Jauh Dari Cinta. [E].

بواسطة ejaroses

188K 5.2K 593

Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Mil... المزيد

Bab 1: Adakah Ini Pengakhirannya?.
Bab 2: Move On?.
Bab 3: Tengku Ashraf.
Bab 4: Pengganti?.
Bab 5: Pengikat Aku Dan Dia.
Bab 6: Kenyataan Yang Perih.
Bab 7: Permulaan.
Bab 8: Hanya Untuk Sofea.
Bab 9: Siapa Yang Lebih Terluka?.
Bab 10: Siapa Dia?.
Bab 11: Aku Terluka Lagi.
Bab 12: Salah Faham.
Bab 13: Kenapa Sekarang?.
Bab 14: Rasa Bersalah.
Bab 15: Hati Yang Telah Dilukai.
Bab 16: Tiada Lagi Harapan.
Bab 17: Milik Siapa Hati Ini?.
Bab 18: Milik Siapa Hati Ini?. II
Bab 19
Bab 20
Bab 21: Korban Perasaan.
Bab 22: Lembaran Baru.
Bab 23: 🤔
Bab 24: Hati Armell.
Bab 25: Dah Terlambat.
Bab 26: Tiada Jodoh?.
Bab 27: ✌
Bab 28: Setelah Semuanya Terbongkar.
Bab 29: Jalan Lain.
Bab 30: Tekanan Jiwa.
Bab 31: Hari Nikah.
Bab 32: Hati Seorang Lelaki.
Bab 33: 😶
Bab 34: Mulut Kata Lain, Hati Kata Lain.
Bab 35: Penjaga Hati.
Bab 36: Demi Dia.
Bab 37: 😣
Bab 38: [Tengku Ashraf & Ariana] & [Aiman & Nina]
Bab 39: A R I A N A & A S F I R A
Bab 40: Sahabat.
Bab 42: Aku Cintakan Dia.
Bab 43: Kacau.
Bab 44: Hilang Ingatan.
Bab 45: Hanif.
Bab 46: Setelah Dia Pergi.
Bab 47: SETAHUN KEMUDIAN.
Bab 48: Separuh Hati.
Bab 49: Ego.
Bab 50: 'JAUH DARI CINTA'
EPILOG: DEKAT DENGAN CINTA.

Bab 41: Tidak Mengharapkan Apa-Apa.

2.7K 108 16
بواسطة ejaroses

WHATSAPP

Keluar jumpa saya.

Saya ada depan rumah awak.

HANIF Berkerut dahi membaca pesanan whatsapp dari Tengku Ashraf.

Pelik. Ada apa nak jumpa aku malam-malam. Siap datang rumah lagi. Ke dia dah tahu yang Ariana ada dekat sini. Gumam Hanif dalam hatinya.

Dia melihat kearah Ariana yang sedang makan malam bersama Huda dekat meja, langsung tidak perasan dia yang memandang. Melihat Ariana demikian, dia bingkas bangun dari sofa dan keluar dari rumah.

HANIF Melihat dari jauh Tengku Ashraf yang sedang diri berpeluk tubuh, sambil bersandar dekat kereta.

Dia mengeluh panjang. Kalau tidak mengenangkan lelaki itu ialah majikannya. Memang dia tidak mahu bertemu lelaki itu. Pengecut dan mementingkan diri. Itulah yang ada difikirannya jika ada yang bertanya kepadanya siapa Tengku Ashraf.

Kini dia benar-benar sudah hampir dengan Tengku Ashraf. Dia berdehem untuk menyedarkan lelaki itu akan kehadirannya.

Tengku Ashraf menoleh kearahnya.

"Tengku nak jumpa saya?." Tanya dia formal.

TENGKU Ashraf yang sedang bersandar dekat keretanya, menegakkan tubuh dan berdiri tegak menghadap Hanif.

"Ya. Saya nak jumpa awak." Katanya sambil memegang tangan kanannya yang berbalut.

Hanif berkerut dahi melihatnya.

"Kenapa dengan tangan Tengku?." Tanya dia gagap.

Tengku Ashraf melihat tangannya, seraya tersenyum memandang Hanif.

"Saya tumbuk cermin bilik air dekat rumah saya.." Jawabnya bersahaja.

Hanif terdiam. Dia ni psyco ke apa?. Tak reti nak cover langsung ke?. Getus hatinya.

