Jauh Dari Cinta. [E].

By ejaroses

188K 5.2K 593

Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Mil... More

Bab 1: Adakah Ini Pengakhirannya?.
Bab 2: Move On?.
Bab 3: Tengku Ashraf.
Bab 4: Pengganti?.
Bab 5: Pengikat Aku Dan Dia.
Bab 6: Kenyataan Yang Perih.
Bab 7: Permulaan.
Bab 8: Hanya Untuk Sofea.
Bab 9: Siapa Yang Lebih Terluka?.
Bab 10: Siapa Dia?.
Bab 11: Aku Terluka Lagi.
Bab 12: Salah Faham.
Bab 13: Kenapa Sekarang?.
Bab 14: Rasa Bersalah.
Bab 15: Hati Yang Telah Dilukai.
Bab 16: Tiada Lagi Harapan.
Bab 17: Milik Siapa Hati Ini?.
Bab 18: Milik Siapa Hati Ini?. II
Bab 19
Bab 20
Bab 21: Korban Perasaan.
Bab 22: Lembaran Baru.
Bab 23: πŸ€”
Bab 24: Hati Armell.
Bab 25: Dah Terlambat.
Bab 26: Tiada Jodoh?.
Bab 27: ✌
Bab 28: Setelah Semuanya Terbongkar.
Bab 29: Jalan Lain.
Bab 30: Tekanan Jiwa.
Bab 31: Hari Nikah.
Bab 32: Hati Seorang Lelaki.
Bab 33: 😢
Bab 34: Mulut Kata Lain, Hati Kata Lain.
Bab 35: Penjaga Hati.
Bab 36: Demi Dia.
Bab 37: 😣
Bab 38: [Tengku Ashraf & Ariana] & [Aiman & Nina]
Bab 39: A R I A N A & A S F I R A
Bab 40: Sahabat.
Bab 41: Tidak Mengharapkan Apa-Apa.
Bab 42: Aku Cintakan Dia.
Bab 43: Kacau.
Bab 44: Hilang Ingatan.
Bab 45: Hanif.
Bab 46: Setelah Dia Pergi.
Bab 47: SETAHUN KEMUDIAN.
Bab 49: Ego.
Bab 50: 'JAUH DARI CINTA'
EPILOG: DEKAT DENGAN CINTA.

Bab 48: Separuh Hati.

4.4K 131 18
By ejaroses

ARIANA Menggepal penumbuk geram. Rasa sakit hatinya sekarang ini hanya Allah yang tahu.

Bangun sahaja dari tidur tadi. Dia segera kedapur. Tidak terlintas langsung difikirannya untuk mencari suaminya. Kerana kebiasaan Tengku Ashraf, akan terus ke pejabat tanpa menunggunya bangun. Dia makan didapur seperti biasa dan juga mandi seperti biasa. Sesudah mandi, dia keluar dari bilik untuk menonton telivisyen. Namun belum sempat dia melabuhkan punggungnya, loceng pintu rumahnya berbunyi.

"Tuti! Pergi tengok siapa datang tu!." Teriaknya kepada pembantu rumah sebelum dia melabuhkan punggungnya disofa.

Tuti keluar dari dapur dan terus pergi menurut perintahnya. Dan tanpa mempedulikan siapa yang datang. Dia menyalakan telivisyen dan bersandar pada sofa.

"Assalamualaikum."

Berkerut dahinya mendengar suara Che' Puan Latifah. Serentak itu dia menoleh.

"Bonda." Gumamnya terkejut.

Dengan susah payah dia bangun dari sofa dan pergi membawa perutnya menuju kearah sang ibu mentua.

Setelah bersalam dan berlaga pipi. Dia bertanya.

"Kenapa Bonda tak bagitahu nak datang?." Soalnya.

"Lah... Apa pulak nak bagitahunya?. Bonda datang ni pun Ash yang suruh." Ujar Che' Puan Latifah.

Berkerut sebentar keningnya.

Ash yang suruh?. Getus hatinya.

"Yalah... Katanya dia ada urusan dengan Mell dekat Johor. Itu yang dia suruh Bonda datang sini tu tengokkan Ariana." Tutur Che' Puan Latifah.

Tergamam Ariana mendengarnya.

_

"HAS CAFE."

