Jauh Dari Cinta. [E].

By ejaroses

192K 5.2K 595

Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Mil... More

Bab 1: Adakah Ini Pengakhirannya?.
Bab 2: Move On?.
Bab 3: Tengku Ashraf.
Bab 4: Pengganti?.
Bab 5: Pengikat Aku Dan Dia.
Bab 6: Kenyataan Yang Perih.
Bab 7: Permulaan.
Bab 8: Hanya Untuk Sofea.
Bab 9: Siapa Yang Lebih Terluka?.
Bab 10: Siapa Dia?.
Bab 11: Aku Terluka Lagi.
Bab 12: Salah Faham.
Bab 13: Kenapa Sekarang?.
Bab 14: Rasa Bersalah.
Bab 15: Hati Yang Telah Dilukai.
Bab 16: Tiada Lagi Harapan.
Bab 17: Milik Siapa Hati Ini?.
Bab 18: Milik Siapa Hati Ini?. II
Bab 19
Bab 20
Bab 21: Korban Perasaan.
Bab 22: Lembaran Baru.
Bab 23: ๐Ÿค”
Bab 24: Hati Armell.
Bab 25: Dah Terlambat.
Bab 26: Tiada Jodoh?.
Bab 27: โœŒ
Bab 28: Setelah Semuanya Terbongkar.
Bab 29: Jalan Lain.
Bab 30: Tekanan Jiwa.
Bab 31: Hari Nikah.
Bab 32: Hati Seorang Lelaki.
Bab 33: ๐Ÿ˜ถ
Bab 34: Mulut Kata Lain, Hati Kata Lain.
Bab 35: Penjaga Hati.
Bab 36: Demi Dia.
Bab 37: ๐Ÿ˜ฃ
Bab 39: A R I A N A & A S F I R A
Bab 40: Sahabat.
Bab 41: Tidak Mengharapkan Apa-Apa.
Bab 42: Aku Cintakan Dia.
Bab 43: Kacau.
Bab 44: Hilang Ingatan.
Bab 45: Hanif.
Bab 46: Setelah Dia Pergi.
Bab 47: SETAHUN KEMUDIAN.
Bab 48: Separuh Hati.
Bab 49: Ego.
Bab 50: 'JAUH DARI CINTA'
EPILOG: DEKAT DENGAN CINTA.

Bab 38: [Tengku Ashraf & Ariana] & [Aiman & Nina]

2.9K 93 12
By ejaroses

ARIANA Berkerut dahi apabila melihat Tengku Ashraf mengemas barang-barang dan memasukkan kedalam beg besar

"Biy... You nak pergi mana?." Soalnya sambil berjalan menghampiri Tengku Ashraf.

"Balik kl." Jawab Tengku Ashraf tanpa memandangnya.

"Awalnya?."

Tengku Ashraf memandangnya.

"You ingat i nak kahwin dengan Armell tu macam i nak kahwin dengan you ke?."

Ariana terdiam.

"Walaupun majlis kami nanti tak besar. Tapi masih dipanggil majlis. Ada orang datang. So mesti lah kena ada persiapan. I tak nak lah nanti orang kata i ni, tak ada buat apa-apa pun untuk majlis i nanti." Tambah Tengku Ashraf lagi.

"Tapi hari tu. You sendiri yang cakap dengan i. You kata you nak spend masa dengan i dekat sini. Sehari sebelum hari nikah baru you balik." Tutur Ariana mengingatkan Tengku Ashraf tentang apa yang dikatakan lelaki kepadanya.

"Itu, hari tu. Sebelum i tahu yang you tak ikut cakap i. Tapi lepas je i tahu. I rasa lebih baik i balik sekarang. Sebab makin i tengok muka you, makin bertambah sakit hati i. Kalau boleh i nak cepat-cepat balik kl, jumpa Armell. Tenang sikit hati ni."

"Tengku Ashraf!." Ariana meninggikan suaranya. Sakit hatinya mendengar apa yang diucapkan Tengku Ashraf.