Tengku Ashraf tersenyum melihat air muka Hanif.

"Tapi ke" Hanif terdiam.

Rasanya tak perlu aku tanya kot. Getusnya dalam hati.

Ehem... Dia berdehem, dan memandang wajah Tengku Ashraf.

"Tengku nak jumpa saya. Ada apa?." Tanya dia.

Tengku Ashraf tersenyum. Dia melirik kearah kereta Mazda Silver milik Ariana yang terparking tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

Hanif menelan air liurnya, pahit. Jelas sekali Tengku Ashraf sudah mengetahui tentang keberadaan Ariana dirumahnya.

Tengku Ashraf memandangnya. Kali ini pandangannya tajam, menikam anak mata Hanif. Bibirnya turut diketap menandakan yang dia marah.

"Saya rasa awak tahu kenapa saya nak jumpa awak." Ujarnya.

Hanif segera menunduk.

"Maaf Tengku. Saya tak tahu kenapa Tengku datang sini." Katanya.

Aku nak tengok Tengku Ashraf. Kau nak mengaku ke dengan aku yang kau datang sini untuk cari Ariana. Benak Hanif.

Tengku Ashraf menggepal tangannya geram.

"Ariana tak ramai kenalan. Tapi saya pasti dia kenal awak." Tutur Tengku Ashraf

Hanif memandang wajah Tengku Ashraf.

"Jadi?." Dia berpura tanya.

"Dia ada dekat rumah awak kan?." Tanya Tengku Ashraf masih cuba mengawal emosinya.

Hanif memandang lama wajah Tengku Ashraf sebelum menjawab.

"Kalau ada. Kenapa?."

Sengaja Hanif berkata demikian, mahu menguji Tengku Ashraf.

Tengku Ashraf tertawa kecil. Dia membuang pandangan kearah lain, sebelum kembali memandang Hanif tajam.

"Awak dah tahu dia siapakan?." Soalnya.

"Ariana." Jawab Hanif.

"That's not what I meant." Ujar Tengku Ashraf.

"Habistu apa?." Tanya Hanif lagi.

Tengku Ashraf mengetap bibir geram.

"She's my wife Hanif!." Tengkingnya.

Hanif terdiam. Akhirnya. Kau mengaku jugak. Benaknya.

"Awak tahukan Hanif?. Dia dah bagitahu awak kan?!." Soal Tengku Ashraf emosi, Namun masih tetap cuba mengawal amarahnya, agar tidak mengeluarkan kata kasar seperti tempoh hari.

Hanif menghela nafas panjang, sebelum mengangguk perlahan.

"Habistu kenapa awak diam Hanif?. I'm your boss. Awak sepatutnya bagitahu saya. Bukannya bersubahat dengan dia." Ujar Tengku Ashraf. Seraya memandang kearah lain dan tertawa, sebelum mengeringkan air dikelopak matanya dengan tangan.

Hanif terdiam melihatnya.

Tengku Ashraf menoleh kearah Hanif. Dia tersenyum.

"Saya dah tahu kenapa. Awak sebenarnya sukakan dia kan?." Ujar Tengku Ashraf.

Berubah air muka Hanif mendengar andaian yang dibuat Tengku Ashraf.

"Awak tipu saya kan Hanif? Bila awak kata awak dengan dia cuma kawan je. Awak tipukan?. Awak simpan hati pada dia kan." Ujar Tengku Ashraf lagi dengan mata berkaca.

"Tengku. Bukan macam tu." Ujar Hanif cuba menafikan.

"Cukuplah Hanif. Saya tahu. Saya mengaku salah saya. Saya tak sepatutnya kahwin dengan dia. Sedangkan saya dah ada bakal isteri." Tutur Tengku Ashraf.

Hanif terdiam.

"Saya minta maaf. Saya buat keputusan tanpa fikir dulu." Ujar Tengku Ashraf lagi.

"Tengku!." Hanif bersuara tegas. Tidak suka Tengku Ashraf terus-terusan menganggap dia menyukai Ariana.

Mata berkaca Tengku Ashraf memandang mata Hanif.

"Ariana datang rumah saya, sebab dia dah tak ada tempat nak pergi. Dia tinggalkan ibu dia sebab nak kahwin dengan Tengku. Dan Tengku pula tinggalkan dia disebabkan dia bagitahu ibu dia tentang perkahwinan rahsia Tengku dengan dia. Dia balik rumah ibu dia. Tapi ibu dah balik Spain, siap bawa Yuna sekali." Ujar Hanif.

