Jauh Dari Cinta. [E].

Oleh ejaroses

188K 5.2K 593

Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Mil... Lebih Banyak

Bab 1: Adakah Ini Pengakhirannya?.
Bab 2: Move On?.
Bab 3: Tengku Ashraf.
Bab 4: Pengganti?.
Bab 5: Pengikat Aku Dan Dia.
Bab 6: Kenyataan Yang Perih.
Bab 7: Permulaan.
Bab 8: Hanya Untuk Sofea.
Bab 9: Siapa Yang Lebih Terluka?.
Bab 10: Siapa Dia?.
Bab 11: Aku Terluka Lagi.
Bab 12: Salah Faham.
Bab 13: Kenapa Sekarang?.
Bab 14: Rasa Bersalah.
Bab 15: Hati Yang Telah Dilukai.
Bab 16: Tiada Lagi Harapan.
Bab 17: Milik Siapa Hati Ini?.
Bab 18: Milik Siapa Hati Ini?. II
Bab 19
Bab 20
Bab 21: Korban Perasaan.
Bab 22: Lembaran Baru.
Bab 23: 🤔
Bab 24: Hati Armell.
Bab 25: Dah Terlambat.
Bab 26: Tiada Jodoh?.
Bab 27: ✌
Bab 29: Jalan Lain.
Bab 30: Tekanan Jiwa.
Bab 31: Hari Nikah.
Bab 32: Hati Seorang Lelaki.
Bab 33: 😶
Bab 34: Mulut Kata Lain, Hati Kata Lain.
Bab 35: Penjaga Hati.
Bab 36: Demi Dia.
Bab 37: 😣
Bab 38: [Tengku Ashraf & Ariana] & [Aiman & Nina]
Bab 39: A R I A N A & A S F I R A
Bab 40: Sahabat.
Bab 41: Tidak Mengharapkan Apa-Apa.
Bab 42: Aku Cintakan Dia.
Bab 43: Kacau.
Bab 44: Hilang Ingatan.
Bab 45: Hanif.
Bab 46: Setelah Dia Pergi.
Bab 47: SETAHUN KEMUDIAN.
Bab 48: Separuh Hati.
Bab 49: Ego.
Bab 50: 'JAUH DARI CINTA'
EPILOG: DEKAT DENGAN CINTA.

Bab 28: Setelah Semuanya Terbongkar.

2.9K 88 3
Oleh ejaroses

TENGKU Ashraf merenung langit malam diluar balkoni.

Flashback.

"Kenapa Mell nak jumpa Abang?." Tanya dia.

"Abang. Apa kata kita buat press conference."

Berkerut dahinya mendengar cadangan Armell.

"Untuk apa?." Tanya dia.

"Bagitahu semua orang yang kita akan bertunang dan berkahwin dihari yang sama." Ujar Armell.

Dia tersenyum, seakan tidak percaya mendengarnya.

"Maksud Mell?. Mell dah bersedia nak kahwin dengan Abang?." Tanya dia.

Armell tersenyum, mengangguk.

Dia terdiam. Tidak tahu bagaimana dia mahu menggambarkan perasaan gembiranya tika itu. Seraya tertawa dan meraup wajah dengan kedua tangannya.

"Ya, Allah... Abang tak salah dengar ke ni?." Ujarnya teruja.

Armell menunduk.

"Okey... Bagitahu Abang bila Mell nak buat press conference tu?." Tanya dia lagi.

"Esok." Jawab Armell.

Berubah air mukanya.

"Esok?. Kejap. Bila tarikh Mell nak kita kahwin ni?." Tanya dia.

"Hujung minggu ni." Jawab Armell.

"Hu?. Hujung minggu ni?. Mana sempat." Ujarnya terkejut.

"Abang. Kita buat simple je. Pagi bertunang dan malam tu kita nikah. Tak payah nak jemput ramai orang. Lagipun Mell malu lah... Sebab inikan pernikahan kedua Mell." Ujar Armell.

End Flashback.

"Tapi ini pernikahan pertama Abang." Gumam bibirnya tanpa sedar.

Dia kemudian menghela nafas panjang. Seraya membuang pandangannya ke langit.

"Nasib kau lah Ashraf Iskandar. Kau yang nak kahwin dengan dia kan..." Ujarnya kepada diri sendiri.

