Salamku Untuk Kali Terakhir 2...

נכתב על ידי marisinc

21.5K 693 55

Sebab penulia rasa bersalah pada Faiz. So, dia tulis short story in Faiz part. עוד

ST1
ST2
ST 3
ST 4
ST 5
ST 6
ST 7
ST 8
ST 9
ST 10
ST 11
ST12
ST13
ST 14
ST 15
ST 16
ST 17
ST 18
ST 19
ST20
ST21
ST 22
ST23
ST 24
ST 25
ST 26
ST 27
ST 28
ST 29
ST 30
ST 31
ST 32
ST 33
ST 34
ST 35
ST 36
ST 37
ST 38
ST 39
ST 41
ST 42
ST 43
ST 44
ST 45
ST46
ST 47

ST 40

511 17 0
נכתב על ידי marisinc

Setahun sudah berlalu. Hari ni, genap setahun Amna tinggalkan aku. Dan untuk kesekian kalinya, aku bertelaku dikubur Amna. Bercerita.

Aku tahu, Amna tak boleh dengar pun. Urusannya didunia dah habis. Urusannya hanya di alamnya. Alam Barzakh. Tapi, ini saja cara yang aku ada untuk melepaskan rasa rindu kepadanya.

"Abi nak pergi tengok anak-anak kejap lagi. Flight abi pukul 2 petang. Lepas ni, abi balik rumah, siap-siap. Terus pergi airport." Kataku.

Setiap minggu, aku akan terbang ke Terengganu untuk melihat anak-anakku. Dari jauh.

Melalui telefon bimbit Amna yang sudah aku link ke telefon bimbitku, aku dapat mencari rumah yang diduduki oleh Zimi, Zafuan dan anak-anakku. Terima kasih kepada teknologi. Terima kasih kepada sikap Amna yang suka melarikan diri. Dia buat aku mahu mengetahui dimana dia.

"Abi balik dulu. Nanti abi datang lagi. Insya Allah." Dan aku terus bangun dan berjalan meninggalkan lot kubur dimana Amna disemadikan.

Aku balik ke rumah. Mandi dan bersiap ke KLIA. Naik kapal terbang lebih mudah. Ditambah dengan potongan harga yang aku dapat sebagai pekerja. Jadi, tak terlalu membebankan. Lagipun, apa sangat nilai duit tu berbanding anak aku. Bukan jauh pun. Seminggu dalam RM150 tambang pergi balik. Boleh sangat.

Sewaktu aku sedang berjalan keluar dari lif tempat parking kereta, aku ternampak kelibat Zimi dan Zafuan yang sedang bekejaran mengejar Adha dan Husna yang berlari gembira. Mereka dipasangkan harness dimana Adha dibawah pengawasan Zimi manakala Husna dibawah pengawasan Zafuan.

Aku senyum. Hanya memerhati mereka dari jauh. Seperti biasa. Sama ada dari dalam Instagram atau begini. Dari jauh.

"Anak-anak abi. Dah boleh berlari walaupun baru setahun. Ligat." Kataku sambil merakam video mereka.

Tak lama kemudian, Aki muncul mendekati mereka. Menyerahkan sesuatu kepada mereka.

Aku tahu, mama berhubung dengan mereka. Aku tak kisah pun. Aku pun tak pernah tanya apa-apa tentang Adha dan Husna kepada mama. Aku biarkan. Mama tak bercerita bermakna mama tak nak aku tahu. Tanpa pengetahuan mama yang sebenarnya aku dah tahu.

Biarlah. Biar semua jadi rahsia.

"Pengumuman. Para penumpang pesawat AK343 ke New Zealand, diminta untuk berada di balai berlepas sekarang juga."

Sebaik saja pengumuman itu dibuat. Aki, Zimi dan Zafuan bersalaman dan berpelukan. Kemudian, Aki peluk dan cium Adha dan Husna bergilir.

Setelah itu, Zimi, Zafuan, Adha dan Husna berlalu pergi. Meninggalkan Aki. Aki berpaling dan melangkah mahu ke pintu dimana aku sedang berdiri.

"Abang." Tegurnya. Terkejut.

Dia kemudian menunjukkan ke arah dimana Zimi, Zafuan, Adha dan Husna hilang.

Aku angguk.

"Kenapa tak datang dekat. Boleh jumpa dengan dorang. Dorang nak pindah. Duduk New Zealand." Kata Aki.

Entah. Aku tak terkejut. Aku memang dah jangka.

"Sebenarnya abang tahu semua ni?" Tanya Aki.

Aku diam.

"Abang tahu dorang sebenarnya ada di Terengganu?" Tanya Aki.

Aku angguk.

"Abang tahu dorang nak pergi NZ?"

Aku geleng.

"Ni abang nak pergi mana?" Tanya Aki lagi.

"Nak pergi Terengganu. Jumpa dorang. Tapi, nampaknya terpaksalah abang batalkan. Dorang dah tak ada." Jawabku.

"Abang selalu pergi sana? Abang tahu kat mana dorang? Abang tengok dari jauh saja?" Tanya Aki bertubi-tubi.

Aku angguk.

"Kenapa tak pergi jumpa dorang?"

Aku angkat bahu.

"Abang tak rasa perlu. Abang tak nak Zimi dan Zafuan rasa abang ada. Biarlah dorang betul-betul rasa bertanggungjawab nak jaga amanah abang dan Amna tu." Balasku.

"Macam mana abang tahu alamat dorang semua?"

Aku hanya tunjukkan telefon bimbitku.

"Find phone? Link dengan telefon Amna?"

Aku angguk.

"Jadi, nanti abang tahulah dorang kat mana nanti?" Tanya Aki.

Aku angkat bahu. Belum rasa mahu ke New Zealand. Terlalu jauh. Dan aku terpaksa ambil cuti.

"Jangan bagitahu sesiapa pun. Biar ini jadi rahsia kita." Pintaku.

Aki angguk.

המשך קריאה

You'll Also Like

My style נכתב על ידי Unknown person:)

ספרות לא בדיונית

674K 2.5K 14
📣❌🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞❌ THIS IS JUST FOR A SCENE. KALAU NAK BACA MESTI KENA FOLLOW. VOTE AND COMMENT DOWH... JANGAN LUPE SHARE KAT KAWAN-KAWAN KORA...
7.3K 98 33
Mengisahkan kisah cinta diantara Dahlia dan Iskandar dimana rumah tangga mereka diuji oleh dua orang ketiga, Farah dan Adam.. . "Kenapa Farah ada dek...
9.5K 491 20
RAYYAN ❌ RAISHA " sayang .. abang minta maaf, abang tak patut rahsiakan benda ni daripada sayang .abang...". Rayyan meraut pinggang Raisha yang seda...
7.4M 239K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...