Jauh Dari Cinta. [E].

By ejaroses

188K 5.2K 593

Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Mil... More

Bab 1: Adakah Ini Pengakhirannya?.
Bab 2: Move On?.
Bab 3: Tengku Ashraf.
Bab 4: Pengganti?.
Bab 5: Pengikat Aku Dan Dia.
Bab 6: Kenyataan Yang Perih.
Bab 7: Permulaan.
Bab 8: Hanya Untuk Sofea.
Bab 9: Siapa Yang Lebih Terluka?.
Bab 10: Siapa Dia?.
Bab 11: Aku Terluka Lagi.
Bab 12: Salah Faham.
Bab 13: Kenapa Sekarang?.
Bab 14: Rasa Bersalah.
Bab 15: Hati Yang Telah Dilukai.
Bab 16: Tiada Lagi Harapan.
Bab 17: Milik Siapa Hati Ini?.
Bab 18: Milik Siapa Hati Ini?. II
Bab 19
Bab 20
Bab 21: Korban Perasaan.
Bab 22: Lembaran Baru.
Bab 23: 🤔
Bab 24: Hati Armell.
Bab 25: Dah Terlambat.
Bab 26: Tiada Jodoh?.
Bab 27: ✌
Bab 28: Setelah Semuanya Terbongkar.
Bab 29: Jalan Lain.
Bab 30: Tekanan Jiwa.
Bab 31: Hari Nikah.
Bab 32: Hati Seorang Lelaki.
Bab 33: 😶
Bab 34: Mulut Kata Lain, Hati Kata Lain.
Bab 35: Penjaga Hati.
Bab 36: Demi Dia.
Bab 37: 😣
Bab 38: [Tengku Ashraf & Ariana] & [Aiman & Nina]
Bab 39: A R I A N A & A S F I R A
Bab 40: Sahabat.
Bab 41: Tidak Mengharapkan Apa-Apa.
Bab 42: Aku Cintakan Dia.
Bab 43: Kacau.
Bab 44: Hilang Ingatan.
Bab 45: Hanif.
Bab 47: SETAHUN KEMUDIAN.
Bab 48: Separuh Hati.
Bab 49: Ego.
Bab 50: 'JAUH DARI CINTA'
EPILOG: DEKAT DENGAN CINTA.

Bab 46: Setelah Dia Pergi.

4.6K 147 14
By ejaroses

NINA Menarik beg besarnya keluar dari bilik. Email berhenti kerja sudah dia hantar minggu lepas.

Flashback.

Dia keluar dari biliknya dan menarik rapat pintu biliknya itu dari luar.

"Anep." Gumamnya terkejut sebaik berpaling kebelakang.

Hanif yang sedang duduk disofa. Segera bangun dan menghampirinya.

Dia menapak kebelakang.

"Kau buat apa dekat rumah aku?. Macam mana kau boleh masuk?." Soalnya gugup.

Hanif menatapnya tajam, seperti mahu menelannya.

"Apa kau dah buat Nina?!." Soal Hanif mengetap bibir.

"Ap.. Ap.. Apa aku dah buat?." Dia bertanya gagap.

"Jangan tipu aku Nina!. Cakap dengan aku apa kau dah buat?!." Tengking Hanif dihadapan wajahnya.

"Mana ada aku buat apa-apa." Ujarnya menafikan.

"Betul kau tak ada buat apa-apa?." Soal Hanif lagi, tetapi dengan ton suara rendah.

Dia diam. Tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng.

Namun tiba-tiba Hanif menyoal soalan yang dia tidak terfikir pun.

"Kereta kau mana?."

Dia diam. Jantungnya berdegup laju, takut kebenaran terungkap.

"Jawab aku Nina! Kereta kau mana?!." Tengking Hanif lagi.

Membuatkan bahunya sedikit terhenjut. Namun dia segera menunduk.

"Yang kau sibuk nak tahu mana kereta aku kenapa?." Balasnya cuba beriak seperti biasa.

Hanif tiba-tiba mencengkam kedua bahunya.

"Kau yang cuba culik anak aku kan?!."

Dia terkejut. Matanya terkebil-kebil memandang kedalam anak mata Hanif.

"Mana ada.." Jawabnya gugup.

"Jangan tipu aku Nina!." Tengking Hanif lagi.

Membuatkan dia terkedu. Namun matanya tidak beralih dari memandang mata tajam Hanif saat ini.

"Kau tahu yang kau akan buat aku bertambah benci dekat kau?!." Tutur Hanif mengetap bibir.