_
AIMAN Masuk kedalam bilik kakaknya untuk mengambil pakaian kakaknya, untuk dibawa ke hospital.

Setelah mengeluarkan pakaian yang hendak dibawa. Dia menarik beg diatas almari pakaian.

Berterabur kepingan gambar seiring jatuhnya beg tersebut.

Ish... Seloroh Aiman. Seraya mencampak beg ditangannya diatas katil dan beliau pun membungkuk mahu mengutip kembali kepingan gambar yang jatuh.

Dia tersenyum melihat gambar-gambar lama sewaktu dia masih kecil bersama kakaknya dan dan bakal Abang iparnya sekarang. Sedang dia leka mengamati gambar-gambar tersebut. Dia terpandang sekeping gambar lagi, dia segera mengambilnya. Berkerut dahinya apabila melihat dua orang didalam gambar tersebut.

"Inikan Kak Mell." Gumamnya pelik.

Kak Mell dengan Abang Hanif. Apa hubungan dia orang?. Kenapa gambar ni ada pada kakak aku?. Getus hatinya.

Flashback.

"Aku nak kena buat apa lagi Aiman?." Soal Nina dengan air mata bercucuran.

Dia jadi serba salah. Dia memegang bahu Nina tanpa berkata apa-apa.

"Susah sangat ke dia nak lupakan perempuan tu?. Apa lebihnya perempuan tu? Dan apa kurangnya aku?." Ujar Nina sambil memukul bahunya berkali-kali.

End Flashback.

Bergenang air Aiman apabila teringatkan kakaknya.

Kak Mell ke yang kau maksudkan kak?. Getus hatinya.

Flashback.

Dia keluar dari biliknya apabila mendengar kakaknya berteriak memanggil namanya.

"Kenapa dengan kau ni?. Terpekik-pekik macam orang tak betul." Ujarnya tidak berpuas hati.

Nina melulu kearahnya dan mencengkam kolar bajunya.

Dia terdorong ke dinding.

Mata Nina menikam tajam kedalam anak matanya.

"Kau tengok muka aku ni?!." Tengking Nina dihadapan wajahnya.

Dia terketar-ketar apabila melihat pipi kakaknya yang bengkak.

"Kenapa dengan muka kau?." Tanya dia gugup.

Nina menarik kolar bajunya dan menolaknya ke tepi.

"Ini semua sebab kau!. Kalau kau tak menggatal kacau adik dia!. Dia tak akan berani buat aku macam ni tahu tak?!." Tengking Nina.

_
"ORANG Macam apa kakak saya bila dengan Kak Mell?." Tanya dia.

Armell terdiam memandangnya.

"Jangan fikir sangat. Kak Mell pun buat benda yang sama pada dia. Tapi demi awak. Kak Mell janji Kak Mell akan akhiri semuanya." Ujar Armell.

End Flashback.

Aku kena tanya kakak. Getus hatinya.

Dia bergegas mengutip semula gambar-gambar lain yang berterabur dan meletakkan kembali diatas almari. Sementara gambar tersebut dimasukkan kedalam poket seluarnya.

_
HANIF Termenung didalam keretanya.

Semalam apabila mendapat tahu Nina ditahan di hospital kerana tekanan darah rendah. Dia tidak merasakan apa-apa. Merasa kasihan apatah lagi, apabila mengenangkan apa yang telah dilakukan gadis itu.

Tinggal lima hari lagi. Dia dan gadis itu akan di ijab kabul. Persoalannya. Dapatkah dia menerima gadis itu seperti sebelumnya.

Flashback.

"Kita dah terlambat Hanif. Banyak hati yang akan terluka kalau kita nikah semula." Ujar Armell.

"Habis macam mana dengan hati kita?." Tanya dia.

Armell mendongak memandangnya.

"Hati kita memang dah terluka dari awal Hanif." Ujar Armell.

Dia tidak mampu berkata apa-apa apabila mendengar ucapan Armell.

"Kalau awak sayangkan saya dan sayangkan anak kita. Tolong janji dengan saya Hanif , yang awak akan teruskan perkahwinan awak dengan Nina dan tak akan pernah bagitahu Nina tentang perkara ni." Ujar Armell lagi.

Air matanya jatuh lagi saat mendengar permintaan Armell.

Armell mendongak kepala memandangnya.

