twenty-two

395 42 24
                                    


              Sebelum tiba di hotel, kenderaan yang dinaiki Tuan Muda Edgar ditahan di tepi jalan. Cermin belakang tempat dia duduk diketuk beberapa kali oleh seorang lelaki berbadan besar. Dia membuat isyarat jari telunjuk menyuruhnya agar segera keluar dari situ. Tuan Muda Edgar agak kehairanan tapi tiada rasa gentarnya langsung. Dengan acuh tak acuh, dia keluar begitu saja dari kenderaan tersebut. Entah apa yang dibisikkan lelaki itu kepada pemandu kereta, tiba-tiba si pemandu meninggalkan Tuan Muda Edgar di kawasan yang agak lenggang itu. Kemudian Tuan Muda Edgar terlihat sekumpulan lelaki memakai sut hitam dan bercermin mata gelap menantinya beberapa meter dari tempatnya. Dia tersengih dan berbuat bodoh saja apabila semakin menghampiri mereka. Tentu kesemua mereka ini orang-orang Tuan Herzand, fikirnya kerana orang yang ditumbuknya tadi ada bersama mereka sedang berdiri di sisi kenderaan mewah masing-masing.

          "Heh.. muka jambu, gaya pun lembut. Tapi tak sangka pula ketua mafia.." getusnya sendiri.

Setelah menghampiri mereka, Tuan Muda Edgar terus berdiri di hadapan Tuan Herzand. Kesan lebam pada pipinya tadi amat jelas kelihatan.

            "Yo, bro. What's up?" Boleh pula dia menegur Tuan Herzand bersahaja tanpa memikirkan salahnya.

             "Where is she?" Tuan Herzand terus bertanya tentang Canna.

             "Oh.. I've sent her to 'heaven' about an hour ago." Selamba saja Tuan Muda Edgar bergurau.

Geram sungguh Tuan Herzand mendengar ulasan itu! Orang-orang yang mengikutinya mulai mengepung di belakang, kiri dan kanan Tuan Muda Edgar.

               "Awak sepatutnya hormat pada saya, Tuan Muda Edgar.. tapi apa yang awak buat tadi sudah melanggar peraturan saya di sini. Awak tak ingatkah awak berada di negara siapa sekarang? Kalau ayah saya tahu tentang perkara tadi, confirm awak tak akan terlepas! Tapi saya masih ada hati budi.. saya akan rahsiakan benda ni kalau awak sudi terima pembalasan dari saya." Terang Tuan Herzand padanya bernada sinis. Sikapnya tidak sama seperti sebelum ini.

Tuan Muda Edgar menepuk tangan lalu tergelak.

           "Dengan bawa geng sebanyak ni? Sorry.. saya tak suka bermain dengan budak-budak macam awak. Sikit-sikit ajak geng, sikit-sikit menangis nak minta bantuan ayah. Haha.. embarassing." Ejek si anti kuman selari tawanya.

             "Jadi awak nak yang macam mana? One by one?" Sambung Tuan Herzand.

             "Haha! Hei.. macam budak sekolah. Disebabkan Canna, awak jadi begini? You're rich, Herzand. You can get more better than her. She has nothing!" Balas Tuan Muda Edgar.

            "Suka hatilah awak nak cakap saya macam budak-budak atau apa saja! Tapi bagi saya, Canna jenis perempuan yang susah dicari! Memang dia tak punya apa-apa. Tak berduit atau berharta, tak cantik. Tapi saya puji dia sebab sanggup dipijak kepala oleh orang buruk perangai macam awak ni! Dari cara dia bercakap saja pun saya tahu yang dia banyak menyimpan perasaan! Awak tahu apa? Tahu menyalak padanya setiap hari!" Jawab Tuan Herzand.

            "Yup.. you're right. Everything you said is true. But.. there's something you didn't know about me. Walaupun saya jahat begini, saya masih ambil berat tentang dia. Saya cuba untuk perbaiki kesilapan yang selalu saya timbulkan. Tapi awak tahukah kenapa saya tumbuk awak tadi? Sebab Canna tak suka disentuh apalagi dipeluk! Kononnya awak faham perasaan dia? Ceh! Merepek saja!" Si anti kuman membalas semula hujahan Tuan Herzand.

Lelaki kacukan Itali itu panas hati!

            "Saya nak awak rasa apa yang awak buat pada saya tadi!" Jerkahnya lalu mengajukan segempal penumbuk ke arah Tuan Muda Edgar.

Touch (On Going)Where stories live. Discover now