Dia melepaskan keluhan kecil melihat tulisan pada papan atas kafe itu. Dia mengintai kedalam kafe untuk melihat kalau-kalau ada Hanif.

Namun hampa. Kerana dia tidak melihat pun kelibat atau sosok lelaki itu. Yang dia lihat hanyalah dua orang barista yang berpakaian persis dengan pakaian Hanif didalam gambar yang temannya kirimkan kepadanya.

"Perlu ke aku masuk untuk pastikan yang dia ada atau tak dekat dalam?." Dia bertanya dengan dirinya sendiri.

Tapi kalau aku tak masuk. Macam mana aku nak tahu?. Lagipun aku yakin dia ada. Didalam benaknya berkata.

Nafasnya dihela panjang. Perlahan kakinya dihayun, mahu melangkah masuk kedalam kafe tersebut.

Namun tiba-tiba seseorang menghalang jalannya.

"Armell."

Dia nyaris melanggar orang tersebut. Sejurus itu dia mengangkat kepalanya apabila namanya dipanggil.

"Abang Ash." Gumamnya terkejut.

Tanpa memberi apa-apa isyarat, lelaki itu menyambar pergelangan tangannya dan membawa ketepi pintu kafe, bukan tempat laluan orang.

"Mell buat apa ni?. Kenapa tak bagitahu Abang dulu?!." Soal Tengku Ashraf dengan tegas sebaik melepaskan tangannya.

Dia kaku memandang wajah Tengku Ashraf. Mulutnya terkunci buat seketika.

"Bagitahu apa?." Balasnya berpura tidak mengerti sambil matanya memandang kearah lain.

"Tak payah pura-pura bodoh lah Mell. Abang dah tahu apa tujuan Mell datang sini." Ujar Tengku Ashraf.

Dia kembali memandang wajah Tengku Ashraf.

"Okey.. Baguslah kalau Abang dah tahu. Jom teman Mell." Ujarnya. Seraya mahu pergi.

Namun Tengku Ashraf pantas menghalang jalannya.

"Mell nanti. Abang tak habis cakap lagi." Ujar Tengku Ashraf.

Dia berkerut dahi memandang Tengku Ashraf.

Tengku Ashraf pula memandangnya tajam.

"Abang... Abang datang sini untuk halang Mell ke?." Selorohnya.

Tengku Ashraf mengeluh kecil.

"Tak.. Bukan macam tu Mell.. Abang cuma"

"Abang cuma apa?." Potongnya sebelum sempat Tengku Ashraf menghabiskan bicara.

Tengku Ashraf terdiam seketika memandangnya. Seraya berkata.

"Dia tak ada dekat sini."

Berkerut lagi dahinya.

"Mana Abang tahu?." Soalnya.

"Mana Abang tahu tu tak penting. Tapi apa yang pasti. Dia memang tak ada dekat sini." Ujar Tengku Ashraf cuba meyakinkannya.

Dia terdiam.

"Mell cuba tengok sendiri. Dia ada ke dekat dalam sana?." Soal Tengku Ashraf sambil menunjuk kearah kafe.

Dia tetap diam.

Ya, memang dia tidak melihat kelibat atau sosok Hanif. Namun melihat dua orang barista yang berpakaian sama dengan pakaian Hanif yang dikirim temannya, membuatkan dia yakin lelaki itu berada didalam kafe tersebut.

"Mell.."

Panggilan Tengku Ashraf mematikan lamunannya. Dia memandang Tengku Ashraf.

"Okey... Bagitahu Abang apa yang buat Mell yakin dia ada dekat sini?." Soal Tengku Ashraf. Mungkin kerana dapat melihat air muka keraguannya.

Dia melepaskan keluhan berat. Dia tidak punya pilihan lain, selain dari menunjukkan gambar tersebut kepada Tengku Ashraf.

Tengku Ashraf berkerut dahi saat melihat gambar tersebut.

Jadi betullah dia ada dekat sini. Getus Tengku Ashraf didalam hati.

"Sekarang apa kata Abang?." Soalnya.

Tengku Ashraf memandang kearahnya. Mata itu meniliknya dari atas kebawah.