"Apa?." Sahut Tengku Ashraf tanpa merasa bersalah.

"You dah janji tak nak sebut nama Armell depan i kan?."

"You pun dah janji pernikahan ni tak ada siapa yang akan tahu selain kita kan..."

Air mata Ariana bergenang serta-merta.

"Seriously?. Sebelum ni. Masa i larikan diri dari you. You sibuk kejar i. Lepastu sekarang ni. Disebabkan perkara kecil je, you nak layan i macam ni.."

"Perkara kecil you cakap?. Ariana. I ni tak pernah baik dimata your mom. Apa yang you buat. Menunjukkan lagi betapa tak gunanya i ni!." Ujar Tengku Ashraf.

Ariana terdiam, sambil menahan air matanya dari keluar.

"Kalau i tahu dari awal you macam ni. I tak kejar you lah... I biar je you pergi balik Spain." Tambah Tengku Ashraf lagi.

Hampir jatuh air mata Ariana mendengarnya.

"Jadi you nak kata yang you menyesallah kejar i?. You menyesallah buat keputusan untuk nikah dengan i?!." Bertalu-talu soalan diajukannya.

Tengku Ashraf berpaling dari Ariana.

"I don't know." Jawabnya sambil menyambung kembali kerjanya mengemas pakaian.

Ariana segera menyeka air mata yang keluar dari kelopak matanya.

"Then ceraikan i!."

Tengku Ashraf terkedu mendengarnya. Dia berpaling kembali kearah Ariana.

"Apa you cakap?." Soalnya sambil merenung tajam kedalam anak mata Ariana.

"Ceraikan i." Ujar Ariana mengulangi apa yang dikatakannya tadi.

Tengku Ashraf menegakkan tubuhnya menghadap Ariana.

"Kenapa you nak i ceraikan you?."

"You menyesal kan nikah dengan i. Jadi buat apa you nak simpan i lagi?. Ceraikan lah i!." Ujar Ariana mengalirkan air mata.

Tengku Ashraf mengetap bibir geram mendengarnya.

"Sah lah you ni dah gila!." Ujarnya, seraya memasukkan sisa pakaiannya kedalam beg dan menutup begnya.

Dia menurunkan begnya dari atas katil dan menarik begnya menuju ke pintu bilik hotel.

"Tengku Ashraf!." Panggil Ariana.

Panggilan Ariana tidak diendahkannya. Dia mencapai telefonnya diatas meja dan segera keluar dari bilik hotel, meninggalkan Ariana.

_
AIMAN Tersenyum kepada pelayan restoran yang meletakkan air. Seraya memandang kearah Armell yang sedang memandangnya.

Aiman berdehem kecil. Seraya meletakkan kedua tangannya diatas meja.

"Ada apa Kak Mell nak jumpa saya?." Tanya dia memulakan bicara.

"Tak ada apa. Saje nak jumpa Aiman. Nak borak-borak. Tanya khabar." Jawab Armell tersenyum.

Aiman berkerut dahi. Borak-borak?. Tanya khabar?. Ini tidak kedengaran biasa baginya. Kerana dia dan Armell bukanlah rapat mana. Sehingga Armell harus bertemu dengannya untuk bertanya khabarnya.

"Aiman buat apa ya sekarang?."

Dia segera tersedar dari lamunannya. Seraya tersenyum memandang Armell.

"Buat apa, apa?. Maksud Kak Mell?." Tanya dia.

"Kerja ke?. Belajar ke?."

"Ouh... Saya tengah cari kerja sekarang." Jawab Aiman berterus terang.

"Cari kerja?. Kenapa tak sambung belajar je?."

"Hah?." Aiman semakin tidak mengerti mengapa Armell harus bertanya soalan demikian kepadanya.

Armell turut merasa tidak selesa. Yalah... Mana tidaknya. Sebelum ini dia tidak pernah berjumpa Aiman untuk bertanya soalan-soalan demikian. Apa pula fikir Aiman nanti. Benaknya.

