Jauh Dari Cinta. [E].

ejaroses tarafından

188K 5.2K 593

Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Mil... Daha Fazla

Bab 1: Adakah Ini Pengakhirannya?.
Bab 2: Move On?.
Bab 3: Tengku Ashraf.
Bab 4: Pengganti?.
Bab 5: Pengikat Aku Dan Dia.
Bab 6: Kenyataan Yang Perih.
Bab 7: Permulaan.
Bab 8: Hanya Untuk Sofea.
Bab 9: Siapa Yang Lebih Terluka?.
Bab 10: Siapa Dia?.
Bab 11: Aku Terluka Lagi.
Bab 12: Salah Faham.
Bab 13: Kenapa Sekarang?.
Bab 14: Rasa Bersalah.
Bab 15: Hati Yang Telah Dilukai.
Bab 16: Tiada Lagi Harapan.
Bab 17: Milik Siapa Hati Ini?.
Bab 18: Milik Siapa Hati Ini?. II
Bab 19
Bab 20
Bab 21: Korban Perasaan.
Bab 22: Lembaran Baru.
Bab 23: 🤔
Bab 24: Hati Armell.
Bab 25: Dah Terlambat.
Bab 26: Tiada Jodoh?.
Bab 27: ✌
Bab 28: Setelah Semuanya Terbongkar.
Bab 29: Jalan Lain.
Bab 30: Tekanan Jiwa.
Bab 31: Hari Nikah.
Bab 32: Hati Seorang Lelaki.
Bab 33: 😶
Bab 34: Mulut Kata Lain, Hati Kata Lain.
Bab 35: Penjaga Hati.
Bab 36: Demi Dia.
Bab 37: 😣
Bab 38: [Tengku Ashraf & Ariana] & [Aiman & Nina]
Bab 40: Sahabat.
Bab 41: Tidak Mengharapkan Apa-Apa.
Bab 42: Aku Cintakan Dia.
Bab 43: Kacau.
Bab 44: Hilang Ingatan.
Bab 45: Hanif.
Bab 46: Setelah Dia Pergi.
Bab 47: SETAHUN KEMUDIAN.
Bab 48: Separuh Hati.
Bab 49: Ego.
Bab 50: 'JAUH DARI CINTA'
EPILOG: DEKAT DENGAN CINTA.

Bab 39: A R I A N A & A S F I R A

2.8K 108 20
ejaroses tarafından

HANIF Berdiri membelakangi Ariana yang sedang duduk dibangku.

"Sorry lah Ariana. Tak ada kata lain yang paling sesuai untuk you ni selain dari bodoh." Ujarnya dengan menekankan ayat 'Bodoh'.

Ariana mengetap bibir geram.

"Hanif. I datang sini, bukan nak dengar you bodohkan i." Ujarnya kesal.

Hanif berpaling kearahnya.

"Habis you nak suruh i cakap apa?."

Ariana menunduk.

"Eeeh.. I tak faham betullah. Apa yang ada dalam kepala otak you hah?. You tahu Tengku Ashraf dah nak kahwin minggu ni. Tapi you tetap juga setuju untuk kahwin dengan dia. You ni tak ada perasaan ke?. You langsung tak fikir ke pasal bakal isteri dia?." Ujar Hanif bertalu-talu.

Ariana mencebik bibirnya.

"Ya. I tahu salah i. I pentingkan diri sendiri. I bodoh sebab percayakan janji manis Tengku Ashraf." Tuturnya tetap menunduk.

Hanif mengetap bibir geram.

"Tengok!."

"Tapi i dah menyesal." Tambah Ariana sebelum sempat Hanif membasuhnya lagi.

Hanif laju menggeleng kepalanya, tidak percaya dengan apa yang dikatakan Ariana.

"Dah terlambat untuk you menyesal sekarang Ariana." Ujarnya.

Ariana mengangkat kepalanya memandang Hanif.

"Dah terlambat?. Habistu apa i kena buat sekarang?." Tanya Ariana.

"Buat apa lagi?. You pergi balik rumah suami you lah." Ujar Hanif.

Ariana segera berdiri dan menghampiri Hanif.

"Hanif please... Jangan buat i macam ni. Hati i ni masih sakit lagi, bila dia tinggalkan i macam tu je pagi tadi." Tuturnya sayu.

Hanif berkerut dahi memandangnya.

Ariana memaut lengan Hanif.

Hanif yang terkejut dengan tindakan Ariana. Cepat-cepat menarik lengannya.

"You ni dah kenapa?. Mak, adik i nampak nanti. You nak jawab apa?." Ujarnya.

Ariana menundukkan kepalanya.

"I'm sorry. Tapi tolonglah.. I merayu pada you... Jangan paksa i jumpa dia. I tak sedia lagi nak jumpa dengan dia sekarang." Tuturnya sayu.

Hanif melepaskan keluhan kecil.

"Fine. Itu masalah you. Suka hati you lah. I tak nak paksa you. So sekarang ni you nak buat apa?." Tanya Hanif.

Ariana menunduk.

"Kalau i nak tumpang duduk rumah you seminggu boleh?." Tanya Ariana takut-takut.

"Duduk rumah i?. You gila ke?." Spontan Hanif berkata terkejut.

Ariana kembali mengangkat kepalanya.

"Hanif tolonglah... I tak minta lama pun. Seminggu je. Sementara i nak buat urusan pergi balik Spain. Lepastu kalau urusan i tak siap lagi. I janji i akan keluar dari rumah you." Tutur Ariana.

Hanif diam, dia memandang Ariana atas bawah. Biar betul perempuan ni?. Getus hatinya.

"Please..." Rayu Ariana dengan menyatukan kedua tangannya dihadapan muka.

"Hanif... I cuma ada you je sekarang ni. My mom, yuna. Mereka semua dah pergi tinggalkan i. Semua card bank i pun my mom block tau. Nasib baik i ada cash sikit." Tuturnya lagi, cuba meraih simpati Hanif.

"Tapi Ariana. You tu isteri orang tau. Kalau Tengku Ashraf dapat tahu, bukan ke nanti dia akan bertambah marah dekat you?." Ujar Hanif.

Dia sebenarnya merasa kasihan dengan Ariana. Namun apabila mengenangkan wanita itu ialah isteri orang. Dia jadi serba salah mahu menolongnya.

"I dah tak kisah dah kalau dia nak marah ke apa. Sebab i dah buat keputusan untuk bercerai dengan dia." Ujar Ariana.

Terkejut Hanif mendengarnya.

"Hey Ariana!. You ingat cerai ni perkara main-main ke?." Soalnya tegas.

"I tak main-main Hanif." Balas Ariana serius.

Hanif memandang kelangit. Matanya mula terasa bahang.

"You lebih baik tarik balik kata-kata you Ariana." Ujarnya.

Ariana berkerut dahi.

"Kenapa pulak i nak kena tarik kata-kata i?."

Flashback.

"I'm your wife now. But not after this! Sebab saya akan failkan penceraian." Ujar Armell.

Dia terkedu mendengarnya.

"Awak tengah cabar saya ke Armell?." Soalnya.

"Yes i dare you!. Buat apa awak nak teruskan hubungan ni kalau awak dah tak cintakan saya?." Ujar Armell lagi, seolah mencabar egonya.

"Awak dah tak percayakan saya Armell?." Soalnya lagi, cuba untuk memujuk hati. Dengan harapan Armell akan menarik kembali kata-kata.

Namun harapannya meleset apabila Armell berpaling darinya, sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"I don't trust you anymore." Ujar Armell.

Kali ini egonya benar-benar tercabar. Seraya mengetap bibirnya dan berkata

"Fine!. Terima kasih atas segalanya Armell. Saya jumpa awak dekat mahkamah."

***

"Armell Adriana Binti Abdul Rashid."

"Aku Hanif Firdaus Bin Abdul Ghani menceraikan kau dengan talak satu."

End Flashback.

"Sebab you akan menyesal nanti." Ujar Hanif menitiskan air matanya.

"No!. I tak akan menyesal!. I yakin dengan keputusan i kali ni." Ujar Ariana sambil memandang tepat kedalam mata Hanif.

Hanif memandang kearah Ariana. Air mata mengalir membasahi pipinya.

"Trust me Ariana. You akan menyesal. Lawan sikit ego you. Semuanya akan baik-baik je." Tutur Hanif.

"Maksud you. You nak i teruskan juga hubungan i dengan Tengku Ashraf?. You tak kesian dekat Armell ke?." Ujar Ariana dengan mata berkaca.

Hanif terdiam.

"I tahu you masih sayangkan Armell. Tapi you kena sedar Hanif. Armell dah pun pilih Tengku Ashraf. You nak dia terluka lagi ke?." Ujar Ariana lagi.

Hanif menghela nafas panjang. Seraya berkata

"Kenapa baru sekarang you nak fikir semua ni?."

Ariana berkerut dahi.

"You sepatutnya cakap semua ni sebelum you nikah dengan Tengku Ashraf. Bukan sekarang. Sebab sekarang ni i dah kenal siapa Tengku Ashraf. Jadi i tak akan biarkan Armell kahwin dengan lelaki macam dia." Ujar Hanif.

Ariana mengetap bibir geram.

"Armell! Armell! Armell!." Teriaknya dihadapan muka Hanif.

Hanif berkerut dahi memandangnya.

"Tengku Ashraf fikir pasal Armell!. You pun fikir pasal Armell!. Habis i ni macam mana?. Siapa yang nak fikir pasal i?." Ujar Ariana dengan air mata bercucuran.

Hanif mengeluh kecil.

"Ariana.. You tak boleh pentingkan diri sendiri. You dengan Tengku Ashraf yang mulakan. Jadi you dengan dia kena bertanggungjawab atas apa yang dah jadi." Ujar Hanif.

Ariana terdiam. Seraya menyeka air matanya dan mahu melangkah pergi.

"You nak pergi mana?." Tanya Hanif pelik.

"Nak balik. You bukan nak tolong i pun... Sama je dengan Tengku Ashraf. Tak habis-habis dengan Armell." Ujar Ariana. Seraya berlalu melepasi Hanif.

Hanif menunduk sambil mengurut-ngurut dahinya, kerana buntu. Dia menoleh kebelakang melihat Ariana sudah pun membuka pagar rumah.

"You nak balik mana?." Teriaknya bertanya.

Ariana menoleh kearahnya.

"Mana-mana je lah... Asalkan tak tengok Tengku Ashraf!. Muka you!. Dah cukup bagus untuk i!." Ujar Ariana memerlinya.

Hanif mengeluh kecil. Rasa serba salah juga apabila mahu membiarkan Ariana begitu.

Dia berjalan menghampiri Ariana.

"Okey. You boleh tumpang rumah i." Ujarnya.

Ariana menyilangkan kedua tangannya kedada dan membuang pandangan kearah lain.

"Dah terlambat." Ujar wanita itu.

Hanif berkerut dahi.

"Seriously?." Soal Hanif sepatah.

Aku nak berbaik hati.. Nak tolong kau. Kau boleh kata dah terlambat. Getus hatinya

Ariana mengangguk laju. Sekilas dia menjeling kearah Hanif untuk melihat riak diwajah lelaki itu.

"Up to you." Ujar Hanif. Seraya berpaling hendak masuk.

Ariana mengetap bibirnya geram melihat Hanif berpaling.

"Hanif!." Laungnya sambil menghentak-hentak kaki dekat lantai simen.

Hanif tersenyum. Dia sudah mengagaknya. Ariana bukannya betul-betul merajuk. Hanya mahukan perhatian sahaja.

Dia menoleh kearah Ariana.

Ariana berjalan dengan menghentak-hentak kaki menghampirinya.

"You ni kan. Memang menyakitkan hati!. Patutlah kena cerai dengan Armell dulu!." Ujar Ariana geram.

Kalau ikutkan kata-kata Ariana itu boleh membuatkan Hanif terasa. Tetapi ayat Ariana yang mengatakan Armell menceraikannya itu, membuatkan dia tertawa. Ditambah pula dengan air muka Ariana yang sedang bengang dengannya.

Ariana berkerut dahi.

"Tengok tu!. You gelakkan i. You ingat kelakar ke?!." Ujar Ariana masih geram.

Hanif berhenti ketawa. Seraya memandang Ariana.

"Dah you tu. Tak habis-habis kata Armell ceraikan i. I yang ceraikan dia lah..." Ujar Hanif dengan sisa tawanya.

"Sama je lah tu!." Ujar Ariana meninggikan suaranya dihadapan wajah Hanif.

Hanif tersenyum.

"Okey. Sekarang ni i nak tanya you last. You nak tumpang rumah i ke tak?." Tanya Hanif.

"I have no choice." Ujar Ariana.

Hanif tersenyum. Malas dia mahu bertekak dengan Ariana lagi.

"Sudahlah... You tunggu dekat bangku sana. Kasi i cakap dengan Mak dengan adik i dulu." Ujarnya. Seraya berpaling masuk kedalam rumah.

***

HUDA Memuncungkan bibirnya tidak berpuas hati, apabila Hanif memberitahunya yang Ariana mahu tinggal dirumah mereka selama seminggu.

"Along ni. Habistu adik nak tidur mana?."

"Adik tidur dengan Mak lah... Tak kan nak tidur dengan Along pulak." Ujar Hanif.

Huda mencebik.

"Memanglah... Yang tu adik tahulah. Tapi masalahnya barang-barang adik semua ada dalam bilik tu." Ujar Huda.

"Kalau nak ambil barang. Minta je lah izin nak ambil barang dekat Kak Ariana tu. Tak kan dia nak marah pula." Ujar Hanif.

"Ish.. Malulah adik macam tu." Bentak Huda.

"Adik.." Aini membuat isyarat jari ke mulutnya, meminta Huda merendahkan sikit suaranya.

Huda memandang kearah ibunya.

"Bukan lama mana pun.. Seminggu je." Ujar Aini.

"Seminggu je Mak kata?." Soal Huda masih tak berpuas hati.

"Yalah... Seminggu je." Ujar Aini dan Hanif serentak.

Huda mengetap bibir geram.

Hanif memandang kearah Aini.

"Mak macam mana?. Okey?." Tanya dia.

"Mak okey je. Tetamu datangkan membawa rahmat. Tak kan Mak nak tolak rahmat pulak. Lagipun Along dah cakap dengan dia kan." Tutur Aini.

Hanif mengangguk tersenyum.

***

"ARIANA."

Ariana menoleh kearah Hanif yang sedang menuju kearahnya.

"I dah cakap dengan Mak dengan adik i." Ujar Hanif.

Ariana segera berdiri, sambil tersenyum.

"Mak you kata apa?." Tanya Ariana teruja.

"Dia okey je. Cuma.." Hanif menggantung ayatnya sambil memandang Ariana.

Ariana berkerut dahi.

"Cuma apa?." Tanya Ariana.

Tak perlu cakap kot. Adik tu bukan lama pun. Okeylah dia nanti. Getus Hanif dalam hati.

"Tak ada apalah." Ujarnya kepada Ariana.

_
ARIANA Terjaga dari tidurnya. Dia terkebil-kebil melihat sekelilingnya.

"Where am i?." Gumamnya masih berbaring.

Dia bangun dari pembaringannya dan memukul kepalanya sendiri dengan tangan, cuba mengembalikan semula memori semalam.

Hmm... Hanif. Getus hatinya apabila sudah teringat.

Dia mengambil telefonnya untuk melihat jam.

Melopong mulutnya, apabila melihat jam pukul sepuluh pagi. Matanya beralih kearah tingkap bilik yang sudah terang.

Ahh... Dia mengeluh kecil. Seraya turun dari katil. Rambutnya disepit sebelum dia keluar dari bilik.

"Senyap je. Mana pergi mereka semua?." Monolognya sendiri apabila melihat keadaan rumah yang sepi.

"Menangis lagi... Tengok. Kan dah bangun lewat." Gumamnya lagi. Seraya berpaling kembali hendak masuk kedalam bilik.


"Ariana."

Dia berpaling kembali apabila mendengar namanya dipanggil.

"Aunty." Gumamnya apabila melihat Aini.

Aini tersenyum memandangnya.

"Sorry. I terlewat bangun." Tutur Ariana gugup.

"Tak ada apalah. Mak cik faham Ariana letih." Tutur Aini.

Ariana tersengih sambil memegang tengkuknya. Semalam Aini sudah memberitahunya agar memanggil Mak cik sahaja. Tetapi mulutnya tidak biasa menyebutnya.

"Dah sarapan dah?." Tanya Aini.

Ariana menggeleng kepala perlahan.

"Pergilah sarapan dulu. Mak cik dah sediakan sarapan Ariana dekat atas meja." Ujar Aini sambil menunjuk kearah meja makan yang tidak jauh dari mereka.

Ariana tersengih lagi.

"Okey. Thank you Mak"

"Cik.."

Aini tersenyum mendengarnya.

"Sama-sama." Ujar Aini. Seraya melangkah mahu kedapur.

"Urm... Mak cik."

Aini menghentikan langkahnya dan berpaling kearah Ariana yang memanggilnya.

"Hanif mana?." Tanya dia.

"Hanif?. Dia dah pergi kerja dah." Ujar Aini.

Ariana menunduk kerana malu. Ya tak ya juga. Bagaimana dia boleh lupa yang hari ini ialah hari bekerja.

"Kenapa?. Ariana ada nak apa-apa ke?." Tanya Aini.

Ariana laju menggeleng kepalanya.

Aini tersenyum.

"Kalau nak minta tolong apa-apa. Bagitahu Mak cik. InsyaAllah... Kalau Mak cik boleh tolong. Mak cik tolong." Ujar Aini.

"Okey. Terima kasih Mak cik." Tutur Ariana gagap.

Aini tersenyum. Seraya berpaling dari Ariana dan terus menuju kedapur.

"Hanif. You ni memang tak guna kan?. Kenapa you nak pergi kerja tak kejut i dulu." Getus Ariana sendiri.

_
HANIF Menjawab panggilan telefon dari Ariana.

"Hanif!." Teriak Ariana ditalian.

Spontan Hanif bertindak menjarakkan telefon dari telinganya. Seraya mendekatkan kembali dan berkata

"Apa benda you ni?. Dah lah call waktu kerja. You nak apa?."

"Apahal you tinggalkan i dekat rumah sendiri dengan your mom?." Kedengaran tonasi suara tidak puas hati Ariana dari dalam talian.

"Habistu?. You nak suruh i heret you bawa pergi pejabat. You dah rindu dekat suami you ke?. Nak jumpa dia?." Ujar Hanif memerli.

"Dia ada ke?." Serta merta berubah tonasi suara Ariana.

"Tak ada pun." Jawab Hanif.

"Ouh..." Jawab Ariana perlahan.

Hanif berkerut dahi. Dah kenapa dengan perempuan ni?. Tadi beria memekik dekat telefon. Tiba-tiba macam tak nak bercakap pula.

"You nak apa ni sebenarnya call i?. I tengah kerja you tahu tak?."

"Ouh! Ya!. I terlupa. I call ni sebenarnya sebab i nak marah you!." Ariana kembali memekik ditalian.

Hanif berkerut dahi.

"Marah i?. Sebab apa pula?. Apa yang i dah buat?." Tanya dia tidak mengerti.

"You tanya i apa you dah buat!. Kenapa you tak kejut i dulu sebelum pergi kerja?."

"What?. Sebab tu ke you nak marah i?." Tanya Hanif.

"Yalah!. You tahu tak i rasa awkward sangat. Dahlah bangun lambat. Lepastu bila bangun. Dekat rumah tinggal i berdua je dengan Mak cik."

Hanif tertawa besar mendengarnya.

"Tengok tu. Kenapa you gelak?. Lawak sangat ke?." Soal Ariana sakit hati.

"Tak adalah you tu. Kelakar tahu tak?. Ada ke patut nak suruh i kejut you. You tu dah besar kan?. Anak i pun reti bangun sendiri tau." Ujar Hanif dengan sisa tawanya.

"So you nak kata i ni lebih teruk dari anak you ke macam mana?."

"You cakap sendiri. I tak cakap." Ujar Hanif tersenyum. Suka pula dia mengusik Ariana.

"Eee... Hanif!. You tunggu. Siaplah you bila you balik nanti."

Sebaik berkata demikian. Talian dimatikan oleh Ariana.

Hanif berkerut dahi. Seraya tersenyum kembali.

"Tahu pun malu. Itulah siapa suruh bangun lambat." Gumamnya sendiri.

_

ARMELL Baru sahaja keluar dari rumah. Sambil berjalan menuju kearah keretanya. Dia berpesan pada Pak Mail pemandu bapanya, apa yang dipesan oleh bapanya tadi.

"Abang." Gumamnya terkejut apabila melihat Tengku Ashraf sedang bersandar dekat tepi keretanya.

"Surprise." Ujar Tengku Ashraf tersenyum kepadanya.

"Bila Abang balik?." Tanya dia, memandang wajah Tengku Ashraf

"Semalam." Jawab lelaki itu sambil berjalan menghampirinya.

"Awalnya. Bukan Abang kata haritu. Sabtu baru Abang balik sini?." Soalnya masih pelik.

"

Abang rindu dekat Mell." Ujar Tengku Ashraf tersengih, menampakkan barisan gigi putihnya.

Armell tersenyum mendengarnya.

"Betul-betullah Abang." Katanya mendesak.

"Kerja Abang habis awal. Itu yang abang balik awal." Ujar Tengku Ashraf serius.

Armell manggut-manggut.

"Tapi bab rindu tu memang betul." Ujar Tengku Ashraf lagi, dengan mengangkat jari telunjuknya.

Armell tersenyum.

"Mengadalah Abang ni." Ujarnya perlahan.

Tengku Ashraf turut tersenyum sambil merenung wajah Armell.

"Ni mana Abang tahu Mell dekat rumah Mummy?." Tanya Armell.

"Abang pergi office Mell. Mereka kata Mell dah ambil cuti. Datang rumah Mell pula. Mell tak ada. Jadi inilah destinasi lain Mell. Rumah Mummy." Ujar Tengku Ashraf tersenyum.

Armell turut tersenyum.

Tengku Ashraf melihat Armell atas ke bawah.

"Mell cantik-cantik ni. Nak pergi mana?." Tanya dia.

"Urm..."

Belum sempat Armell menjawab.

"Sofea mana?. Mell tak bawa sekali?." Soal Tengku Ashraf.

"Dia ada dekat rumah nenek dia." Ujar Armell.

"Rumah nenek dia?." Tengku Ashraf berkerut dahi.

Armell mengangguk.

"Bukan hari minggu je ke. Mell hantar dia dekat sana?." Soal Tengku Ashraf.

"Ouh.. Mell dah hantar dia dekat sana dari hari ahad lagi. Biarlah dia spend masa dengan Ayah dia. Nanti hari nikah. Mell nak biar dia ada dengan kita." Ujar Armell.

Tengku Ashraf mencebik.

"Alah... Tapi Abang rindu dia."

Armell berkerut dahi.

"Ish.. Abang ni. Mengadalah... Macam lah Abang tak pernah berjauhan dengan Sofea." Ujar Armell.

"Hah.." Tengku Ashraf mengangkat jari telunjuknya, seperti mendapat sesuatu idea.

"Apa kata kalau kita ambil dia dekat sana. Bawa dia jalan-jalan. Lepastu hantar dia sana balik." Ujar Tengku Ashraf.

Masalah besar ni. Dah gila ke?. Petang-petang macam ni. Hanif mesti dah balik kerja. Matilah kalau dia tahu Hanif tu bapa kepada Sofea. Armell bermonolog dalam hatinya.

"Tak payahlah Abang. Esok-esok je lah... Lagipun Mell nak keluar pergi barang sikit ni." Ujar Armell gugup.

Tengku Ashraf mencebik.

"Okeylah..." Jawabnya.


Armell menghela nafas lega. Seraya terus membuka telefon pintarnya dan menghantar pesanan whatsapp kepada Asfira.

_
ARIANA Tersenyum sendiri melihat telatah Sofea yang terkedek-kedek membuntuti Aini masuk kerumah.

Meskipun masih ada rasa segan. Tapi cara Aini yang ramah melayannya. Sedikit sebanyak membantunya untuk menyelesakan diri.

Huda pula. Hmm... Dia menghela nafas panjang mengingatkannya.
Sejak gadis itu pulang dari kelas tadi. Dia terus duduk didalam bilik. Tidak keluar keluar.

Tidak selesakah gadis itu denganku?. Getusnya didalam hati.

Dia melihat jam dipergelangan tangannya.

"Mana Hanif ni?." Getusnya sendiri.

"Ehem.."

Ariana berkerut dahi. Seraya menoleh kesisinya. Dia melihat Huda sedang berdiri sambil tersenyum kepadanya

Dan tanpa berkata apa-apa. Huda melabuhkan punggung, duduk dibangku berhadapan dengan Ariana.

"Kita tak sempat berkenalan lagi kan." Tutur Huda.

Ariana tersenyum. Seraya menghulur tangannya kepada Huda.

"Ariana Lynn. You can call me Ariana." Tutur Ariana memperkenalkan diri.

Huda tersenyum melihat cara Ariana. Dia menyambut huluran tangan Ariana.

"Kalau nak panggil Kak Ariana. Boleh?." Tanya Huda.

Ariana berkerut dahi.

"Kak Ariana?."

"Yalah.. Akak kan kawan Abang saya. Tak sopan lah pulak kalau saya nak panggil nama je." Ujar Huda tersenyum.

Ariana berkerut dahi. Kemudian dia tersenyum sambil mengangguk kepalanya.

"Urm... Betul jugak. Kak Ariana."

Huda tersengih. Begitu juga Ariana.

"Tunggu Along ke?." Tanya Huda lagi.

Ariana berkerut dahi lagi.

"Along?. Siapa Along?." Tanya dia.

"Along. Abang saya lah." Ujar Huda memberitahu.

"Ouh..." Membulat mulut Ariana.

"Along... Hanif?." Tanya Ariana lagi bagi memastikan dia tidak salah kali ini.

Huda angguk mengiyakan.

Ariana manggut-manggut. Seraya berkata

"Tak adalah... Buat apa i nak tunggu dia?."

"Manalah tahu kan?." Ujar Huda tersenyum.

Ariana turut tersenyum. Ramah sebenarnya dia ni. Malu je agaknya tadi. Getus Ariana dalam hati.

"You nama Huda kan?." Tanya dia.

Huda mengangguk laju.

Ariana tersenyum. Seraya meletakkan kedua tangannya diatas meja.

"Huda. I nak cakap sikit boleh?." Tanya dia.

"Cakap je lah.. Kak Ariana nak cakap apa." Ujar Huda.

"Sorry tau. Kalau i punya cara tak macam you and your family. Actually i ni bukan orang asal Malaysia." Ujar Ariana.

Huda berkerut dahi.

"Bukan orang malaysia?. Habistu boleh cakap melayu tu?."

"I ada mix. Darah campuran belanda dengan Malaysia. My mom orang sini." Ujar Ariana.

"Ouh.. Patutlah..." Gumam Huda sambil manggut-manggut, memandang kearah lain.

"Patutlah apa?." Tanya Ariana.

Huda kembali memandang Ariana.

"Tak ada apalah... Dah lama ke Kak Ariana kenal Along?."

Cepat-cepat Huda menukar topiknya.

"Jumpa tu dah lama. Tapi berkawan tu. Adalah dalam dua bulan lebih macam tu." Ujar Arina.

"Ouh... Baru lagi." Gumam Huda.

Ariana tersenyum.

Huda tiba-tiba meletakkan kedua sikunya diatas meja dan menongkat dagunya pada kedua tangannya. Dia mengecilkan matanya, memandang Ariana.

"So macam mana?." Tanya dia.

Ariana berkerut dahi.

"Macam mana apa?." Tanya Ariana tidak mengerti.

"Along."

Ariana tersenyum.

"Ouh... He's a good friend. I selesa kawan dengan dia." Tutur Ariana tulus.

"Hmm... Tak kan kawan je?." Ujar Huda.

"Kawan je lah. What do you expect?." Tanya Ariana mula merasa pelik dengan soalan Huda.

"Love?."

Membulat mata Ariana mendengarnya.

"Love?. No way!." Spontan dia berkata.

"Kalau dah habis lelaki dalam dunia ni pun. Belum tentu lagi i nak bercinta dengan dia. Dahlah tak reti nak move on." Tambah Ariana lagi.

"Saya bergurau je lah.." Ujar Huda sambil tertawa.

Ariana berkerut dahi.

"Tapi kan?. Mana Kak Ariana tahu dia tak reti nak move on?." Tanya Huda masih tertawa.

Ariana tersenyum

"Of course i tahu. Dia tu spesies yang mulut cakap tak. Tapi hati masih sayang." Ujar Ariana.

"Kan... Ego menggunung." Tambah Huda.

"True. I setuju sangat." Ujar Ariana. Seraya tertawa bersama Huda.

"Ketawa besar nampaknya. Borak apa?."

Baik Ariana. Baik Huda. Keduanya membungkam apabila melihat Hanif yang tiba-tiba muncul disitu.

"Hanif?. Bila you sampai?. I tak dengar bunyi kereta you pun." Tanya Ariana.

"Haah... Adik tak dengar bunyi pagar pun. Tiba-tiba je muncul." Ujar Huda.

Hanif menayangkan air muka tidak puas hati. Kerana dia mendengar semua apa yang dikatakan Ariana dan adiknya sebentar tadi.

"Macam mana nak dengar. Kalau adik sibuk mengumpat Along dengan Kak Ariana ni." Ujarnya kepada Huda.

"You dengar ke?." Celah Ariana.

Hanif mengalihkan pandangan tajamnya kearah Ariana.

Ariana menyilangkan kedua tangannya kedada dan membuang pandangan kearah lain.

"Baguslah kalau you dengar. Sebab i memang niat nak bagi you dengar pun." Ujar Ariana.

"Okey. Adik tak nak masuk campur." Ujar Huda, segera bangun dari bangku.

Hanif memandang kearah Huda.

"Along selesaikanlah dengan kak Ariana. Adik masuk dulu." Tutur Huda. Seraya berlari masuk kedalam rumah.

Hanif beralih kembali kepada Arian. Kali ini dia bercekak pinggang memandang Ariana.

"Nampaknya you dah tak awkward lagi." Ujarnya.

"Siapa kata i awkward." Balas Ariana.

"Eleh.. Habis yang sampai call i waktu kerja tu. Apa benda?." Ujar Hanif dalam nada memerli.

"Nak hidup kan. Kena pandai cari makan." Ujar Ariana selamba.

"Amboi.. Mentang-mentang i bagi you izin tinggal sini seminggu." Ujar Hanif mengungkit.

Baru sahaja Ariana membuka mulutnya, mahu menjawab. Dia ternampak Sofea keluar dari rumah.

"Hey.. Sofea." Dia segera bangun dan menuju kearah Sofea.

Ariana mendukung Sofea.

"Macam mana boleh terlepas keluar ni?." Soalnya sambil memandang wajah Sofea.

Hanif berkerut dahi. Seraya berjalan menghampiri Ariana.

"Pandai you tukar topik kan?. Tak tahu nak jawab apa lah tu kan..." Ujar Hanif masih geram.

"Mana ada." Ujar Ariana menafikan.

Hanif mencebik. Seraya memandang kearah lain.

"Eh Sofea... Sofea pandai bangun tidur sendiri ya?. Nanti ajarkan aunty tau." Ujar Ariana. Sempat dia menjeling kearah Hanif.

"You perli i ke?." Tanya Hanif.

Ariana memandang kearah Hanif.

"Terasa ke?." Tanya dia.

Hanif mengetap bibir geram. Seraya menghulur kedua tangannya.

"Meh sini anak i." Ujarnya meminta Sofea dari Ariana.

Namun Ariana bertindak menjauhkan Sofea darinya.

"No!. I dapat dulu." Ujar Ariana.

Hanif berkerut dahi melihat sikap Ariana.

"You tu dah lah busuk. Entah dari mana. Balik-balik nak pegang Sofea. Mana boleh." Ujar Ariana. Seraya memandang Sofea dan berkata lagi

"Kan sayangkan... Nanti kalau Sofea sakit nanti. Dia jugak yang susah." Ujarnya menjeling Hanif.

"You tak puas hati dengan i ke apa ni?. Nak gaduh ke?." Soal Hanif.

"You yang mulakan dulu." Ujar Ariana menjegilkan biji mata.

"Fine!. I nak masuk mandi. Kejap lagi i nak anak i balik." Ujar Hanif sambil menuding jari kearah Ariana.

Hanif berlalu masuk kedalam rumah. Sementara Ariana mengejek Hanif dengan membuat mimik muka menyampah.

_

"ASFIRA." Gumam Hanif.

Dia berjalan menghampiri pintu pagar dan membukanya.

A

sfira membuang pandangan kearah lain.

"Sofea mana?. Aku datang ni nak ambil dia." Ujarnya.

Hanif berkerut dahi.

"Ambil Sofea?. Kenapa pula?."

Asfira memandang kearah Hanif.

"Mell yang suruh aku datang sini ambil dia." Ujarnya.

"Mell tak ada cakap apa-apa pun dengan saya." Ujar Hanif pula.

"Eh.. Apa masalah kau ni hah?. Apa yang susahnya. Kau ambil Sofea, bawa datang sini. Aku nak bawa dia balik. Susah sangat ke?. Lagipun kau bukan tak kenal aku." Ujar Asfira kasar.

Hanif menundukkan kepalanya sebentar. Kemudian memandang lagi wajah Asfira.

"Fira. Saya tahu awak benci saya. Tapi perkara tu kan dah lama berlalu. Tak perlulah awak nak marah-marah macam nu lagi. Sampai nak libatkan Armell dan anak saya." Tutur Hanif penuh makna.

Asfira bercekak pinggang.

"Ya. Memang aku benci kau. Eh.. Sudahlah Hanif.. Aku ni tak banyak masa tau. Sofea mana?. Bawa dia sini cepat." Ujar Asfira.

"Sekejap. Kasi saya telefon Armell dulu." Ujar Hanif mengeluarkan telefonnya.

Asfira merengus kasar. Seraya membuang pandangan kearah lain.

Tiba-tiba.

"Hanif..."

Ariana keluar dari rumah membawa Sofea bersamanya.

Asfira berkerut dahi melihat sosok yang wanita yang tidak dikenalinya itu.

Hanif pula terkejut. Seraya menoleh kebelakang.

Ariana memandang kearah Hanif. Hanif pula menjegilkan biji matanya memberi amaran.

"Sorry." Gumam Ariana. Seraya berpaling hendak masuk semula.

"Tunggu!." Teriak Asfira menghentikan langkah Ariana.

Hanif terkejut. Seraya memandang kearah Asfira.

Ariana pula berpaling kembali kearah mereka.

"Sini sekejap." Asfira melambai tangannya memanggil Ariana.

Hanif memandang Ariana. Memberi amaran agar tidak datang. Tetapi Ariana tidak mendengarnya. Dia terus sahaja berjalan menuju kearah mereka sambil membawa Sofea.

Hanif beralih kepada Asfira.

"Fira. Apa awak buat ni?." Soalnya perlahan.

Soalan Hanif dibiarkan Asfira tanpa jawapan.

"You ni siapa?." Soal Asfira kepada Ariana.

Ariana berkerut dahi.

"I?."

Dia memandang kearah Hanif, meminta bantuan.

Hanif memandang kearah lain. Aku dah bagi isyarat tadi tak payah datang. Degil. Pandai-pandailah kau jawab. Karang kalau aku yang jawab, nampak sangat nanti. Tutur Hanif didalam hatinya.

Asfira memandang Ariana dari atas kebawah.

"So you ni lah penyebab Hanif tak jadi kahwin?." Soal Asfira sinis.

Terkejut Ariana mendengarnya. Hanif apatah lagi.

"Fira awak cakap apa ni?." Hanif bersuara.

"Excuse me. I tak kenal pum you ni siapa. Tiba-tiba datang nak tanya i macam tu. Apa hak you?." Ujar Ariana berang.

Asfira membuat mimik muka mengejek.

"Kalau ya pun i ni penyebab dia tak jadi kahwin. Ada masalah ke dengan you ke?. I kacau you ke?." Soal Ariana lagi.

"Sudahlah tu Ariana.." Ujar Hanif menarik lengan Ariana kebelakang.

Asfira mengetap bibir geram.

"Tak malu!." Ujarnya.

"Bawa sini Sofea." Katanya lagi, memegang tangan Sofea, mahu mengambil Sofea dari tangan Ariana.

Namun Ariana segera menghindarinya sambil memeluk Sofea kuat.

"Apa masalah you ni?. Datang-datang nak ambil anak orang. I yang tak malu ke you yang tak malu sekarang ni?." Ujar Ariana lagi. Sengaja mahu menyakitkan lagi hati wanita yang tidak dia kenali itu.

Asfira menggepal penumbuk geram. Dia merenung Hanif tajam, sebelum berpaling pergi.

"Asfira!." Panggil Hanif.

Hanif memandang kearah Ariana.

"You tengok apa you dah buat." Ujarnya memarahi Ariana.

"Apa i buat?. Dia yang cari pasal dengan i dulu kan." Ujar Ariana.

"Lagipun tu bukannya Armell pun.. Yang you nak marah sangat kenapa." Tambah Ariana lagi.

Hanif menuding jari kewajah Ariana sambil mengetap bibirnya geram. Seraya berpaling dan keluar dari pagar mengejar langkah Asfira.

Ariana berkerut dahi melihatnya.

"Pelik betullah Ayah you tu Sofea." Getusnya.

HANIF Berdiri dihadapan pintu kereta Asfira. Menghalang jalan wanita itu.

"Asfira dengar dulu saya nak cakap." Ujarnya.

"Kau nak cakap apa lagi Hanif?. Tepilah!." Ujar Asfira kasar.

"Perempuan tadi tu kawan saya." Ujar Hanif.

"Apahal kau bagitahu aku?. Kau ingat aku kisah ke?. Ke kau takut aku bagitahu Armell?."

Hanif terdiam mendengar jawapan Asfira.

Asfira bercekak pinggang.

"Aku tak fahamlah. Dalam hidup kau ni. Berapa banyak perempuan yang kau nak hah?."

Hanif menggeleng-geleng kepalanya.

"Fira. Fira. Awak dah salah faham ni Fira." Tuturnya.

Asfira merengus kasar.

"Salah faham lagi!." Ujarnya.

"Fira. Buat apa saya nak tipu awak. Dia tu memang kawan saya." Ujar Hanif.

"Kawan?. Nina pun kawan kau!. Aku pun kawan kau!. Kalau kawan. Apahal dia ada dekat rumah kau?. Pakaian dia aku tengok tadi, macam duduk rumah sendiri je. Ke kau sebenarn"

"Dia tu isteri Tengku Ashraf!." Teriak Hanif.

Asfira tergamam mendengarnya.

Hanif terdiam. Dia sedar dia sudah tersilap. Sibuk mahu membetulkan salah faham antara dia dan Ariana. Dia jadi terlepas cakap tentang status sebenar Ariana kepada Asfira.

"Hanif. Kau cakap apa tadi?." Asfira bertanya kembali untuk memastikan yang dia tidak salah dengar.

"Tak ada apa." Jawab Hanif. Seraya melangkah ingin pergi.

"Tipu!. Aku dengar tadi. Kau kata dia tu isteri Tengku Ashraf kan!." Ujar Asfira menghentikan langkah Hanif.

"Mana ada saya cakap macam tu." Ujar Hanif cuba menafikan apa yang sudah dia katakan.

Asfira bertindak menarik bahu lelaki itu menghadapnya.

"Hanif kau jangan tipu aku!. Aku dengar dengan jelas apa kau cakap tadi." Ujar Asfira.

Hanif memandang Asfira. Namun tetap diam.

"Kalau dia tu isteri Tengku Ashraf. Kenapa dia ada dekat rumah kau?." Tanya Asfira lagi.

"Awak betul nak tahu?." Soal Hanif.

Asfira memandang Hanif.

"Kalau awak betul nak tahu. Janji dengan saya yang awak akan dengar cerita saya sampai habis dan lepastu bertanggungjawab." Ujar Hanif.

Asfira tetap diam.

"Awak sanggup?." Tanya Hanif menguji Asfira.

"Kenapa pula aku nak kena bertanggungjawab?." Tanya Asfira.

"Sebab awak kawan Armell. Dan awak bencikan saya sebab saya sakiti Armell." Ujar Hanif penuh makna.

TBC.

PS:

* Author nak tanya sikit. [ #HanifArmell ]  [ #HanifAriana ]  [ #HanifNina ] or [ #HanifAsfira 🙄 Tiberr... 😂 . Tapi apa salahnya kan.. Atau #HanifForeverAlone.

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

2.4K 137 26
Sifat yang dahulu berubah menjadi sifat dingin dan suka buat masalah di sekolah. Hanya kerana kehilangan orang yang tersayang perubahannya amat ketar...
38K 3.5K 37
3rd Tengku The Series Dua Hira. Anak yang 'tidak bertuah' yang menjadi cinderella tanpa rela dalam keluarga. "Kau ingat aku tauke balak ke apa? Asal...
24K 254 5
Punya kekasih hati yang posesif amat mendera sukma seorang Tia Amanda. Ternyata cinta itu buta dan tuli. Biar seribu kali dikhianati, Tia cuba bertah...
580K 22.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...