Tak. Aku tak boleh biarkan Mell jumpa dia dalam keadaan Mell macam ni. Sebelum Mell jumpa dia. Aku kena jumpa dulu. Aku kena pastikan pertemuan dia dan Mell, tak akan melukakan hati Mell. Tutur Tengku Ashraf didalam hati.

"Mana Mell dapat gambar ni?. Bila Mell dapat?." Bertalu-talu soalan Tengku Ashraf ajukan.

Dia menghela nafas panjang. Seraya berkata.

"Sebenarnya Mell dah lama dah mula cari Hanif. Saje Mell tak nak bagitahu Abang dengan As. Sebab Mell tak nak susahkan Abang dengan As. Mell dapat gambar ni bulan tiga hari tu, kawan Mell yang hantar."

"Mell ada buat research tak sebelum datang sini?." Tanya Tengku Ashraf lagi.

"Abang. Kalau Mell tak buat research. Mesti awal-awal lagi Mell dah datang sini. Kafe ni baru enam bulan dan cuma ada satu cawangan je dekat Malaysia." Ujarnya.

Tengku Ashraf mengeluh panjang dan berkata.

"Mell. Lima atau enam bulan bukannya sekejap. Boleh je jadi dia dah tak kerja dekat sini lagi. Sekarang cuba Mell tengok dekat dalam tu. Mell ada nampak dia ke?."

"Ya, memang betul Mell tak nampak pun dia dari tadi. Tapi mustahilkan kafe baru je buka enam bulan, dah bertukar pekerja." Ujarnya.

"Tak ada apa yang mustahil Mell." Ujar Tengku Ashraf.

Dia berdecit tidak puas hati. Namun belum sempat dia membuka mulut mahu menjawab. Tengku Ashraf terlebih dahulu berkata

"Kalau Mell nak tahu, Abang pun.. cari dia juga."

Dia berkerut dahi.

"Dan Abang yakin dia tak ada dekat sini. Sebab tak ada satu petunjuk pun yang mengatakan dia pernah ada dekat sini selain dari gambar yang Mell tunjuk tadi." Ujar Tengku Ashraf lagi.

Dia mengeluh kecil. Pasrah juga ada apabila Tengku Ashraf berkata demikian.

"Okey.. Bagi Mell cuba dulu. Mell datang jauh Abang..." Ujarnya.

Tengku Ashraf mengeluh kecil.

"Boleh. Tapi bukan sekarang!." Ujar Tengku Ashraf tegas.

Dia berkerut dahi memandang Tengku Ashraf.

"Sekarang ni Abang nak Mell pergi check in mana-mana hotel dulu. Berehat dulu. Tenangkan diri tu dulu. Serious Abang cakap. Mell nampak letih dan selekeh sangat sekarang ni." Ujar Tengku Ashraf.

Berkerut dahinya apabila Tengku Ashraf menyebutnya 'selekeh'.

"Ye ke?." Tanya dia tidak percaya.

"Iya... Abang yang tengok Mell. Abang tahulah. Pergilah check in hotel dulu. Nanti esok kita datang sini semula." Ujar Tengku Ashraf.

Dia mengeluh kecil. Seraya menunduk akur.

"Dah setahun kita tak jumpa dia Mell. Kita tak tahu macam mana keadaan dia sekarang. Abang tak nak Mell jumpa dia dalam keadaan Mell macam ni. Mell tengoklah mata Mell tu. Macam panda dah Abang tengok." Ujar Tengku Ashraf lagi.

Dia mengangkat kembali kepalanya memandang Tengku Ashraf.

"Dah jom. Kita pergi check in. Abang pun belum check in lagi ni." Ujar Tengku Ashraf.

_
SETELAH Mematikan lampu didalam kafe. Hanif terus kebelakang mengambil barang-barangnya. Namun langkah kakinya terhenti apabila terpandang Mariam teman sekerjanya yang sedang duduk termenung dimeja.

"Yam." Sergahnya. Tanpa tahu yang perbuatannya itu membuatkan Mariam terkejut.

"Kau ni kan!." Bentak Mariam sambil merenung tajam kearahnya.

Dia tersengih.

"Sorry. Saya tak sengaja." Ujarnya.

Mariam menjelingnya dan membuang pandangan kearah lain.

Dia berkerut dahi melihat air muka Mariam. Kerusi dihadapannya dia tarik sebelum duduk dihadapan Mariam.

