itu bergerak lebih pantas ke tingkat lima.

Touch (On Going)Where stories live. Discover now