Hanif melepaskan bahunya dan berpaling ingin pergi.

"Ya!." Katanya meninggikan suara.

Hanif berhenti melangkah dan berpaling kembali kearahnya.

"Memang aku yang culik anak kau!." Ujarnya. Sejurus itu air mata mengalir membasahi pipinya.

Hanif kembali menghampirinya.

"Puas hati kau!. Itu yang kau nak dengar kan?!." Ujarnya pula menengking Hanif.

Mata berkaca Hanif memandang kedalam matanya.

"Kenapa kau buat macam tu Nina?." Soal lelaki itu lembut kepadanya.

"Sebab kau benci aku!. Kau tak cintakan aku!." Ujarnya meninggi suara.

Hanif terduduk mengalirkan air mata dihadapannya.

"Apa aku dah buat pada kau Nina?. Sampainya hati kau hancurkan aku macam ni sekali." Gumam lelaki itu.

"Lepas kau musnahkan hati aku.. Kau tak layak untuk bahagia Hanif." Tuturnya tanpa memandang Hanif yang terduduk dihadapannya.

Hanif membisu sambil terus mengalirkan air mata.

Dia berjalan kearah meja dan mengambil surat doktor yang telah renyuk dan melemparnya kewajah Hanif yang masih terduduk.

Hanif berkerut dahi dan memandang kearahnya.

"Kau baca tu!." Arahnya.

Hanif mengambil surat yang telah renyuk itu dan membetulkannya sebelum membaca.

Air matanya terus mengalir deras, melihat Hanif yang sedang membaca surat doktor tersebut.

Hanif bingkas berdiri, sambil matanya memandang sekilas kearah Nina.

"Nina kau?." Jelas wajah tidak percaya Hanif sekarang ini.

"Ya. Aku penghidap kanser hati tahap 4. Malam tu. Aku datang rumah kau. Cuba untuk bagitahu kau tentang penyakit aku. Tapi kau halau aku!. Kau hina aku!. Kau tahu betapa remuknya hati aku Hanif?. Bila orang yang selalu ada disaat aku memerlukan. Dah tak ambil kisah lagi pasal aku." Ujarnya bercucuran air mata.

Hanif tunduk, mengunci bibir.

"Ya... Aku mengaku salah aku. Sebab tu aku datang minta maaf. Aku tawarkan diri untuk baiki hubungan kau dengan bekas isteri kau.. Tapi kau tak nak.. Kau pilih untuk membenci dari memaafkan..." Ujarnya lagi.

Hanif mengangkat kepala, memandangnya.

"Aku tak akan maafkan kau Nina!." Ujar Hanif. Seraya berpaling darinya.

Dia hilang kata apabila melihat Hanif melangkah ingin pergi. Dia mengejar langkah Hanif dan duduk memaut kaki Hanif.

"Anep.. Tolonglah Anep... Tolong jangan benci aku. Bagilah aku rasa tenang sebelum aku mati. Kau tak kesian ke dekat aku?." Rayunya sambil mengalirkan air matanya.

Hanif melepaskan kaki dari dipeluknya dan berpaling kearahnya. Lelaki itu mencangkung dihadapannya.

"Betul kau nak aku maafkan kau?." Soal lelaki itu perlahan.

Dia mengangguk laju.

"Kau boleh buat apa sahaja yang aku suruh kau buat?." Tanya lelaki itu lagi.

Air matanya mengalir deras. Kepalanya diangguk lagi.

"Minta maaf pada Armell atas apa yang kau dah buat pada dia selama ni. Kau boleh buat?."

Dengan rasa berat hati. Dia menganggukkan kepalanya.

"Dan pergi mengaku kalau kau yang cuba culik Sofea semalam."

Dahinya berkerut mendengar permintaan kedua Hanif.

"Aku sakit Anep.." Ujarnya.

"Jadi apa masalahnya?." Soal Hanif.

"Kau nak suruh aku masuk lokap ke?." Soalnya dengan mata berkaca.

"Kan kau kata kau boleh buat apa sahaja asal aku maafkan kau." Ujar Hanif.

Dia terdiam. Kepalanya menunduk. Perit rasanya apabila mendengar Hanif berkata demikian.

"Baiklah.. Kalau itu yang kau nak. Aku akan buat." Jawabnya tetap menunduk.

"Ada lagi satu." Kata Hanif.

Dia mengangkat kembali kepalanya, memandang wajah Hanif.

"Aku tak nak jumpa kau lagi dan anggaplah yang kita tak pernah kenal pun antara satu sama lain."