"Awak kenapa ni?. Ada masalah ke?." Tanya dia prihatin.

Mariam memandangnya tajam. Namun tidak lama. Mariam merengus kasar dan bingkas bangun dari kerusi dan pergi.

Dia turut bangun, mengekori jejak Mariam.

"Yam..." Panggilnya meleret.

Dek kerana tidak dihiraukan oleh Mariam. Dia bertindak memegang pergelangan gadis itu.

Tindakannya memegang tangan Mariam itu, membuatkan Mariam terkejut. Mariam pantas menarik tangan yang dipegangnya dan menuding jari telunjuk kewajahnya.

"Kau jangan kurang ajar eah Hanif!." Tengking Mariam.

Berubah serta-merta air mukanya. Dia seakan baru tersedar akan apa yang baru dilakukannya.

"Saya minta maaf Yam. Saya tak sengaja. Saya tak ada niat nak kurang ajar dengan awak." Tuturnya sambil menundukkan kepalanya.

MARIAM Terdiam apabila melihat Hanif menunduk demikian. Tidak mahu memanjangkan cerita, dia mendengus kasar dan terus pergi membawa begnya keluar dari kafe.

Langkahnya laju diatur tanpa melihat ke kiri dan ke kanan pun. Dan kerana itu dia merempuh seorang yang sedang berdiri didekat pintu kafe.

Dia terkejut dan hampir sahaja terjatuh. Mujur dia dapat mengawal dirinya dari terjatuh.

"Sorry." Gumamnya sambil menundukkan sedikit kepalanya kearah orang yang dilanggarnya itu.

"It's ok." Suara garau itu berkata kepadanya.

Perlahan Mariam mengangkat kepalanya untuk melihat wajah pemilik suara. Dahinya berkerut serta merta apabila melihat wajah lelaki dihadapannya itu.

Ini bukan lelaki depan cafe, siang tadi ke?. Getusnya didalam hati.

TENGKU Ashraf turut sama berkerut dahi sambil melihat pakaian yang Mariam kenakan.

"Awak kerja dekat cafe ni ke?." Tanya dia sambil menunjuk kearah kafe dibelakang Mariam.

Mariam berkerut dahi sebelum menganggukkan kepalanya.

Bibir Tengku Ashraf segera melakar senyuman.

"Kalau macam tu, boleh saya bercakap dengan awak sekejap?." Tanya dia.

"Dekat dalam." Tambahnya lagi sebelum Mariam sempat menjawab.

Mariam berkerut dahi.

"Maaf. Tapi kami dah tutup cafe. Kita cakap dekat luar je lah." Tutur Mariam tersenyum.

Tengku Ashraf tersenyum senget. Seraya mengeluarkan bisnes kad miliknya dan menghulur kepada Mariam.

"Ini kad saya." Katanya.

Mariam berkerut dahi sambil mengambil kad dari tangan Tengku Ashraf.

'Tengku Ashraf Iskandar.

Chief Executive Officer Of Ashraf's Holding.'

Cis! Kau ingat aku kisah ke kau siapa?. Mariam berdecit didalam hati geram.

Dia memandang wajah Tengku Ashraf.

Tengku Ashraf tersenyum sambil mengangkat sebelah kening kepadanya.

"So macam mana?. Boleh kita bercakap dekat dalam?." Soal Tengku Ashraf kelihatan yakin.

Mariam menghulur kembali kad tersebut kepada Tengku Ashraf. Wajah yang tadi tersenyum hormat, telah berubah menjadi serius.

"Maaf Encik. Saya bukan owner cafe ni. Jadi saya tak boleh nak buat sesuka hati saya." Ujarnya.

"Okey. Kalau macam tu bagi saya nombor owner cafe ni. Biar saya cakap sendiri dengan dia." Ujar Tengku Ashraf.

Mariam berkerut dahi.

"Encik... Macam ni lah.. Dekat bawah ada banyak lagi cafe yang masih buka waktu ni. Apa kata kita bercakap dekat sana je." Tuturnya memberi cadangan.

"Tapi saya nak bercakap dengan awak dekat dalam cafe ni." Ujar Tengku Ashraf tetap dengan keputusannya.

Mariam jadi curiga melihatnya.