Tengku Ashraf terdiam.

"Akaun bank dia. Pun ibu dia sekat. Sebab ibu dia kecewa dengan keputusan yang dia buat. Saya ni. Cuma tolong dia je. Masa dia datang rumah saya mula-mula. Saya pun tak sedia nak tolong dia. Saya suruh dia jumpa Tengku, dan bincang baik-baik." Ujar Hanif lagi.

"Tapi dia yang tak nak. Dia kata dia tak sedia lagi nak jumpa Tengku. Dan sebab itulah saya sedia nak tolong dia. Saya tahu dia tak akan jumpa Tengku. Jadi lebih baik dia duduk dekat rumah saya. Sekurang-kurangnya saya tahu dia selamat dekat sini. Tak adalah saya rasa bersalah kalau ada apa-apa jadi dekat dia." Tambah Hanif lagi.

"Habistu kenapa awak diam je?. Kenapa awak tak bagitahu saya?." Tanya Tengku Ashraf.

"Itu permintaan Ariana. Lagipun Tengku tak ada tanya saya apa-apa." Ujar Hanif.

"Kalau betul awak tak ada hati pada dia. Kenapa tiba-tiba awak tak jadi kahwin?." Tanya Tengku Ashraf.

Hanif mengeluh kecil. Nampaknya dia benar-benar sudah tersepit ditengah-tengah hubungan Tengku Ashraf dan Ariana. Cuma ada dua pilihan ketika ini. Bercakap jujur atau pun cipta masalah baru dengan cara menipu.

"Hanif. Saya tanya awak. Kalau betul awak tak ada hati pada Ariana. Kenapa awak tak jadi kahwin?." Tanya Tengku Ashraf mendesak.

Hanif memandang wajah Tengku Ashraf.

"Sebab saya tak move on lagi dari bekas isteri saya." Ujarnya berterus terang.

Tengku Ashraf berkerut dahi.

"Kejap. Bekas isteri?." Tanya dia terkejut.

"Tengku. Cuba Tengku check balik dalam resume kerja saya." Ujar Hanif.

Tengku Ashraf terdiam.

"Saya pun macam Tengku juga. Buat keputusan tanpa fikir panjang. Jadi Tengku tak payahlah risau. Sebab saya masih cintakan bekas isteri saya. Jadi tak mungkin saya jatuh cinta pada Ariana." Ujar Hanif lagi.

"Jadi awak sebenarnya cuma nak gunakan perempuan tu untuk move on dari bekas isteri awak?." Tanya Tengku Ashraf tiba-tiba tertarik dengan cerita Hanif.

Hanif sekadar mengangguk.

"Mana bekas isteri awak sekarang?." Tanya Tengku Ashraf.

"Dia dah nak berkahwin dengan lelaki pilihan dia." Jawab Hanif jujur.

Tengku Ashraf berkerut dahi.

"Kenapa awak tak pernah cerita pasal ni?." Soal Tengku Ashraf keliru.

"Sebab saya tak suka cerita hal peribadi saya pada sesiapa." Ujar Hanif.

"Jadi kenapa awak cerita pada saya sekarang?." Tanya Tengku Ashraf lagi.

"Saya terpaksa. Sebab saya tak nak Tengku terus berfikir yang saya sukakan Ariana." Ujar Hanif.

Tengku Ashraf terdiam. Menunduk.

Hanif berkerut dahi. Dia keliru melihat cara Tengku Ashraf. Sebelum ini lelaki itu bersungguh-sungguh mahu mendapatkan Armell. Tetapi kini apabila Armell sudah berada digenggamannya. Mengapa dia kelihatan seperti tidak tertarik lagi pada Armell?. Dan kalau benar dia sudah tidak cintakan Armell?. Mengapa dia masih mahu meneruskan perkahwinan dengan Armell?. Ariana pula?. Apakah perasaan sebenarnya pada wanita itu?. Mengapa dia menikahi wanita itu. Mungkinkah Tengku Ashraf mencintai dua wanita dalam satu masa?. Berbagai-bagai soalan terlintas dibenaknya.

Ehem... Tengku Ashraf berdehem. Seraya berkata.