Berkerut dahinya memandang wajah Hanif.

"Apa maksud kau?." Tanya dia.

"Sebab aku pun akan anggap yang kita tak pernah kenal. Hanya dengan cara tu je yang boleh buat aku maafkan kau Nina." Ujar Hanif mengalirkan air mata dihadapannya.

End Flashback.

Nina duduk diatas sofa. Sudah dua hari berlalu. Namun air matanya masih mengalir apabila teringatkannya.

Sedang dia sibuk melayan perasaannya. Dia mendengar suara orang memberi salam diluar rumahnya. Dia segera mengesat air mata dipipi dengan hujung baju yang dipakainya.

Dia berkerut dahi apabila melihat Dato' Rashid dan Armell yang sedang berdiri dihadapan pagar rumahnya.

SETELAH Dia mempersilakan Dato' Rashid dan Armell duduk. Dia juga melabuhkan punggung disofa berhadapan dengan mereka.

"Ada apa Dato' dengan Puan Armell datang kerumah saya ni?." Soalnya. Walaupun dia sudah tahu apa sebenarnya tujuan mereka datang kerumahnya.

Armell memutarkan mata jengkel, apabila Nina memanggilnya puan dihadapan Dato' Rashid.

Tak habis-habis nak berlakon. Getus hatinya.

"Kenapa awak buat semua ni?." Soal Dato' Rashid kepada Nina.

Nina tetap menunduk.

"Apa maksud Dato'?."

"Maksud apa lagi?. Jangan buat tak fahamlah Nina!. Saya dah muak tengok lakonan awak tahu tak?!." Lantang Armell bersuara.

Dia sudah lama bersabar dengan Nina. Hari ini sudah tiada apa lagi yang mahu dia takutkan. Kerana semuanya sudah terbongkar.

Nina mengangkat kepala. Dia memandang tajam wajah Armell.

Armell turut membalas tajam renungan Nina.

"Awak sengaja nak mainkan perasaan saya kan?. Awak culik anak saya?. Lepastu awak sendiri mengaku kalau awak yang culik dia!. Awak cuba nak ugut saya lagikan?!." Ujar Armell meninggi suara.

"Mell..." Dato' Rashid bersuara meleret.

Armell memandang kearah Dato' Rashid. Seraya mengeluh kecil. Mujur ada Dato' Rashid. Kalau tidak, sudah pasti dia tidak dapat mengawal kemarahannya.

"Saya minta maaf..."

Armell laju berpaling kembali kearah Nina.

Lakonan apa lagi ni?. Benaknya.

Nina menunduk.

"Kalau sebelum ni, mungkin saya cuma berniat nak ugut puan. Tapi malam tu. Niat saya bukan sekadar nak ugut Puan."

Armell berkerut dahi.

Nina mengangkat kembali kepalanya, memandang Armell.

"Saya nak hancurkan Puan dan Hanif."

Tergamam Armell dan Dato' Rashid mendengarnya.

Air mata mulai bergenang dikelopak mata Nina.

"Tapi kebodohan saya, buatkan saya gagal untuk bawa Sofea pergi dari Puan dan Hanif."

Bergenang serta merta air mata Armell mendengarnya.

"Apa dosa saya pada awak Nina?." Gumam bibirnya tanpa sedar.

Nina segera menunduk. Kepalanya digeleng perlahan.

"Puan tak berdosa pada saya. Tapi saya yang berdosa pada Puan." Tuturnya.

Armell berkerut dahi.

"Saya terlalu mendambakan perhatian dari Hanif. Saya sanggup buat apa sahaja. Asalkan dia jadi milik saya." Ujar Nina tetap menunduk.

"Atau sekurang-kurangnya... Dia tak jadi milik orang lain." Tambahnya lagi.

"Habistu apa kaitannya lagi dengan saya?. Awak culik anak saya semasa hari pernikahan saya dengan lelaki lain!. Awak ganggu majlis saya. Bukan ke itu sama je macam awak bagi peluang untuk saya dan Hanif bersama lagi!.." Ujar Armell.

"Dah terlambat Puan." Jawab Nina.

"Apa maksud awak?." Soal Armell tidak mengerti.

Nina mengangkat kepalanya. Air mata bercucuran jatuh membasahi pipinya. Matanya merenung tajam wajah Armell.

"Sebab dia bencikan aku!." Teriaknya sekuat hati.

Membulat mata Dato' Rashid memandang Nina.

Armell bingkas berdiri.