"Kejap. Saya tak faham. Kenapa encik beria-ia nak"

"Kenapa ni?." Sampuk Hanif yang baru keluar dari Kafe.

Mariam terdiam memandang Hanif. Begitu juga Tengku Ashraf.

"Siapa ni?." Dia bertanya kepada Mariam.

"Hanif Firdaus. Owner cafe ni." Jawab Mariam laju.

Tengku Ashraf mengangkat sebelah keningnya memandang Mariam.

"Owner cafe ni?." Soalnya tidak percaya.

Hanif yang terkejut mendengar jawapan Mariam. Memandang Mariam meminta penjelasan.

Mariam menghantar isyarat dengan matanya.

Tengku Ashraf berkerut dahi. Dia dapat melihat signal yang dihantar Mariam melalui mata. Namun belum sempat dia melihat mata lelaki yang tidak dia kenal itu.

"Ya, saya Hanif Firdaus. Owner cafe ni. Ada apa boleh saya bantu?." Ujar Hanif kepadanya.

Dia memandang wajah Hanif. Tidak semena-mena tawanya meledak.

Mariam dan Hanif berpandangan antara satu sama lain dengan dahi berkerut, apabila melihat dia ketawa.

"Apa yang kelakar sangat?." Soal Mariam tidak puas hati.

Dia berhenti tertawa. Seraya memandang Mariam dan Hanif bersilih berganti. Kemudian dia mengeluarkan telefon pintarnya dan menunjukkan gambar Hanif Firdaus kepada Hanif dan Mariam.

"Kalau awak Hanif Firdaus. Jadi lelaki dalam gambar ni siapa?." Soalnya sinis.

Membulat mata Hanif dan Mariam saat melihatnya. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Kenapa ni?." Satu suara garau menyapa mereka bertiga.

Mariam dan Hanif yang masih terkejut melihat gambar majikan mereka ditelefon Tengku Ashraf, bertambah terkejut apabila melihat majikan mereka itu tiba-tiba muncul disitu.

"Encik Firdaus." Gumam mereka serentak.

_
TENGKU Ashraf memandang sayu wajah Armell yang sedang menikmati sarapan dihadapannya itu.


Macam mana Abang nak cakap dengan Mell. Getusnya didalam hati.

Flashback.

"Hanif. Saya tak nak tanya kenapa awak bawa diri. Sebab saya tahu saya puncanya." Tuturnya dengan pandangan sayu.

Hanuf tersenyum menunduk dan kemudian berkata

"Sudah-sudahlah tu Tengku. Dah setahun dah pun berlalu. Saya dah tak peduli dah. Saya pun dah bahagia dengan kehidupan saya sekarang."

"Awak nak tipu siapa Hanif?. Mana mungkin awak bahagia hidup sendiri. Sedangkan awak tahu orang-orang yang awak sayang masih ada." Katanya.

Hanif memandangnya.

"Kalau nak difikirkan memang tak mungkin. Tapi tak apalah... Sebab saya pun dah terbiasa dengan kehidupan saya sekarang. Jadi Tengku tak perlulah nak rasa bersalah." Ujar Hanif.

"Dulu sebelum saya buat keputusan untuk pergi pun. Saya dah fikir masak-masak. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk semua." Tambah Hanif lagi.

"Habis tu macam mana dengan anak awak? Sofea?." Soalnya sengaja memetik nama Sofea untuk melihat reaksi Hanif

Hanif tersenyum sinis sebelum memandangnya dengan pandangan sayu.

"Apa yang saya boleh buat Tengku?. Saya bukan orang ternama macam Tengku dan Dato' Rashid. Saya tahu walau sedalam mana pun kasih saya pada anak saya. Saya tak mampu nak pertahankan dia untuk tetap ada disisi saya." Tutur Hanif.

Ucapan Hanif membuatkan dia merasa geram, kerana padanya itu adalah ucapan yang keluar dari mulut orang yang ego. Tetapi cuba berselindung dibelakang orang lain.

"Siapa yang kata macam tu?. Awak pun tak pernah cuba pertahankan dia kan?. Lepas apa yang Dato' Rashid cakap malam tu. Awak terus menyerah pergi macam tu je." Ujarnya.

"Pertahankan sesuatu yang mustahil dan biarkan maruah saya di injak berkali-kali?. Itu ke maksud Tengku?." Soal Hanif sinis.

