Jauh Dari Cinta. [E].

By ejaroses

188K 5.2K 593

Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Mil... More

Bab 1: Adakah Ini Pengakhirannya?.
Bab 2: Move On?.
Bab 3: Tengku Ashraf.
Bab 4: Pengganti?.
Bab 5: Pengikat Aku Dan Dia.
Bab 6: Kenyataan Yang Perih.
Bab 7: Permulaan.
Bab 8: Hanya Untuk Sofea.
Bab 9: Siapa Yang Lebih Terluka?.
Bab 10: Siapa Dia?.
Bab 11: Aku Terluka Lagi.
Bab 12: Salah Faham.
Bab 13: Kenapa Sekarang?.
Bab 14: Rasa Bersalah.
Bab 15: Hati Yang Telah Dilukai.
Bab 16: Tiada Lagi Harapan.
Bab 17: Milik Siapa Hati Ini?.
Bab 18: Milik Siapa Hati Ini?. II
Bab 19
Bab 20
Bab 21: Korban Perasaan.
Bab 22: Lembaran Baru.
Bab 23: πŸ€”
Bab 24: Hati Armell.
Bab 25: Dah Terlambat.
Bab 26: Tiada Jodoh?.
Bab 27: ✌
Bab 28: Setelah Semuanya Terbongkar.
Bab 29: Jalan Lain.
Bab 31: Hari Nikah.
Bab 32: Hati Seorang Lelaki.
Bab 33: 😢
Bab 34: Mulut Kata Lain, Hati Kata Lain.
Bab 35: Penjaga Hati.
Bab 36: Demi Dia.
Bab 37: 😣
Bab 38: [Tengku Ashraf & Ariana] & [Aiman & Nina]
Bab 39: A R I A N A & A S F I R A
Bab 40: Sahabat.
Bab 41: Tidak Mengharapkan Apa-Apa.
Bab 42: Aku Cintakan Dia.
Bab 43: Kacau.
Bab 44: Hilang Ingatan.
Bab 45: Hanif.
Bab 46: Setelah Dia Pergi.
Bab 47: SETAHUN KEMUDIAN.
Bab 48: Separuh Hati.
Bab 49: Ego.
Bab 50: 'JAUH DARI CINTA'
EPILOG: DEKAT DENGAN CINTA.

Bab 30: Tekanan Jiwa.

2.7K 91 10
By ejaroses

HANIF Membuang pandangannya kearah tasik yang terbentang dihadapannya.

Flashback.

"Kenapa kau tunjuk lagi muka kau depan aku Nina?. Aku dah kata aku tak nak tengok muka kau lagi kan!." Ujarnya.

"Sayang cuma nak tolong Abang. Abang tak ada pilihan lain. Abang tak kesian ke dekat Mak Abang?. Abang baru cakap macam tu je. Mak dah menangis. Cuba Abang bayangkan kalau sayang tak datang masa tu." Ujar Nina.

Dia memandang tajam wajah Nina.

"Kau sengaja kan?."

Nina diam, menunduk.

"Eh perempuan jenis apa hah kau ni?. Aku tak fahamlah apa yang buat kau nak sangat kahwin dengan aku." Ujarnya kasar.

"Tak ada sebab lain Abang. Sayang cintakan Abang. Itu je sebabnya." Tutur Nina tetap menunduk.

Dia memandang sinis Nina. Benci melihat Nina menunduk, seolah-olah naif. Dia membuang pandangannya kehadapan.

"Kau betul nak kahwin dengan aku Nina?." Soalnya.

Nina mendongak memandangnya.

"Abang. Sayang janji sayang akan berubah"

"Jawab soalan aku!." Herdiknya, membuatkan Nina terdiam.

"Kau betul nak kahwin dengan aku?!." Soalnya sekali lagi.

Nina kembali menunduk.

"Ya. Sayang nak." Jawab Nina.

Bergenang air matanya.