"Jadi saya tak perlulah lepaskan Ariana kan.."

Hanif berkerut dahi.

"Jadi kalau saya kata saya cintakan Ariana. Tengku akan lepaskan dia lah?." Tanya Hanif menduga Tengku Ashraf.

Tengku Ashraf menganggukkan kepalanya.

Terkejut Hanif melihatnya.

"Awak dah banyak tolong saya Hanif. Awak yang tolong saya tackle bakal isteri saya. Saya tak akan lupa jasa awak tu." Ujar Tengku Ashraf.

Hanif semakin tak mengerti mendengarnya.

Tengku Ashraf tersenyum. Seraya menepuk perlahan bahu Hanif.

"Saya harap awak dapat rahsiakan perkara ni. Sebab saya nak perkahwinan saya dengan Ariana terus menjadi rahsia." Ujar Tengku Ashraf.

Hanif diam.

Tengku Ashraf tersenyum.

"Saya balik dulu." Ujarnya, seraya berpaling ingin pergi.

Tidak puas hati dengan apa yang dikatakan Tengku Ashraf.

"Tengku." Panggil Hanif.

Tengku Ashraf menoleh kembali kearah Hanif.

"Tengku tak boleh buat Ariana macam ni. Saya bercakap sebagai seorang kawan pada Ariana." Tutur Hanif.

"Jadi awak kesiankan Ariana?."

"Tengku tak rasa bersalah ke?. Ibu dia buang dia disebabkan Tengku."

"Salah dia. Sebab pilih saya daripada ibu dia. Kalau saya tahu dia dah bagitahu ibu dia. Saya tak akan kahwin dengan dia." Ujar Tengku Ashraf.

Tinggi betul ego kau Tengku Ashraf. Mentang-mentang aku bagitahu yang aku masih cintakan bekas isteri aku. Kau terus tak kisah. Okey. Kita tengok tinggi mana ego kau tu boleh pergi. Gumam hati Hanif geram.

"Kalau macam tu lepaskan dia." Ujar Hanif.

Berkerut dahi Tengku Ashraf. Dia menghampiri Hanif.

"Saya cuma akan lepaskan dia untuk awak Hanif." Ujar Tengku Ashraf.

"Kalau macam tu lepaskan dia untuk saya. Cinta boleh dipupuk selepas menikah kan?." Ujar Hanif mencabar.

Tengku Ashraf tertawa sinis. Seraya berkata

"Then panggil dia keluar. Saya nak awak jadi saksi saya lafazkan talak pada dia."

"Kenapa Tengku kena jadi sekejam ni?." Soal Hanif perlahan. Namun cukup jelas ditelinga Tengku Ashraf.

"Sebab cinta tak bermakna kita kena abdikan diri kita pada seorang perempuan Hanif." Ujar Tengku Ashraf.

Hanif hilang kata-kata.

"Awak masih nak saya lepaskan Ariana untuk awak?." Soal Tengku Ashraf.

Hanif memandang tajam wajah Tengku Ashraf. Benci?. Ya. Sekarang dia merasa benci dengan lelaki itu.

Saya janji dengan awak. Ini yang terakhir. Lepas ni saya tak akan masuk campur lagi hal dia. Saya cuma nak awak bagitahu dia tentang status Tengku Ashraf. Supaya dia boleh pertimbangkan keputusan dia untuk kahwin dengan lelaki tu.

Dia teringat apa yang dia katakan kepada Asfira kelmarin.

Tak. Bukan pertimbangkan. Tapi aku akan pastikan Armell tak kahwin dengan kau. Gumamnya didalam hati.

Dan Ariana?. Andaikan sahaja wanita itu bukan isteri kau. Aku pun akan cuba jauhkan dia dari kau.

Hanif mengetap bibir geram. Seraya berpaling pergi meninggalkan Tengku Ashraf.

***

MELIHAT Ariana diluar rumah. Hanif memperlahankan langkahnya. Dia masuk dan mengunci pagar.

"You buat apa dekat luar malam-malam ni?." Tanya dia.

"Cari you lah. You pergi mana?." Jawab Ariana, sekaligus bertanya.

Hanif terdiam. Mengingat apa yang baru terjadi sebentar tadi. Benar-benar membuatnya sakit hati. Menyesal pula dia memberitahu Tengku Ashraf tentang perasaan sebenarnya.