Dia mengeluh panjang. Seraya menunduk.

"Sebab tu lah saya datang cari awak. Saya nak minta maaf atas apa yang dah berlaku antara kita." Tuturnya.

Hanif diam. Tidak memberi sebarang jawapan.

Dia memandang Hanif sayu.

"Mana awak nak lari Hanif?. Kl tu tempat awak. Baliklah... Saya yakin ramai yang sedang menanti kepulangan awak." Ujarnya.

Hanif tersenyum.

"Dah cukuplah Tengku. Saya dah move on. Dan saya pun dah boleh terima takdir andai Sofea tak tahu saya ni ayah kandung dia." Ujar Hanif.

Terkejut dia mendengar ucapan Hanif.

"Kejamnya awak Hanif. Apa salah Sofea?. Kenapa dia yang awak hukum?." Soalnya tidak puas hati dengan ucapan Hanif.

"Saya tahu memang saya kejam. Tapi bukan ini ke yang semua orang nak." Ujar Hanif sambil memandangnya tajam.

"Siapa orang tu?." Tanya dia untuk menguji Hanif.

Hanif terdiam.

"Saya?. Dato' Rashid?. Atau Armell sebenarnya yang awak maksudkan?." Soalnya sambil memandang tajam mata Hanif.

Hanif tersenyum memandangnya. Seraya berkata

"Saya kata semua, kecuali Mak dengan adik saya."

Dia diam. Benarlah lelaki itu pergi membawa diri bersama dengan rasa kecewa terhadap Armell.

"Baiklah... Kalau itu alasan awak tak nak balik. Saya boleh buat apakan?.." Tuturnya.

Melihat Hanif manggut-manggut sambil tersenyum. Lagi menambah rasa geramnya.

"Tapi sebelum saya balik. Saya nak pastikan satu perkara." Ujarnya.

"Perkara apa tu?. Serius bunyinya." Soal Hanif tersenyum.

"Awak dah tak cintakan Armell kan?." Soalnya.

Hanif tertawa kecil.

"Cinta dari orang hina macam saya ni, tak pernah layak pun untuk manusia yang sempurna macam dia. Tapi Tengku tak perlulah risau. Sebab saya dah tutup pintu hati saya ni untuk dia." Ujar Hanif.

"Adakah ini bermaksud, kalau dia datang untuk menagih cinta awak semula pun. Awak tak akan terima?." Soalnya cuba memberi petunjuk.

Hanif memandang tajam wajahnya.

"Saya menyesal sebab pernah cintakan dia. Dan kalau apa saya cakap ni tak cukup jelas. Biar saya jelaskan. Saya dah move on dan dah tak cintakan dia. Kalau ditakdirkan untuk saya mencintai mana-mana wanita lagi selepas ni. Perempuan tu bukanlah Armell Adriana." Ujar Hanif menekan bicara.

End Flashback.

Teringatkan ucapan Hanif semalam. Air matanya bergenang serta-merta. Namun cepat dia keringkan dengan jarinya.

"Abang.." Panggil Armell.

Dia memandang wajah Armell.

"Lepas makan ni. Kita terus pergi cafe semalam ya..." Tutur Armell.

"Mell. Abang rasa kita tak payahlah pergi.." Ujarnya.

Berkerut serta merta dahi Armell.

"Mell jangan salah faham. Abang bukan nak halang Mell mencuba. Tapi abang dah pergi dah dekat sana malam tadi." Ujar Tengku Ashraf.

"Abang pergi sana?." Soal Armell terkejut.

Dia mengangguk perlahan.

"Ya. Abang pergi minum dekat sana semalam. Abang pun ada berbual dan tanya dengan pekerja dekat cafe tu pasal dia. Tapi dia orang semua tak tahu. Abang siap tunjuk gambar lagi." Ujarnya.

Armell termenung sekejap dan kemudian menggeleng laju kepalanya sambil berkata.

"Tak mungkin!. Mell tak percaya!."

"Mell... Mell tak percayakan siapa?. Tak kan Abang nak tipu Mell." Ujar Tengku Ashraf.

Armell memandang tajam wajahnya. Air jernih sudah mulai kelihatan ditubir mata wanita itu.