"Sorry.. Aiman jangan salah faham. Maksud Kak Mell kenapa Aiman tak sambung belajar je?. Result spm Aiman kan bagus. Sayanglah kalau tak sambung." Tutur Armell cuba beriak biasa.

Aiman berkerut dahi.

"Mana Kak Mell tahu pasal result spm saya?."

"Yana." Jawab Armell laju.

Aiman terdiam. Seraya manggut-manggut. Okey. Aku dah faham sekarang. Benaknya.

"Aiman tak jawab lagi soalan Kak Mell. Kenapa tak sambung belajar je?."

Aiman tersenyum memandang Armell. Seraya menjawab.

"Sebenarnya saya ada plan nak sambung. Tapi bukan sekarang."

"Kenapa?. Aiman ada masalah ke?."

"Tak!. Bukan."

Aduh... Apa aku nak cakap ni?. Getus Aiman dalam hatinya.

Aiman segera menunduk. Otaknya ligat mencari jawapan untuk soalan Armell.

"Aiman." Panggil Armell.

"Ya?." Aiman mengangkat kepalanya, memandang Armell.

"Aiman perlukan duit ke?."

Soalan Armell membuatkan dia semakin buntu dan tidak tahu harus menjawab apa.

"Kak Mell. Boleh tak kita jangan cakap pasal ni?."

Dia akhirnya berkata demikian. Kerana tidak mahu Armell tahu tentang masalahnya dan kakaknya.

"Saya tak selesa. Saya minta maaf." Tambahnya lagi.

Armell tersenyum. Dia sudah menduganya. Tapi walau bagaimana pun dia tetap kena berusaha agar Aiman selesa dengannya.

"Aiman. Aiman ingat tak?. Masa kali pertama Kak Mell jumpa dengan Aiman?. Masa tu Aiman dengan Yana."

Aiman diam. Sudah semestinya dia ingat, sewaktu itu Ardell merajuk dengannya, kerana dia menyakat Ardell.

Macam mana saya nak kahwin. Kalau bakal isteri saya muda-muda lagi dah nyanyuk. Dia tersenyum sendiri teringatkan momen tersebut.

"Tengok sikap Aiman masa tu. Buatkan Kak Mell rasa yang Aiman pun adik Kak Mell juga."

Lamunannya terhenti apabila mendengar ucapan Armell. Dia memandang wajah Armell.

"Sama macam Yana." Tambah Armell lagi.

Aiman tersenyum kelat. Jujur dia masih tidak mengerti dengan apa yang mahu disampaikan Armell sebenarnya.

"Kak Mell nak apa sebenarnya?." Tanya dia meminta Armell agar terus ke intinya.

"Kak Mell nak Aiman sambung belajar." Ujar Armell berterus terang akan niatnya.

Berkerut dahi Aiman mendengarnya.

"Kalau Aiman perlukan apa-apa bantuan. Just let me know. InsyaAllah... Kak Mell akan tolong Aiman." Tutur Armell lagi.

Aiman terdiam. Dia teringat kembali apa yang pernah Armell katakan kepadanya sebelum ini

Walaupun Kak Mell tak suka dengan kakak awak. Tapi Kak Mell suka dengan cara dia didik awak. Jujur Kak Mell katakan dia berjaya mendidik awak. [Bab 21: Scene ArmellxAiman]

"Kak Mell. Kak Mell tak lupa lagi kan saya ni siapa?."

Armell tersenyum mendengarnya.

"Kak Mell dah agak dah..."

Aiman diam.

"Aiman. Tolong jangan fikir bukan-bukan. Kak Mell memang tak ada agenda lain. Kak Mell ikhlas nak tolong Aiman, bukan sebab nak balas dendam pada kakak Aiman ke apa." Jelas Armell.

Aiman tetap diam.

"Cuba Aiman fikir. Apa gunanya Kak Mell move on dari Abang Hanif?. Kalau Kak Mell masih menyimpan dendam pada kakak Aiman?. Tak ke sama je macam Kak Mell ni masih menyimpan rasa pada Abang Hanif." Tutur Armell.

Aiman terdiam.