"Hey!.. You dengar tak i tanya ni?." Soal Ariana mematikan lamunannya.

Dia memandang wajah Ariana. You memang bodoh Ariana. Gumamnya didalam hati. Seraya menjeling Ariana dan berlalu masuk kedalam rumah.

Ariana berkerut dahi.

"What happen to him?." Getusnya sendiri.

_
TENGKU Ashraf menjerit sekuat hatinya.

Baju nikah yang akan dipakainya sabtu ini. Dipandang kosong. Air matanya bercucuran jatuh membasahi pipinya.

Aku nak setia pada Ariana. Tapi aku dah terlanjur sakiti dia. Aku dah terlanjur beri harapan pada Armell, sebelum aku pasti perasaan sebenar aku. Bodohnya kau Ashraf. Raungnya sendiri.

_
HANIF Termenung dimeja kerjanya.

"Agak-agak Fira dah bagitahu Armell ke pasal ni?." Getusnya perlahan.

Sebab cinta tak bermakna kita kena abdikan diri kita pada seorang perempuan Hanif.

Hanif berdecit geram apabila teringatkan kata-kata Tengku Ashraf semalam.

_

ARMELL Tidak senang duduk. Hatinya gusar. Esok dia akan menikah. Tapi dia masih belum memberitahu Tengku Ashraf perkara sebenar. Dia takut kalau sampai Nina yang memberitahu lelaki itu terlebih dahulu.

Dia akan pecat Hanif ke?. Tak mungkin. Itu tak matang namanya. Hanif staf kesayangan dia. Mesti dia kecewa sebab Hanif tipu dia. Tambah pula aku pun menipu dia.

Ahh... Ini semua kerana Nina mengugutnya. Kalau tidak. Dia tidak perlu segusar ini.

Dia mencapai telefonnya dan mendail nombor telefon Aiman. Tidak lama menunggu ditalian, Aiman menjawab panggilannya.

"Assalamualaikum." Sapa Aiman dari dalam talian.

"Waalaikumsalam. Aiman."

"Kak Mell." Aiman.

"Aiman macam mana?. Dah buat keputusan?." Tanya dia.

"Keputusan?. Keputusan apa?." Aiman.

"Sambung belajar?." Ujarnya mengingatkan

"Ouh... Ya.  Saya sambung pelajaran dekat UTM Terengganu." Aiman.

Dia berkerut dahi. Dia teringat apa yang Nina katakan padanya tempoh hari.

"Baguslah... Urm.. Kakak Aiman macam mana?." Tanya dia.

"Kakak saya pun akan ikut saya pindah sana." Aiman.

"Pindah sana?." Gumamnya terkejut. Dia teringat apa yang Nina katakan padanya tempoh hari.

Aku nak kau jumpa Aiman. Cakap balik dengan dia. Pergi sana tanpa aku. Kalau tidak aku akan bagitahu Tengku Ashraf siapa kau dengan Hanif sebenarnya!.

"Maaflah Kak Mell. Tak sempat nak bagitahu. Yalah.. Kak Mell tengah sibuk uruskan urusan perkahwinan Kak Mell kan. Saya tak nak ganggu Kak Mell." Aiman.

Dia segera tersenyum mendengarnya. Mujur Aiman tidak melihat wajahnya. Kalau tidak pasti Aiman akan merasa curiga dengannya.

"Tak apalah. Kak Mell faham. Ini Aiman bertolak ke sana bila?." Tanya dia, cuba berlagak biasa.

"Esok." Aiman.

Berkerut lagi dahi Armell mendengarnya. Cepatnya?. Jangan-jangan dia dah bagitahu Abang Ash?. Getus hatinya.

"Kak Mell." Ardell tiba-tiba tercegat dimuka pintu biliknya.

Armell melihat kearah Ardell.

Melihat Armell bercakap ditalian. Ardell memberi isyarat mulut.

Boleh Yana masuk?.

Armell mengangguk perlahan. Dia menepuk tempat kosong disebelahnya. Sambil bercakap dengan Aiman ditalian.

"Hmm... Kak Mell minta maaf tau sebab tak dapat nak jumpa Aiman sebelum Aiman pergi. Esok Kak Mell nikah. Aiman tahu kan?."

Berkerut dahi Ardell mendengar nama Aiman. Dia melabuhkan punggungnya disisi Armell.