"Itu bukan masalah aku kalau dia bencikan kau Nina!. Kau yang buat dia benci kau!." Tengking Armell sambil menuding jari kewajah Nina.

Nina turut bangun.

"Dia benci aku sebab dia cintakan kau Armell!."

Dato' Rashid turut berdiri. Bahu Armell dia pegang, cuba menenangkan anaknya itu.

"Aku tahu!. Walaupun mulut dia kata yang dia dah tak cintakan kau!. Tapi mata dia tak pernah menipu. Dari mata dia aku boleh nampak betapa dalamnya cinta dia untuk kau!." Ujar Nina.

Armell tergamam mendengarnya.

"Tapi kau tu buta!. Kau tak pernah hargai cinta dia!. Kau lukakan dia berkali-kali Armell.." Ujar Nina lagi.

Seraya menjatuhkan dirinya dihadapan Armell.

"Aku menyerah Armell.. Aku menyerah... Aku kalah dengan kau..." Tuturnya bercucuran air mata.

_
AINI Duduk termenung sendiri dimeja makan.

Flashback.

"Mak... Mak..."

Dia yang sedang sibuk menyiapkan barang untuk sarapan pagi, terkejut apabila melihat Huda masuk kedapur sambil menangis-nangis.

"Adik." Gumamnya menghampiri Huda.

"Kenapa ni?." Tanya dia lembut.

"Along dah pergi Mak."

Bagai mahu luruh jantung mendengarnya.

"Adik cakap apa ni?." Soalnya cuba berfikir positif.

"Ni. Cuba Mak baca ni." Huda menghulurkan lipatan kertas kepadanya.

End Flashback.

Menyedari air mata yang mengalir membasahi pipinya. Aini segera mengesatnya dengan lengan baju kurung yang dipakainya.

Along... Walaupun Mak terkilan dengan keputusan Along yang bawa diri tanpa jumpa Mak dulu. Mak tetap akan doakan Along. Mak harap Along sentiasa didalam rahmat dan petunjuknya, walau dimana pun Along berada nak..

DIBALIK Pintu. Ariana melepaskan keluhan kecil melihat Aini.

"How could you Hanif?. Kesian Mak cik.." Gumamnya.

_
ARMELL Memandang satu-satu wajah mereka yang berada diruang tamu rumah keluarganya.

Tengku Abdul Aziz, Che' Puan Latifah dan Tengku Ashraf juga ada bersama.

Tadi Dato' Rashid bapanya memberitahu yang mereka datang kesini untuk menjernihkan semuanya.

***

DIA Memeluk tubuh, memandang kearah langit malam yang gelap. Air matanya sudah kering untuk menangisi jalan berliku dalam hidupnya.

"Mell..."

Dia diam. Tidak pun menoleh. Dia tahu pasti, itu ialah Tengku Ashraf.

Tengku Ashraf berdiri disisinya.

"Mell buat apa sorang-sorang dekat luar ni?." Soal lelaki itu.

Dia tersenyum.

"Ambil angin. Dekat dalam panas." Jawabnya

TENGKU Ashraf mengeluh kecil mendengar jawapan Armell.

"Abang minta maaf." Katanya.

Armell menoleh kearah Tengku Ashraf.

"Untuk apa?."

"Untuk semuanya." Jawab Tengku Ashraf turut memandang Armell.

Armell tersenyum senget. Seraya memandang kembali kearah langit.

"Apa plan Mell lepas ni?." Tanya Tengku Ashraf.

Armell menjungkitkan kedua bahunya.

Mereka membisu seketika.

"Mell tak nak cari Hanif?." Tanya Tengku Ashraf.

Armell pantas menoleh kearah Tengku Ashraf. Terkejut dengan soalan yang diajukan. Namun dia cepat mengawal riak wajahnya.

"Buat apa Mell nak cari dia?." Tanya dia.

"Kan Mell masih cintakan dia." Ujar Tengku Ashraf.

"Cinta." Gumam Armell sambil tersenyum sinis.

Tengku Ashraf mengangkat sebelah kening memandang Armell.

"Layak lagi Mell untuk mencintai lelaki macam dia Abang?." Soal Armell.

Tengku Ashraf berkerut dahi.

"Kenapa Mell cakap macam tu?."

Armell segera menunduk.

"Mell dah pilih Abang." Jawabnya.

Berubah air muka Tengku Ashraf mendengarnya.

"Maksud Mell?. Mell dah jatuh cinta pada Abang?." Soal Tengku Ashraf gelabah.