Bijak sungguh Armell menyusun kata, sehingga Aiman terdiam dan tidak tahu harus menjawab apa.

"Aiman. Kak Mell nak kita buka baru. Kak Mell nak perbaiki hubungan Kak Mell dengan kakak Aiman. Dengan Abang Hanif. Dengan semua orang. Aiman faham kan maksud Kak Mell." Tambah Armell lagi.

Aiman menghela nafas panjang. Seraya berkata.

"Tapi Kak Mell. Untuk perbaiki  hubungan sesama manusia. Kedua belah pihak kena ada fikir yang sama."

"Apa maksud Aiman?."

"Semuanya masih baru Kak Mell. Kakak saya masih marahkan Kak Mell. Dan dia masih salahkan Kak Mell, sebagai punca dia tak jadi kahwin dengan Abang Anep. Tak mungkin dia nak berbaik dengan Kak Mell dalam keadaan sekarang ni." Tutur Aiman.

"Mana Aiman tahu?. Dia cakap dengan Aiman macam tu ke?." Soal Armell.

"Kak Mell. Dia kakak saya. Saya kenal sangat dengan dia."

"Tapi tak salah kalau Kak Mell nak cuba kan?. Aiman kan adik dia. Mesti dia akan lembut hati kalau dia tahu Kak Mell nak tolong Aiman." Tutur Armell.

"Tak!." Laju Aiman menjawab sambil menggeleng kepalanya.

Armell berkerut dahi.

"Dia tak akan berlembut hati. Kak Mell tolonglah faham. Dia bencikan Kak Mell!. Apa yang Kak Mell kena buat sekarang ialah jauhkan diri dari dia." Ujar Aiman.

"Aiman. Dia dah lama tak kacau Kak Mell. Haritu kami jumpa pun. Dia tak ada pun marah Kak Mell macam selalu dia buat. Lagipun dia kan kakak Aiman. Janganlah hina dia macam tu." Tutur Armell.

"Saya tak hina dia Kak Mell. Saya cakap macam ni sebab saya kenal dia." Ujar Aiman.

Armell berkerut dahi.

"Kak Mell. Tak salah kalau kita nak jadi baik. Tapi yang salah bila kebaikan yang kita nak buat tu. Buatkan orang terdekat kita terancam. Kak Mell kena ingat. Kak Mell ada anak, ada adik, ada keluarga. Saya tak nak apa yang Kak Mell buat ni. Menyebabkan kakak saya makin marah dan buat sesuatu yang tak sepatutnya dia buat. Sebab kakak saya dah anggap yang Kak Mell ni rampas saya dari dia."

Armell terdiam. Dia teringat kata-kata Nina.

Kau ambil semuanya dari aku!.

Aiman? Adik aku!. Dia pun dah layan aku macam orang asing. Itu pun disebabkan kau!.

"Saya tak nak dia salah faham dan bertambah marah dengan Kak Mell. Tolonglah... Saya harap Kak Mell faham. Saya tak nak tengok kakak saya aniaya siapa-siapa lagi. Saya nak kakak saya yang saya tak kenal dulu." Tambah Aiman lagi.

Meski tidak mengalirkan air mata. Namun Armell dapat melihat kesedihan dalam mata Aiman, yang mengharapkan kakaknya berubah.

"Okey. Kalau macam tu buat dia fokus pada Aiman je." Ujar Armell.

Aiman berkerut dahi. Dia tidak mengerti dengan apa yang dimaksudkan Armell.

"Buat dia tak ada masa nak aniaya orang lain. Buat dia percaya yang dia masih ada Aiman." Tutur Armell lagi.

"Apa maksud Kak Mell?." Soal Aiman.

Armell tersenyum mendengar soalan Aiman. Seraya berkata

"Macam Aiman kata tadi. Kakak Aiman anggap Kak Mell dah ambik Aiman dari dia. Itu maksudnya. Dia dah makan hati dengan Aiman. Jadi apa kata Aiman pujuk balik hati dia. Aiman pergi sambung belajar. Dapatkan segulung ijazah. Buktikan pada kakak Aiman yang dia dah berjaya mendidik Aiman, lepastu cakap dekat dia yang Aiman buat semua ni untuk dia." Ujar Armell.