"Tak ada apalah Kak Mell. Terima kasih pada Kak Mell sebab dah bagi semangat dekat saya." Aiman.

"Sama-sama." Armell tersenyum menjawabnya.

Ardell hanya diam, mendengar Armell bicara dengan Aiman ditalian.

"Aiman?." Soalnya kepada Armell sebaik talian dimatikan.

Armell tersenyum mengangguk.

"Sejak bila Akak rapat dengan dia?." Tanya Ardell.

"Dah lama jugak." Jawab Armell acuh tidak acuh.

Ardell manggut-manggut.

"Akak borak apa dengan dia?." Tanya dia.

"Tak ada apa. Tanya-tanya khabar. Esok dia dah nak ke Terengganu." Jawab Armell.

Melihat cara Ardell. Dia sudah tahu, pasti adiknya itu masih belum move on lagi. Mana tidaknya. Mereka putus bukan kerana ada masalah antara mereka. Tapi kerana masalah kakak kakak mereka. Armell tertawa geli hati.

Bukannya dia tidak mahu membantu atau pun tidak suka pada Aiman. Tetapi dia tahu yang hubungan mereka hanya akan menambah lagi masalah. Jadi lebih baik dibiarkan sahaja. Lagipula hubungan Ardell dengan Aiman pun, belum sejauh mana.

Tak apalah Yana. Lama-lama Yana okeylah tu. Gumam Armell didalam hatinya.

Melihat Ardell diam, tidak menjawab. Dia bertanya

"Yana okey tak ni?."

"Okey." Jawab Ardell tersenyum kelat.

"Hmm.. Yana biasanya datang bilik akak. Ada nak cakap sesuatu." Kata Armell.

"Tak ada nak cakap apa pun. Yana datang cuma nak spend masa dengan akak. Yalah esok kan akak dah nak nikah lagi." Tutur Ardell.

Armell tersenyum kelat. Ya, menikah lagi. Rasanya tiada yang salah dengan ayat itu. Tetapi mengapa dia terasa?.

_
HANIF Termenung sendiri. Cara dan kata-kata Tengku Ashraf semalam terus menghantui fikirannya.

Asfira?. Hmm... Gadis itu pun sama sahaja. Dia sudah pasti tidak memberitahu Armell lagi.

Esok Armell dah nak menikah dengan Tengku Ashraf. Patut ke kalau aku sendiri yang bagitahu?. Tapi apa pula Armell dan keluarga dia akan fikir nanti?.

Come on Hanif. Ini bukan masanya untuk kau fikir tentang pandangan orang pada kau. Tapi Armell. Episod sedih dia akan berulang lagi. Kalau dia tahu semua ni selepas dia menikah.

Tengku Ashraf. Ahh... Dia tidak dapat membaca lelaki itu. Dia fikir dia kenal lelaki itu. Tetapi tidak. Kerana dia sendiri pun tidak tahu apa yang lelaki itu mahukan. Sikap dan tuturnya berubah-ubah setiap masa.

Mengabaikannya?. Tidak mungkin aku membiarkan Armell yang akan terluka lagi. Cukuplah sekali aku mengabaikannya, sehingga dia terluka parah.

"Bodohnya kau Hanif. Kau sepatutnya dah tak payah fikir pasal dia. Dia dah tutup peluang untuk kau. Apa lagi yang kau harapkan dari dia?." Ujarnya memarahi diri sendiri.

Tak. Aku tak harapkan apa-apa. Ini yang terakhir. Lepastu aku nak move on. Dan tak nak ambil tahu lagi.

"Ini yang terakhir. Aku tak harapkan apa-apa." Ujarnya nekad.

TBC.

PS:

* Bab ni. Author tak double check. Jadi kalau ada ayat yang pelik. Info cepat.

* My Broken English (Please DM Me)

____________________________________Comment & Vote Please.

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

86.1K 7.4K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
143K 7.1K 21
Pertemuan selepas 5 tahun membawanya mengimbas kenangan luka. Dilepas secara tidak rela, ditinggalkan ketika masih mengharapkan secebis rasa belas da...
136K 12.3K 56
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
73.9K 2.2K 59
Hasya Qatrina vs Zill Farhan Zill dipandang tak berperasaan "I'm sorry sayang"ujar zill merayu. "Kalau sorry awak tu boleh buat apa yang kita hilan...