Armell tersenyum mendengarnya

"Mell tak gila lagi nak jatuh cinta dengan lelaki yang Mell anggap macam Abang sendiri." Ujarnya.

Tengku Ashraf menghela nafas lega. Seraya memandang Armell dan bertanya.

"Habistu kenapa Mell cakap Mell tak layak mencintai Hanif?."

Bergenang serta merta air mata Armell. Dia memandang kearah Tengku Ashraf.

"Abang tahu?. Lepas je Hanif tahu yang Mell ni masih cintakan dia... Dia terus ajak Mell rujuk semula.. Tapi keadaan masa tu tak mengizinkan. Dengan Hanif yang tunangan orang dan Abang yang tengah tunggu jawapan dari Mell. Mell tersepit dan terpaksa tolak permintaan dia. Walaupun Mell juga nak kan perkara yang sama masa tu. Tapi Mell tak sampai hati nak biarkan orang lain terluka disebabkan sikap pentingkan diri Mell dan Hanif."

"Jadi sebab tu jugaklah Mell tipu Abang?." Tanya Tengku Ashraf.

Armell mengangkat sebelah keningnya, tidak mengerti.

"Mell kata Mell tak kenal Hanif. Sebab Mell nak jaga hati Abang jugak ke?." Tanya Tengku Ashraf.

Armell segera menunduk.

Tengku Ashraf meraup wajahnya dengan kedua tangannya. Melihat Armell dia sudah tahu jawapannya.

"Ya, Allah.. Mell... Abang betul-betul minta maaf pada Mell dan Hanif." Tuturnya merasa bersalah.

Armell berkerut dahi memandang Tengju Ashraf.

"Abang fikir penipuan Mell dan Hanif, buatkan Abang terpaksa sakiti Ariana. Tapi abang tak sedar Mell dan Hanif saling menyakiti perasaan antara satu sama lain, disebabkan Abang..  Abang betul-betul rasa bersalah.." Tutur Tengku Ashraf.

Armell tersenyum.

"Tak apa. Mell dah redha dengan apa yang jadi. Lagipun itu pilihan Mell." Gumamnya.

Tengku Ashraf laju menggeleng kepalanya.

"Tak Mell. Tolong jangan give up macam tu." Pintanya.

Armell berkerut dahi memandang Tengku Ashraf.

"Tolonglah Mell.. Abang tak akan maafkan diri Abang kalau Mell macam ni. Abang sayangkan Mell.. Abang nak tengok Mell bahagia... Mell layak untuk bahagia dengan Hanif.." Tutur Tengku Ashraf merayu.

Armell merasakan bahang pada matanya saat mendengar tutur bicara Tengku Ashraf.

"Abang Ash." Gumamnya sayu.

Ya, dia rindukan Tengku Ashraf yang ini. Tengku Ashraf yang menuntut bahagianya, bukan hatinya.

"Baiklah... Mell tak akan give up. Tapi dengan syarat." Tuturnya.

Tengku Ashraf berkerut dahi.

"Apa syaratnya?."

"Mell nak Abang sentiasa ada dengan Mell sepanjang perjalanan Mell untuk memperjuangkan cinta Mell dan Hanif."

Tengku Ashraf tersenyum. Seraya mengangguk laju.

"Abang janji." Katanya.

Armell tersenyum dan kembali memandang langit.

"Jadi bila kita nak pergi cari Hanif?."

Armell berkerut dahi.

"Abang ni. Beria nak cari dia buat apa?. Dia bukannya lari mana pun. Ada je dekat rumah dia tu." Ujar Armell sambil tertawa kecil.

Tengku Ashraf terdiam apabila melihat wajah santai Armell.

"Mell. Tak tahu lagi ke?." Tanya dia.

Armell memandang kearah Tengku Ashraf.

"Tahu apa?." Tanya Armell.

Tengku Ashraf segera menunduk. Serba salah mahu memberitahu.

Armell berkerut dahi.

"Abang." Panggilnya.

Tengku Ashraf kembali memandang Armell.

"Tahu apa?." Tanya Armell.

Tengku Ashraf melepaskan keluhan kecil.

"Hanif dah pergi dari rumah dia."

Berubah serta-merta air muka Armell mendengarnya.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

____________________________________
Comment & Vote Please.

Continue Reading

You'll Also Like

549K 15.3K 25
Sara Irdina dan Haridz Hakimi disatukan kerana satu insiden. Perkahwinan mereka terjadi hanya kerana perangkap rakan baiknya sendiri. Sakit hati tid...
610K 23.3K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
83.6K 7.3K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
272K 13.3K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...