Aiman terdiam mendengar cadangan Armell.

_
TENGKU Ashraf  masuk kedalam rumah dengan menarik beg kopernya bersama.

"Ash.."

Tegur Che' Puan Latifah yang melihatnya.

Tengku Ashraf melepaskan keluhan kecil. Dia menghentikan langkahnya, amun tidak menoleh kearah Bondanya.

"Awal balik?."

Dia mengetap bibir geram, mendengar soalan bondanya itu. Seraya meneruskan langkahnya mahu keatas.

"Tengku Ashraf Iskandar!." Tegas suara Tengku Abdul Aziz memanggilnya dengan nama penuh.

Segera tersedar akan salahnya. Dia menghentikan langkahnya dan menoleh kearah ayahnda dan bondanya.

"Mana pergi adab kamu?. Tak dengar ke Bonda tanya?." Sinis Tengku Abdul Aziz menyoalnya.

Dia mengerling sekilas kearah bondanya, seraya berkata.

"Ash habis kerja awal. Sebab tu Ash balik awal."

"Hmm... Boleh pun jawab." Ujar Tengku Abdul Aziz lagi.

Tengku Ashraf menunduk.

"Ash minta maaf. Ash minta diri dulu. Ayahnda, Bonda." Tuturnya meminta diri.

***

TENGKU Ashraf merengus kasar, seraya menghempas punggungnya diatas tilam dalam biliknya.

You menyesal kan nikah dengan i. Jadi buat apa you nak simpan i lagi?. Ceraikan lah i.

Dia menggenggam cadar tilamnya geram, apabila teringatkan apa yang dikatakan Ariana pagi tadi.

"Kau pijak maruah aku Ariana. Baru kelmarin aku nikah dengan kau. Hari ni kau dah minta aku ceraikan kau." Gumamnya geram.

Seraya mengambil telefon pintarnya, untuk melihat apakah Ariana ada menghubungi atau menghantar pesanan kepadanya.

Melihat tiada panggilan ataupun pesanan dari Ariana. Membuatkan hatinya bertambah sakit. Dia lantas melempar telefon ditangannya ke lantai bilik.

_
"KAKAK."

Nina yang baru keluar dari bilik, terkejut apabila Aiman memanggilnya. Dia berkerut dahi. Seraya menoleh kearah Aiman yang berada dimeja makan.

"Jom makan sekali. Aku ada beli burger." Kata Aiman kepadanya.

Dia dah tak marah aku ke?. Getus Nina dalam hatinya.

Nina berjalan menghampiri meja makan. Dia memandang wajah Aiman yang sedang membuka tin air, untuk melihat air muka adiknya itu.

Selesai kerjanya. Aiman mengangkat kepalanya memandang kearah Nina.

Nina cepat-cepat memandang kearah lain.

Aiman tersenyum kelat. Seraya melabuhkan punggungnya dan berkata kepada Nina.

"Duduklah.."

Tanpa berkata apa-apa. Nina segera menarik kerusinya dan duduk berhadapan dengan Aiman.

Hampir separuh masa berlalu. Dua beradik itu membisu, menikmati makanan mereka. Dan Nina akhirnya membuka bicara, untuk memecah keheningan.

"Mana kau dapat duit beli burger ni?."

Aiman memandang kakaknya.

"Ouh.. Aku guna duit simpanan aku."

Nina manggut-manggut. Seraya berkata

"Hmm... Jangan selalu buat macam ni. Duit simpanan tu, kau boleh guna kalau kau perlukan nanti."

Aiman tersenyum. Sudah lama dia tidak mendengar nasihat dari Nina. Dia mengangguk perlahan.

Mereka kemudian membisu lagi. Namun tidak lama. Kali ini Aiman pula yang membuka bicara

"Kakak."

Hmm... Sahut Nina.

"Aku dah ubah fikiran." Kata Aiman.