"Kau tahu aku benci kau kan?!." Soalnya.

Nina mengangguk perlahan.

"Bagus. Jadi kau pandai-pandai lah bawa diri. Hiduplah kau sebagai isteri yang tak di iktiraf" Ujarnya. Seraya pergi meninggalkan Nina.

End Flashback.

"Nina!" Teriaknya sekuat hati.

Air mata mengalir membasahi pipinya.

"Aku benci kau Nina!." Teriaknya lagi. Melepaskan rasa marah yang terpendam didadanya saat itu.

Seraya terduduk dan menangis terisak-isak.

_
TENGKU Ashraf tiba dihadapan pintu rumah kondo Ariana. Dia melihat Yuna sedang membawa keluar beg besar dari rumah itu.

"Yuna."

Yuna menoleh kearahnya.

"Tengku Ashraf." Gumam Yuna.

"Where is Ariana?." Tanya dia.

"Ariana dah balik rumah Mummy dia." Ujar Yuna.

"Hah?. Habis macam mana i nak ajak dia keluar?." Tanya Tengku Ashraf.

Yuna terpandang Ariana yang baru tiba dibelakang Tengku Ashraf.

"Itu dia." Tunjuk Yuna menggunakan bibirnya.

Tengku Ashraf berkerut dahi. Seraya menoleh ke belakang.

***

"KENAPA You tiba-tiba nak balik?. You kata you akan terus stay Malaysia." Tanya Tengku Ashraf.

Ariana mengeluh kecil.

"Itu plan i. Tapi Mummy i nak i balik." Ujar Ariana.

"You kata you dah tak nak ikut telunjuk Mummy you lagi?." Soal Tengku Ashraf.

"I changed my mind." Ujar Ariana.

"Tapi kenapa Ariana?. You tahu i perlukan you kan?." Ujar Tengku Ashraf berbunyi rayuan.

Ariana memandang wajah Tengku Ashraf. Tengku Ashraf meraih tangannya.


"Ariana. Please don't go. I tahu you tak nak pun balik sana. Tapi Mummy you paksa kan?." Ujar Tengku Ashraf cuba menebak hati Ariana.

Ariana menarik perlahan tangannya yang dipegang Tengku Ashraf.

"I'm sorry. I dah buat keputusan." Tutur Ariana.

"Tapi Ariana..." Tengku Ashraf cuba merayu Ariana lagi.

"Lagi satu. I rasa kita dah boleh akhiri hubungan kita sekarang." Tutur Ariana.

Berkerut dahi Tengku Ashraf.

"Akhiri?. Apa maksud you?." Tanya Tengku Ashraf menegakkan tubuhnya.

Ariana menghela nafas panjang.

"You anggap lah kita tak pernah kenal pun satu sama lain. Lagi pun i dah tak nak susahkan you lagi." Ujarnya.

"No!." Tegas Tengku Ashraf.

Ariana memandang wajah serius Tengku Ashraf.

"I tak akan buat macam tu. I sayang you. You kawan i. Selamanya you akan tetap jadi kawan i." Ujar Tengku Ashraf tegas.

Bergenang air mata Ariana mendengarnya.

"You ni kenapa sebenarnya?. I tahu you sebenarnya tipu kan. You sebenarnya terasa dengan i kan?!." Tebak Tengku Ashraf yang seperti tahu-tahu sahaja.

Arian membuang pandangan kearah lain.

"You... You cakap apa ni?. Tak ada sebab pun i nak kena terasa dengan you." Ujar Ariana gagap.

Tengku Ashraf menuding jari kearah Ariana.

"You lied!. I know!." Ujarnya.

Ariana menjadi tidak keruan apabila Tengku Ashraf seperti dapat menebaknya.

"Why?." Tanya dia berkerut dahi.

"You gagap tadi. I dengar, lepastu you gugup. I nampak." Ujar Tengku Ashraf.