"Saya minta maaf Hanif... Saya bukan beri alasan semata-mata. Tapi kita memang dah terlambat. Saya terpaksa kuburkan cinta kita dengan cerita sebenarnya. Awak kena maafkan Nina dan terima dia seadanya." Tutur Armell sebak.

Dia membuang pandangan kearah lain. Seraya menyeka air matanya yang mengalir sehingga dekat hidungnya.

"Saya tak boleh nak cakap apa lagi Armell. Kalau itu yang awak nak." Ujarnya menahan rasa sebak.

"Saya hormat keputusan awak." Tuturnya sambil tersenyum memandang Armell.

Bibir Armell menguntum senyuman. Air matanya mengalir deras.

"Thank you Hanif..." Tutur Armell dengan air mata bercucuran.

Dia memaksa dirinya tertawa, meski air matanya masih mengalir. Seraya mengucup kepala Sofea yang sudah terlelap dibahunya.

"Sofea adalah batu nisannya." Ujarnya.

Berkerut dahi Armell memandangnya.

"Apa maksud awak?." Tanya Armell.

Dia tersenyum. Seraya menyerahkan Sofea kepada Armell.

"Maksud saya Sofea adalah batu nisan untuk kubur cinta kita. Nanti bila cinta kita dah terkubur, Sofea akan tetap ada, menandakan yang cinta kita pernah hidup dulu." Tuturnya penuh makna.

End Flashback.

Argh.... Hanif berteriak sekuat hati. Air matanya mengalir deras.

"Kenapa kau kejam sangat Nina?." Tuturnya terisak-isak.

Telefon pintarnya berdering, menandakan ada panggilan masuk. Dia melihat nama 'Ariana' naik diskrin telefon pintarnya. Segera dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello. Ariana."

Hello Hanif.

"Hmm.." Sahutnya.

Kenapa dengan suara you?. You menangis ke?. Tanya Ariana dati dalam talian.

Dia menjadi makin sebak apabila mendengar soalan Ariana. Seraya mematikan talian dan menutup matanya dengan tangan.

_
ARMELL Berpelukan dengan Datin Hasnah.

"Mummy dengan Daddy tolong doakan Mell..." Tuturnya sayu.

"Mell dah fikir masak-masak ke?." Tanya Datin Hasnah.

Armell mengangguk kepalanya.

"Daddy harap keputusan yang Mell buat ni, tak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Cukuplah... Daddy dah tak nak tengok Mell sedih-sedih lagi lepas ni." Ujar Dato' Rashid.

Armell menjadi sebak mendengarnya. Dia segera memeluk Dato' Rashid untuk kali kedua.

"Terima kasih Daddy." Tuturnya sayu.

Datin Hasnah turut mengalirkan air mata melihat anak sulungnya itu.

Armell meleraikan pelukannya. Seraya menggenggam tangan kedua orangtuanya itu.

"Terima kasih sebab selalu ada dengan Mell." Tuturnya.

Datin Hasnah mengusap lembut kepala Armell.

"Mell kan anak kami. Kami akan selalu ada dengan Mell..." Tutur Datin Hasnah.

Armell mengukir senyuman.

"Mell pergi dulu. Assalamualaikum..." Ucapnya. Seraya melepaskan tangan kedua orangtuanya dan berpaling hendak pergi.

"Kak Mell!." Teriak Ardell dimuka pintu.

Armell menoleh kebelakang.

Ardell berlari mendapatkan Armell. Seraya memeluk Armell.

"Yana doakan Kak Mell jumpa kebahagiaan sebenar Kak Mell." Tutur Ardell.

Armell menjadi sebak mendengarnya. Dia meleraikan pelukan dan menarik Ardell agak jauh dari orangtuanya.

"Kak Mell ada benda nak bagitahu Yana." Ujarnya.

Berkerut dahi Ardell memandangnya.

"Apa dia?." Tanya Ardell.

"Aiman tak salah. Dia tak tahu pun apa yang kakak dia buat." Ujar Armell.

Ardell terdiam seketika. Dia kemudian berkata.

"Mustahil."

"Memang mustahil. Tapi kalau tengok dari sudut positif. Tak ada apa yang mustahil. Mereka dua beradik anak yatim piatu. Kakak dia yang besarkan dia. Tak kan kakak dia nak hancurkan dia." Ujar Armell.