"Ya.. Abang tak tipu Mell. Mell percayakan Abang. Tapi dia orang boleh je nak tipu abang." Ujar Armell sayu.

"Apa yang dia orang dapat kalau dia orang tipu abang?. Dia orang bukan kenal abang pun."

Armell menunduk dan mengalirkan air mata.

"Tak kisahlah apa pun Abang nak cakap. Tapi Mell tak percaya. Sebab Mell yakin Hanif ada dekat sana." Tutur Armell sayu.

"Mell... Tolonglah... Abang tak nak Mell malukan diri sendiri. Semalam abang dah tanya. Hari ni Mell pula. Nanti orang kata kita tak percaya pulak dekat dia orang." Ujarnya masih cuba menasihati Armell agar tidak pergi.

Armell terdiam. Air jernih masih mengalir membasahi pipi. Wajahnya Armell pandang sayu.

"Abang... Bagilah Mell cuba sekali. Mell tak nak balik tanpa buat apa-apa. Mell janji.. Kalau betul dia tak ada. Mell akan terus balik. Tapi bagilah Mell cuba. Kalau Abang malu, tak apa. Mell boleh pergi sendiri." Tutur Armell dengan air mata bercucuran.

Dia hilang kata-kata.

"Okeylah.. Kalau itu yang Mell nak. Abang boleh buat apa kan.. Tapi tak apa. Abang tak kisah. Abang boleh teman Mell." Ujarnya.

Armell tersenyum memandangnya.

"Thank you Abang." Ucap Armell.

Dia hanya membalasnya dengan senyum kelat sambil berkata dalam hati.

Hanif.. Aku harap sangat kau tak ada dekat kafe hari ni.

_
ARMELL Terus menapak tanpa tujuan dipersisiran pantai. Tidak hirau pun kesejukan angin malam dan juga angin laut yang terus menerpa pakaiannya.

Kalau awak tak ada dekat sini.. Awak ada dekat mana Hanif?. Gumamnya dalam hati.

Air mata yang tidak berhenti keluar, sesekali dikesat dengan tapak tangannya.

Flashback.

"Maafkan saya Cik. Kalau tak silap saya. Kawan Cik dah datang sini semalam, kan?. Dia tak ada bagitahu ke dekat Cik apa yang jadi semalam?."

Dia menunduk sebentar kepalanya, mendengar soalan barista perempuan dihadapannya ini.

"Ya. Memang dia ada bagitahu saya. Tapi saya yang tak percaya. Sebab tu lah saya sendiri datang sini nak tanya." Ujarnya.

Gadis itu berkerut dahi memandangnya.

"Kejap. Saya tak fahamlah. Maaflah saya bertanya. Sebenarnya siapa lelaki dalam gambar ni pada Cik ya?. Istimewa sangat ke dia pada Cik, sampaikan Cik sanggup susahkan diri datang sini, walaupun kawan Cik dah bagitahu dekat Cik."

Dia terdiam sebentar memandang wajah gadis itu.

"Ya. Sangat istimewa. Dia jantung saya!. Nadi saya!." Ujarnya dengan mata berkaca.

Gadis itu meletak kain lap ditangannya diatas meja, sekaligus menepuk kuat meja kaunter.

"Maafkan kami.. Kami tak kenal siapa lelaki dalam gambar tu!." Ujar gadis itu dan kemudian berpaling dan masuk kedalam.

End Flashback.

Saya tak tahu kenapa. Saya tak percaya bila dia kata dia tak kenal awak. Sebab hati saya dapat rasa yang awak memang ada dekat sini. Gumamnya didalam hati.

"Tapi dekat mana?." Gumam bibirnya.

_
HANIF Menghentikan keretanya dibahu jalan, tidak jauh dari rumah Pak Usop Atuk kepada Mariam.

Mariam berkerut dahi. Kerana biasanya Hanif akan menurunkannya betul-betul dihadapan rumah Atuknya.

"Kenapa kau turunkan aku dekat sini?." Soalnya memandang Hanif.

Hanif memandang kearahnya tajam.

"Sebab saya ada benda nak tanya awak."

Mariam memutarkan bebola matanya, malas. Seraya menyandarkan tubuhnya kasar.

"Nak tanya apa?." Soalnya tanpa memandang Hanif.