Nina berkerut dahi. Dia memandang wajah Aiman.

"Aku akan sambung belajar dekat UTM, macam yang kau suruh tu." Ujar Aiman.

Nina tidak sempat berfikir apa. Mendengarnya, bibirnya segera menguntum senyuman, kerana merasa bahagia. Mana tidaknya. Hatinya risau, sehingga dia tidak bisa tidur, apabila adiknya itu mengatakan yang dia tidak mahu menyambung pelajarannya.

Namun senyuman diwajahnya tidak kekal lama. Dia kembali beriak seperti biasa dan menyambung makannya.

"Hmm... Baguslah kalau macam tu. Jadi bila kau nak pergi sana?." Soalnya.

"Hujung minggu ni. Tapi..."

Pergerakan Nina terhenti apabila mendengar ayat 'tapi' dari Aiman. Dia mengangkat kepalanya memandang wajah Aiman.

"Aku nak kau ikut aku pergi sana." Ujar Aiman menghabiskan ayatnya yang digantung tadi.

Nina berkerut dahi.

"Ikut kau?."

"Ya. Kita pindah sana." Jawab Aiman sambil mengangguk laju kepalanya.

Armell!. Bentak Nina dalam hatinya.

"Pindah?."

"Yalah... Senang. Sambil aku belajar. Aku boleh tengok-tengok kan kau. Lagipun aku rasa tak sedaplah. Aku jauh. Kau pula perempuan. Duduk rumah sendiri." Tutur Aiman menyusun bicara sebaiknya.

"Aiman. Dulu masa kau kecik. Aku sorang jugak. Siap tanggung kau lagi. Kau tak payah risaulah pasal aku..." Ujar Nina cuba mengelak.

"Itu dulu aku kecil. Sekarang aku dah besar. Dah jadi tanggungjawab aku untuk lindung kau sekarang." Ujar Aiman.

"Habistu. Kalau aku ikut kau pergi sana. Kerja aku dekat sini macam mana?." Soal Nina cuba mencari alasan.

"Kakak. Kerja dekat mana-mana pun boleh cari. Duit yang kau bagi aku tu pun, banyak... Boleh kita guna dulu, sementara nak tunggu kau dapat kerja dekat sana." Ujar Aiman.

Nina melepaskan keluhan berat. Seraya berkata.

"Susahlah Man. Kau ingat nak pindah semua tu, senang ke?. Kau pergi je lah... Ada cuti nanti. Kau baliklah tengok aku. Kau pun boleh call aku kalau kau free."

"Kalau macam tu aku sambung dekat sini je lah..." Ujar Aiman.

"Eh.. Janganlah macam tu. Kan kau nak sangat belajar dekat UTM sana. Pergi je lah..." Ujar Nina.

Aku dah agak dah. Mesti ada benda lagi yang kau nak buat kan Kak?. Gumam Aiman dalam hatinya.

"Kalau macam tu. Kau ikut aku." Ujar Aiman tetap berkeras.

"Aiman." Gumam Nina serius, sambil memandangnya.

"Kakak." Gumamnya turut memandang Nina.

Nina melepaskan keluhan kecil.

"Okeylah... Macam ni. Bagi aku masa untuk fikir dulu." Tutur Nina.

_
SAMBIL Berjalan menuju kearah keretanya. Armell menekan alat kawalan jauh. Tiba sahaja di kereta dan belum sempat dia mahu membuka pintu keretanya. Tubuhnya ditarik kasar oleh seseorang dari belakang, sehingga dia terpaling.

"Nina." Gumamnya terkejut.

"Apa masalah kau ni hah?!." Herdik Nina kasar

Armell berkerut dahi.

"Masalah apa?. Apa yang saya buat lagi?."

"Apahal kau suruh Aiman ajak aku pergi sana sekali?."

Dahi Armell masih berkerut tidak mengerti.

"Kau ambil kesempatan kan?. Kau sengaja nak jauhkan aku dari Hanif kan?!." Ujar Nina lagi.

"Astaghfirullahaladzim... Nina awak ni kenapa sebenarnya?. Dah kenapa pulak saya nak buat macam tu?. Aiman ajak awak pergi mana?. Saya tak tahu apa-apa pun." Ujar Armell.

"Kau tak payah nak berlakonlah... Kau ingat aku bodoh ke?."

Armell semakin tidak mengerti.

"Aku nak kau jumpa Aiman. Cakap balik dengan dia. Pergi sana tanpa aku. Kalau tidak aku akan bagitahu Tengku Ashraf siapa kau dengan Hanif sebenarnya!."

Armell hilang sabar apabila Nina mengugutnya demikian.

"Cukup Nina!." Tengkingnya.

"Tak payahlah nak ugut-ugut saya. Saya mengaku saya senang hati dengan Aiman. Tapi saya tak rapat dengan dengan dia, sampai saya boleh ubah-ubah fikiran dia ikut suka hati saya." Ujar Armell.

"Penipu!. Macam mana kau boleh palingkan hati dia. Sampai dia boleh belakangkan aku kakak dia sendiri!. Tak kan benda kecil macam ni kau tak boleh buat." Ujar Nina.

"Nina. Buat apa saya nak tipu awak. Saya boleh kira berapa kali saya jumpa dengan dia. Awak tak terfikir ke apa yang Aiman akan fikir nanti?. Dia tahu tau apa yang berlaku antara kita. Dahlah awak tak kasi saya sebut nama awak." Ujar Armell.

"Ahh!. Aku tak peduli. Tak kisahlah apa pun caranya. Aku nak kau pujuk dia pergi sambung belajar dekat Terengganu sana, tanpa aku. Itu pun kalau kau tak nak aku bagitahu Tengku Ashraf sebelum kau." Ujar Nina. Seraya berpaling pergi meninggalkan Armell.

Armell menggepal penumbuk geram.

"Kenapalah dalam hidup aku ni, aku nak kena jumpa manusia macam kau?." Gumamnya geram.

_
HANIF Yang baru pulang dari masjid, habis menunaikan solat isyak, berkerut dahi apabila melihat sebuah kereta berwarna silver depan pagar rumahnya.

"Macam kenal je kereta ni." Getusnya. Seraya melihat kearah nombor plat bahagian hadapan kereta.

Membulat matanya. Walaupun dia tidak menghafal nombor plat kereta Ariana. Namun dengan melihatnya, dia sudah tahu itu adalah kereta Ariana. Seraya menoleh kearah pintu rumah yang terbuka. Dia bergegas membuka pagar.

Dan sebelum masuk kedalam rumah. Dia sempat melihat kearah sepasang kasut perempuan dihadapan pintu rumah.

"Assalamualaikum."

Seperti dugaannya. Kasut dan kereta diluar tadi ialah milik Ariana.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Continue Reading

You'll Also Like

249K 6.5K 58
Auni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Aba...
508K 13.7K 59
โ› ๐ˆ ๐ฐ๐ข๐ฌ๐ก ๐ฒ๐จ๐ฎ'๐ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฆ๐ž ๐ฅ๐ข๐ค๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐ฐ๐š๐ฒ ๐ˆ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฒ๐จ๐ฎ Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
2.5K 548 10
๐ต๐‘ข๐‘›๐‘”๐‘Ž ๐พ๐‘Ž๐‘ ๐‘ก๐‘ข๐‘Ÿ๐‘– ๐‘ฅ ๐‘…๐‘Ž๐‘—๐‘Ž ๐ด๐‘›๐‘‘๐‘–๐‘˜๐‘Ž ๐‘€๐‘ข๐’‰๐‘Ž๐‘š๐‘š๐‘Ž๐‘‘ SHORT STORY. BUNGA KASTURI. Seorang gadis yang ceria dan periang. Anak perempua...
14.1K 327 37
Andai aku bisa menghilangkan kedukaan ini. Aku akan menjadi penawar di hati mu. Luqman Harris Andai aku bisa memiliki mu buat sekali lagi. Pastinya a...