"Mana Kak Mell tahu semua ni?." Tanya Ardell.

"Mana Kak Mell tahu, itu tak penting. Apa yang penting sekarang Yana tahu Aiman tak salah." Ujar Armell.

"Habis Kak Mell nak Yana buat apa?." Tanya Ardell.

"Jumpa dia. Minta maaf dan akhiri semuanya dengan baik. Cakap yang Yana dah tahu dia tak salah. Jangan buka mulut langsung tentang kakak dia." Ujar Armell.

Ardell terdiam.

Armell memegang bahu Ardell.

"Ingat Kak Mell cakap. Akhiri. Jangan mulakan lagi. Kak Mell tak nak jadi masalah di kemudian hari." Ujar Armell lagi.

Ardell menunduk, tetap diam.

Armell memandang kearah Datin Hasnah dan Dato' Rashid yang masih setia menunggunya pergi.

"Mummy, Daddy. Mell gerak dulu. Assalamualaikum..." Ujarnya.

Armell beralih kepada Ardell.

"Kak Mell gerak dulu. Assalamualaikum..." Ucap Armell.

_
AIMAN Menyelak langsir yang menutupi katil kakaknya.

"Kakak aku nak tanya kau ni."

Misi yang baru selesai memeriksa tekanan darah kakaknya, terkejut apabila melihat dia menyergah masuk.

Dia terdiam. Seraya menunduk dan berkata.

"Sorry." Dia menapak ke belakang dan menarik kembali langsir tersebut.

***

NINA Memandang Aiman yang sedang duduk menunduk disisinya.

"Kau nak tanya apa tadi?. Kelam kabut sangat aku nampak." Tanya Nina.

Aiman menghela nafas panjang. Seraya mengeluarkan gambar dari poketnya dan menghulurkan gambar Hanif bersama dengan Armell kepada Nina.

Membulat mata Nina apabila melihat gambar tersebut.

"Mana kau dapat gambar ni?." Tanya Nina.

"Aku terjumpa masa aku nak ambil baju kau dalam bilik." Ujar Aiman.

Nina terdiam.

Aiman mengangkat kepalanya memandang wajah Nina.

"Jadi dia lah yang kau maksudkan selama ni?." Tanya Aiman.

Nina menelan air liurnya melihat wajah Aiman.

"Kenapa kau diam Kak?. Betul kan?. Dia yang cuba rampas Abang Hanif dari kau kan?. Aku ingat. Ardell pernah bagitahu aku yang dia stress sebab masalah kakak dengan bekas Abang ipar dia. Tapi dia tak pernah bagitahu aku apa masalah mereka." Ujar Aiman

"Jadi apa yang kau nak tahu dari aku?." Tanya Nina.

"Abang Hanif ke yang dia maksudkan bekas Abang ipar dia?. Dan Sofea. Huda bagitahu aku yang Sofea anak Abang Hanif dengan bekas isteri dia. Aku nak tahu sendiri dari mulut kau. Siapa yang rampas siapa ni?. Aku tak faham." Tanya Aiman.

"Aku minta maaf Man. Aku bukan tak nak cerita pada kau. Tapi aku tak nak kau susah hati. Aku tak nak kau risaukan aku. Aku nak kau fokus belajar. Memang nampak macam aku yang merampas. Sebab apa?. Sebab aku baru jumpa balik dengan Abang Hanif. Tapi cerita sebenarnya. Cuma aku, Abang Hanif dan dia je yang tahu. Dan cerita ni akan selamanya menjadi rahsia kami." Ujar Nina.

"Aku tak akan dapat fokus macam sebelum ni. Sekarang banyak persoalan yang bermain di fikiran aku. Kau kakak aku. Abang Hanif pula bakal abang ipar aku. Aku lah satu-satunya wali kau, yang tinggal. Aku tak boleh biarkan kau kahwin dengan lelaki yang aku tak kenal." Ujar Aiman.

Nina menghela nafas panjang. Seraya berkata.

"Dia perangkap Abang Hanif kahwin dengan dia."

Berkerut dahi Aiman mendengarnya.

"Maksud kau?." Tanya Aiman.

Nina memandang wajah Aiman lama sebelum berkata.

"Sofea bukan anak kandung Abang Hanif."