"Mana ada." Ujar Ariana masih cuba menafikan.

Tengku Ashraf menggeleng-geleng kepalanya. Seraya menutup telinganya, menggunakan kedua tangannya.

"I tak nak dengar. I tahu you tipu." Ujarnya.

Ariana tidak mampu lagi menafikannya. Air mata yang dari tadi ditahannya, akhirnya tumpah dihadapan lelaki itu.

"Fine! I terasa dengan you!." Ujar Ariana.

Tengku Ashraf tergamam apabila melihat Ariana mengalirkan air mata. Seraya menurunkan tangan yang menutup telinganya.

"I'm in love with you!." Ucap Ariana.

"Ar.. Ariana you."

Tengku Ashraf tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang baru di dengarnya.

Ariana menyeka air matanya. Seraya bangun dari tempat duduknya dan pergi.

Tengku Ashraf tergamam. Dia tidak tahu harus berkata apa. Seraya menoleh kebelakang.

"Ariana tunggu." Teriaknya. Seraya bergegas bangun membuat bayaran dan mengekori Ariana.

"ARIANA!." Teriaknya mengejar langkah Ariana.

Dia berjaya meraih tangan Ariana.

Ariana berpaling menghadapnya.

"Tengku Ashraf please. My mom is on her way to see me." Rayu Ariana dengan air mata bercucuran.

"I won't let you go. You have to stay here with me." Ujar Tengku Ashraf berkeras.

"I don't want..." Ujar Ariana turut berkeras.

"Okey. If you want me to love you back. I will. But please... Don't leave me." Rayu Tengku Ashraf.

Mengalir air mata Ariana mendengarnya.

"Why are you so selfish Tengku Ashraf?. You want to marry Armell but you ask me to stay with you. And how about me?." Tanya dia.

Tengku Ashraf hilang kata-kata. Dia lalu menarik Ariana ketepi kereta dan mencium bibir gadis itu.

Ariana terkedu dengan perbuatan Tengku Ashraf. Dia tidak membalasnya, namun dia tidak juga menolaknya.

Tengku Ashraf melepaskan Ariana. Matanya menatap redup kedalam anak mata Ariana.

"This is my first kiss." Tuturnya.

Air mata Ariana semakin deras memandang wajah Tengku Ashraf.

"Macam i kata. I'll love you back." Tutur Tengku Ashraf lagi.

Ariana mahu menundukkan kepalanya, namun Tengku Ashraf memegang hujung dagu Ariana dan memaksa Ariana untuk memandangnya.

"Ariana!." Pekik Puan Dalilah yang melihat mereka dari jauh.

Puan Dalilah segera menghampiri mereka. Seraya menarik tangan Ariana, lalu menampar wajah Tengku Ashraf.

"Apa yang you cuba buat ni hah?." Soal Puan Dalilah.

Tengku Ashraf merenung tajam wajah Puan Dalilah. Seraya menghulur tangan kepada Ariana mahu membawa gadis itu pergi, seperti kebiasaannya.

Namun Ariana menarik tangannya dan berdiri dibelakang Puan Dalilah.

Tengku Ashraf memandang Ariana. Tidak percaya yang gadis itu akan mengelak darinya.

Puan Dalilah tersenyum sinis.

Ariana menyeka air matanya. Seraya membuang pandangan kearah lain.

"You ni memang tak tahu malu kan... You baru je buat pengumuman nak kahwin. Lepastu hari ni you datang jumpa anak i." Ujar Puan Dalilah.

Tengku Ashraf memandang wajah Puan Dalilah.

"And how about you?. You layan Ariana macam robot. You suruh dia buat semua yang you nak. Kalau dia tak dapat buat?. You tampar dia! You pukul dia!. Layak you dipanggil ibu?." Ujar Tengku Ashraf.

Satu lagi tamparan dihadiahkan kepada Tengku Ashraf.

"Mummy." Ariana bersuara kerana terkejut.

Puan Dalilah menuding jari kewajah Tengku Ashraf.

"You siapa nak cakap i macam tu?. Dia anak i. Itu cara i ajar anak i. You orang luar yang musnahkan hidup anak i!. You tak layak nak bercakap pasal dia!."

Ariana menarik tangan Puan Dalilah.

"Sudahlah tu Mummy. Jom kita balik.."

Puan Dalilah menoleh kearah Ariana.

"You satu lagi. Lelaki macam ni ke yang you nak?." Soal Puan Dalilah.

Ariana meraih kedua tangan Puan Dalilah. Dia dapat melihat air yang bergenang ditubir mata Puan Dalilah.

"Mummy please don't..." Rayunya.

Puan Dalilah menarik tangannya yang dipegang Ariana.

"No Ariana!. You cakap dengan Mummy, you balik malaysia untuk dapatkan cinta you. Tapi apa semua ni?." Air mata Puan Dalilah sudah mengalir keluar dari tubirnya.

Berkerut dahi Tengku Ashraf mendengarnya.

"Mummy ikut cakap you. Tinggalkan kerjaya you dekat sana, untuk dia. Tapi"

"Mummy stop it!." Teriak Ariana menutup kedua belah telinganya dengan tangan.

Puan Dalilah terdiam.

Ariana memandang kearah Tengku Ashraf yang sedang memandangnya, meminta penjelasan. Dia berpaling dari Tengku Ashraf dan melangkah pergi.

"Ariana.." Panggil Tengku Ashraf. Dia mahu mengejar langkah Ariana. Namun Puan Dalilah menahannya.

"Stop it Tengku Ashraf. Tolonglah... You akan berkahwin. Jangan bagi harapan pada Ariana. You sepatutnya fikir sebelum buat sesuatu." Ujar Puan Dalilah. Seraya berpaling pergi meninggalkan Tengku Ashraf.

Tengku Ashraf metengus kasar. Seraya meraup kasar wajahnya dengan tangan.

_
FLASHBACK.

Dia sedang membalas pesanan whatsapp dari klien didalam kereta. Sambil dia membiarkan tingkap keretanya terbuka, untuk dia menghirup udara malam ditepi tasik.

Tiba-tiba dia mendengar orang berteriak. Dia terkejut, dan hampir sahaja telefon pintar terlepas dari tangannya.

Matanya melilau ke luar tingkap kereta, untuk mencari gerangan yang membuatnya terkejut.

"Aku benci kau Nina!."

Dia berkerut dahi. Seraya mengecilkan sedikit matanya untuk melihat gerangan yang sedang berdiri, memekik ditepi tasik itu.

"Hanif." Gumamnya.

End Flashback.

Asfira menyilangkan kedua tangannya ke dada.

Kenapa pulak aku nak kena kesian dekat kau?. Bukan kau ke yang pilih untuk percayakan perempuan tu dulu!. Memang sepatutnya Armell pilih Tengku Ashraf. Gumam Asfira didalam hatinya.

_
ARMELL Meletak gelas air yang digunakannya tadi dekat sinki.

"Aku dah fikir masak-masak dah sebelum aku buat keputusan ni." Ujarnya kepada Asfira dan Marsha.

"Alah... Kau tak payah risaulah Mell. Kalau kau tak fikir separuh masak pun. Memang Abang Ash tu sayangkan kau. Selain dari tu. Dia pun baik kan." Ujar Asfira.

Armell mengangguk tersenyum.

"Tak adalah aku kata bekas suami kau tu tak baik. Dia baik sangat. Tapi nak buat macam mana. Dah tak ada jodohkan... Kita kena redha lah..." Ujar Asfira lagi. Tujuannya adalah untuk memberi semangat kepada Armell. Kalau ikutkan dirinya. 'Hanif bukanlah baik, tapi bodoh.'.

Armell tersenyum kelat. Asfira menoleh kearah Marsha.

"Betul tak Sha?." Tanya Asfira, meminta Marsha sependapat dengannya.

Marsha berkerut dahi.

Aku pulak. Getus hati Marsha. Seraya tersenyum dan mengangguk. Walau pun sebenarnya dia tidak bersetuju dengan ucapan Asfira.

Armell tersenyum lebar. Meski pun hatinya masih berbolak balik. Namun dia tidak mahu Asfira dan Marsha melihat keadaanya itu.

"Thank you As, Sha..." Tuturnya lembut.

Marsha tersenyum kelat. Dia dapat merasakan yang Armell sedang menipu diri sendiri dan dia tidak suka keadaan Armell itu.

Selang berapa detik.

"Hmm... Esok Hanif nikah kan?." Aju Marsha sengaja mahu melihat reaksi wajah Armell.

Seperti yang di jangkakan. Air muka Armell berubah apabila mendengar nama Hanif.

Asfira melotot tajam kearah Marsha. Seraya menjeling sekilas kearah Armell yang telah berubah air mukanya.

"Tak adalah... Aku cuma nak tahu. Siapa yang bawa Sofea esok?." Tanya Marsha lagi.

Armell tersenyum kelat.

"Sufi yang akan bawa Sofea ke sana." Ujar Armell, cuba beriak biasa.

Marsha manggut-manggut.

Armell berdehem. Seraya bangun dari kerusi.

"Sekejap eah... Aku pergi tengok Sofea." Ujar Armell berlalu meninggalkan dapur.

Marsha tersenyum.

Nampak sangat kau tengah menipu Armell. Getus hatinya.

Asfira memukul peha Marsha.

"Kau ni kenapa hah?. Suka mention nama si Hanif tu kenapa?. Armell dah nak kahwin kan!." Ujar Asfira memarahi Marsha.

Marsha memutarkan bebola matanya, kesal dengan sikap Asfira.

_
HUDA Duduk berfikir sendiri. Dia masih bingung memikirkan kejadian pagi tadi.

Aku kena tanya Along. Getus hatinya.

Dia bingkas bangun dan mendapatkan Alongnya yang sedang melihat orang memasang khemah.

"Along!." Teriaknya.

HANIF Menoleh kearah Huda yang berteriak memanggilnya.

Huda menghampirinya.

"Adik nak tanya sikit boleh?." Tanya Huda.

Hanif tersenyum.

"Sopannya... Cakap je lah!. Nak cakap apa?." Tanya Hanif.

Huda menarik Hanif jauh dari orang.

"Kenapa adik ni?. Nak tanya apa ni?." Tanya Hanif pelik melihat sikap adiknya.

Huda menghela nafas panjang.

Flashback.

"Huda. Ada apa kau datang ni?." Tanya Aiman.

"Kau tak baca whatsapp aku eah?. Ni hah aku nak hantar baju untuk nikah esok." Ujarnya.

"Baju nikah?. Bukan tak jadi ke?." Tanya Aiman.

Berkerut dahinya.

"Tak jadi?." Dia balik bertanya.

Sedang dia dan Aiman bingung di situ.

"Apa yang tak jadi ni?." Sampuk Nina yang baru keluar dari rumah.

Dia menoleh kearah Nina.

"Kau pergi masuk!." Ujar Nina kepada Aiman.

Aiman menganguk patuh. Seraya berpaling masuk ke rumah.

"Baju nikah eah?." Soal Nina kepadanya.

Dia tersenyum mengangguk. Namun masih tertanya-tanya.

Nina membuka pagar dan mengambil baju dari tangannya.

"Terima kasih..." Ucap Nina. Seraya ingin menutup pagar.

"Kak Nina. Apa maksud Aiman tadi?." Tanya dia ingin tahu.

"Macam kau tak kenal je si Aiman tu. Dia kan suka bergurau." Ujar Nina.

End Flashback.

"Lepastu?." Tanya Hanif.

"Lepastu apa lagi?. Sekarang adik nak jawapan Along. Kenapa Aiman cakap macam tu?." Tanya Huda.

"Kan Kak Nina dah kata yang Aiman bergurau." Ujar Hanif.

"Tapi muka dia tak nampak macam bergurau pun Along." Ujar Huda geram apabila Hanif mengiyakan kata-kata Nina.

Hanif merenung wajah Huda lama.

"Adik ni banyak tengok drama ni. Itu yang fikir bukan-bukan tu. Tak ada apalah... Dah lah. Along nak sambung tengok orang pasang khemah tu hah..." Ujar Hanif. Seraya pergi meninggalkan Huda terpinga-pinga sendiri.

_
FLASHBACK.

"I'm in love with you." Ucap Ariana.

***

"I won't let you go. You have to stay here with me." Ujarnya berkeras.

"I don't want..." Ujar Ariana turut berkeras.

"Okey. If you want me to love you back. I will. But please... Don't leave me." Rayunya.

Mengalir air mata Ariana memandangnya.

"Why are you so selfish Tengku Ashraf?. You want to marry Armell but you ask me to stay with you. And how about me?." Tanya Ariana.

Dia hilang kata-kata. Dan tanpa berfikir panjang. Dia menarik Ariana ketepi kereta dan mencium bibir gadis itu.

End Flashback.

"Apa yang kau dah buat ni Ashraf?." Gumam bibirnya.

Flashback.

"Mell dah bercerai?. Macam mana boleh jadi macam tu?." Tanya dia.

Berjurai jatuh air mata Armell mendengar soalannya.

Dia hilang kata-kata saat melihat air mata Armell.

Armell menundukkan kepala dihadapannya.

"Mell tersilap buat pilihan Abang. Mell degil. Mell tak dengar cakap Mummy dengan Daddy." Tutur Armell sebak.

Armell menyandarkan kepala pada bahunya dan melepaskan tangis disana.

"Mell bodoh Abang.." Tutur Armell lagi.

Tidak tahan mendengar wanita itu terus menyalahkan diri sendiri. Dia menoleh kearah Armell dan memegang kedua belah pipi Armell.

"Hey..." Panggilnya lembut.

Armell memandangnya sayu.

"Mell. Please jangan nangis macam ni. Abang tak boleh tengok Mell macam ni." Ujarnya lembut.

Armell jadi semakin sebak apabila di pujuknya.

"Mell dengar sini. Berhenti salahkan diri sendiri.. Sekarang Abang dah balik. Abang akan jaga Mell dan selagi Abang hidup. Abang tak akan biarkan sesiapa pun sakitkan hati Mell... Itu janji Abang pada Mell." Tuturnya tulus.

"Thank you Abang." Tutur Armell sebak.

End Flashback.

Tengku Ashraf meraup semua rambutnya kebelakang.

"Apa aku nak buat ni?. Aku tak sepatutnya cium Ariana." Ujarnya sendiri.

"Aku cintakan Armell!. Ya. Aku cintakan Armell." Ujarnya lagi.

Dia berkerut dahi apabila teringatkan Ariana yang akan pergi meninggalkannya.

"Tapi aku tak nak Ariana tinggalkan aku. Aku tak boleh hidup tanpa dia.. Aku sayang dia.." Gumamnya keliru.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Continue Reading

You'll Also Like

13.1K 563 32
Naura alaisya dan Naira Akasya sepasang kembar seiras namun berbeza perwatakannya. Seorang lemah lembut.Seorang lagi kasar. Kasih sayang keluarga san...
38.9K 3.5K 37
3rd Tengku The Series Dua Hira. Anak yang 'tidak bertuah' yang menjadi cinderella tanpa rela dalam keluarga. "Kau ingat aku tauke balak ke apa? Asal...
128K 11.6K 54
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
3.4M 298K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...