"Encik Firdaus pernah ke minta kita rahsiakan tentang dia pada orang lain?." Soal Hanif.

Mariam laju memaling kepalanya, memandang Hanif.

"Kejap. Aku tak faham. Kenapa tiba-tiba kau tanya macam ni?." Tanya dia.

"Sebab siang tadi." Ujar Hanif.

Mariam mengeluh malas. Dia membuang kembali pandangannya kearah lain.

"Hanif... Kau pun nampak kan dia datang dengan siapa." Ujarnya.

"Ya. Aku nampak. Dia datang dengan lelaki yang jumpa dengan Encik Firdaus semalam." Jawab Hanif.

Mariam kembali menoleh kearah Hanif.

"Itu apa maksudnya?. Mestilah kawan dia tak bagitahu perkara sebenar pada dia. Jadi bukan salah aku. Aku cuma tak nak masuk campur urusan orang lain." Ujarnya.

Hanif tertawa sinis.

"Yalah tu tak nak masuk campur. Macamlah saya tak tahu yang awak tu sebenarnya jealous!." Ujarnya.

Berkerut dahi Mariam mendengarnya.

"Jealous?. Apa maksud kau kata aku jealous?." Soal Mariam.

"Dahlah... Saya malas lagi nak cakap dengan awak pasal ni." Ujar Hanif. Seraya membawa kereta kejalan.

_
MESKI Bibirnya menidakkan perasaannya. Namun hatinya selalu berkata lain. Perasaan ini lah sebenarnya yang membuatkannya takut untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia takut kalau kepulangannya akan membuka lagi kisah lama, kerana nama Armell masih lagi mekar dihatinya.

Teringat ungkapan janji yang pernah dia dan wanita itu ucap sebelum ini. Tanpa sedar air matanya bergenang. Namun cepat-cepat diaengeringkannya dengan ibu jari.

Kau kena kuat Hanif. Tak kan lah disebabkan Tengku Ashraf datang sini. Kau dah berubah fikiran. Kau kena buang dia dari hati kau. Kau tak layak untuk dia. Gumamnya didalam hati.

Dia bangun dan membawa seliparnya. Langkahnya dibawa menyelusuri persisiran pantai.

Dan saat dia mengangkat kepalanya. Dia terkejut melihaf sosok seorang wanita yang sedang berjalan kearahnya.

Adakah ini bermaksud, kalau dia datang untuk menagih cinta awak semula pun. Awak tak akan terima?.

Kata-kata Tengku Ashraf semalam kembali menerjah kotak fikirannya.

Hatinya berpaling mahu pergi. Namun tubuhnya kaku saat melihat wanita itu. Apatah lagi wanita itu juga sudah melihatnya.

AIR Mata mengalir deras.

"Hanif." Bibir bergumam tanpa suara.

Dan tanpa berfikir panjang. Dia segera memeluk lelaki dihadapannya itu. Terlupa terus tentang batas antara mereka.

HANIF Terkedu dengan tindakan Armell. Selipar ditangannya terlepas saat Armell memeluknya.

"Armell!."

Pelukan ditubuhnya Armell leraikan serta-merta.

Dia melihat Tengku Ashraf melulu kearahnya dan Armell. Seraya menarik lengan armell dan membawa kebelakang. Seolah mencuba jauhkan Armell darinya. Mata lelaki itu tajam memandangnya

"Hanif. Saya tahu awak dah tak cintakan dia. Tapi tolong hormatkan dia sebagai seorang perempuan." Ujar lelaki itu lagi.

"Abang." Armell yang berada dibelakang Tengku Ashraf bersuara.

"Dan juga isteri saya." Tambah Tengku Ashraf lagi.

MEMBULAT Mata Armell mendengarnya. Namun belum sempat dia berkata apa-apa. Tengku Ashraf menarik tangannya pergi.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

____________________________________
Comment & Vote Please.

Continue Reading

You'll Also Like

620K 23.8K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
280K 13.5K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
39.2K 3.6K 37
3rd Tengku The Series Dua Hira. Anak yang 'tidak bertuah' yang menjadi cinderella tanpa rela dalam keluarga. "Kau ingat aku tauke balak ke apa? Asal...
239K 6.2K 58
Auni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Aba...