"Hah?." Melopong Aiman mendengarnya.

"Kalau Sofea bukan anak kandung aku. Habistu dia anak siapa?." Sampuk Hanif yang tiba-tiba muncul.

Aiman terkejut apabila melihat Hanif tiba-tiba muncul disitu.

"Abang." Gumam Nina terkejut.

Hanif berjalan menghampiri Nina. Air mata bertakung dikelopak matanya.

"Abang Anep.." Aiman cuba memegang lengan Hanif.

Namun Hanif menarik lengannya. Seraya menuding jari kewajah Nina.

"Tergamak kau kan Nina." Air matanya jatuh saat menuturkan ayat itu.

"Abang dengar dulu apa sayang nak cakap." Ujar Nina cuba meraih tangan Hanif.

Namun Hanif menapak kebelakang menjauhi Nina.

"Cukup Nina!. Tak ada apa lagi yang perlu kau jelaskan. Aku dah tahu semuanya." Ujar Hanif.

Berkerut dahi Nina memandang Hanif.

"Semuanya?. Apa maksud Abang?." Tanya Nina berpura tidak mengerti.

Air mata Hanif bercucuran jatuh membasahi pipinya.

"Aku ingat aku boleh tunaikan permintaan Armell untuk teruskan perkahwinan kita dan maafkan semua perbuatan kau. Tapi nampaknya aku salah. Aku tak boleh Nina. Kau dah tunjukkan pada aku betapa tak layaknya diri kau tu untuk dimaafkan." Ujar Hanif mengetap bibirnya geram.

"Abang maafkan sayang Abang... Sayang janji sayang tak akan buat lagi. Tolonglah... Sayang tak boleh hidup tanpa Abang." Tutur Nina mula mengalirkan air mata.

"Apa maksudnya ni Abang Anep?." Tanya Aiman yang sudah mulai bingung.

Hanif menoleh kearah Aiman.

"Abang minta maaf Man. Mungkin apa yang Abang nak cakap ni, tak macam apa yang Man nak dengar." Ujar Hanif.

Nina menunduk pasrah. Air matanya terus mengalir.

Aiman mengerling sekilas kearah Nina. Seraya memandang kembali wajah Hanif.

"Kak Mell adalah wanita yang Abang nikahi atas dasar cinta. Tak ada siapa yang paksa kami dan Sofea memang anak kandung Abang. Kalau Abang nak tutup aib. Lebih baik abang tutup aib dia" Hanif menunjuk kearah Nina.

"Sebab dia bakal isteri Abang. Abang minta maaf Man. Abang tak boleh teruskan perkahwinan Abang dengan dia..." Ujar Hanif.

Nina pantas memegang tangan Hanif.

"Abang tolong Abang... Jangan buat sayang macam ni. Sayang tak nak hidup tanpa Abang lagi." Rayu Nina sambil menangis.

Hanif merentap kasar tangannya, sehingga hampir sahaja Nina terjatuh dari katil. Namun segera ditahan Aiman.

"Tolong jaga kakak kau Man. Abang tak nak tengok muka dia lagi. Dan Nina. Berhenti panggil aku Abang. Aku benci dengar." Ujar Hanif. Seraya berpaling dan melangkah pergi meninggalkan Nina.

"Abang! Abang!." Teriak Nina sambil menangis.

Seraya menjerit sambil melempar barang-barang diatas meja.

Aiman menyeka air mata dipipinya. Dia segera menghampiri Nina dan memeluk kuat tubuh Nina, menghalang wanita itu dari bertindak agresif.

"Nurse!." Teriaknya memanggil misi.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

549K 15.3K 25
Sara Irdina dan Haridz Hakimi disatukan kerana satu insiden. Perkahwinan mereka terjadi hanya kerana perangkap rakan baiknya sendiri. Sakit hati tid...
73.9K 2.2K 59
Hasya Qatrina vs Zill Farhan Zill dipandang tak berperasaan "I'm sorry sayang"ujar zill merayu. "Kalau sorry awak tu boleh buat apa yang kita hilan...
13.8K 342 63
Kisah percintaaan dan ego Sarah seorang perempuan yang baik, alim, lemah lembut ,cantik, rendah diri dan sederhana manakala Aryan seorang yang baik...
64.7K 2.7K 41
Ellaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila...